Friday, February 12, 2010

AL-MAUT

Datang waktunya
Maut mencakar
Kaukan pasti
Segala tangkal azimat itu
Tiada memberi manafaat lagi

Kerana...
Kehadirannya pasti
Tiada meminta suatu pertangguhan
Untuk membawa di kau pulang

Pulang bersama ...
Secebis bekalan
Ke muka pengadilan

Justeru..
Apakah bekalan yang kau bawa
Amal makruf?
atau...
Nahi mungkar?

Segalanya tiada persoalan lagi
Kerna di sini
adalah saat
yang paling ngeri!!!!

AMANAH

Di sini
Tugasmu menanti
Setelah ikrar setia kau beri
Pada sebuah kehidupan
Bersaksikan Kitab Ilahi

Di sini
Segala kata mesti dikota
Segala janji mesti ditepati

Di sepanjang titian ini
Laluilah dengan penuh hati-hati
Kerana dibahumu kini
Terpikul amanah Ilahi
Amanah anak-anak muslim
Menuju kemerdekaan rohani