Sunday, November 28, 2010

Betapa bertuahnya kita di bumi merdeka...

Damai Yang Hilang - NowSeeHeart

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Sunday, November 21, 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang






Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Saturday, November 20, 2010

GOOD LUCK!!!

"SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM"

Khas buat anak-anak didikku yang dikasihi....msh

GO TO REACH THE TOP.....

Ingatlah kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek tanpa ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal dari anda....

Bulatkan tekad, tingkatkan semangat dan azam yang kuat, semoga kejayaan menjadi milik anda!!!

Hadiahkanlah ia buat diri, ibubapa dan guru-guru anda.

Ingatlah, doa guru-guru sentiasa mengiringi kalian semua...

Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah
anda miliki, anda harus bersedia melakukan
sesuatu yang belum pernah anda lakukan.

If you want something you’ve never had,
you must be willing to do something you’ve never done.



BIAR REBAH...JANGAN BERUBAH...
BIAR TERBUANG... TETAP BERJUANG....!!!

SEMANGAT2! ANDA PASTI BOLEH!!!

SEMOGA DIPERMUDAHKAN
OLEH ALLAH S.W.T....

Thursday, November 18, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ini berlangsung majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM.Alhamdulillah majlis ini berjalan dgn lancar. Tapi biasalah ucapan kalau panjang-panjang cukup memboringkan.Adalah pelajar-pelajar yang terlena dek alunan suara guru-guru yang menyampaikan ucapan.

Semasa sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sambil memohon restu ni.Aku sebenarnya tak sangka ada pelajar yang baru aku ajar, kalau boleh tak nak lepas pelukannya dari aku sambil menangis2.Aku terharu kerana walaupun cuma ajarnya untuk seketika.... mungkin dia cukup terasa ketulusanku ketika mengajarnya.Alhamdulillah....Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka walaupun cuma sebentar aku mengajar dan mengenali mereka.

Bagi pelajar-pelajar yang sememangnya aku ajar dari tingkatan 4 lagi...untuk mereka aku juga sentiasa mendoakan yang terbaik di dalam SPM yang akan menjelang tidak lama lagi.

Selesai majlis tu, aku lihat pelajar-pelajar ni mcm tak da kerja...hmm akupn brbncg dgn rakan aku untuk buat kuiz Pendidikan Islam, sambil-sambil tu bolehlah juga mereka mengingat balik apa yang dah diulangkaji.Pada awalnya seronoklah walaupun aku penat...tapi bila masuk sesi ke dua mereka dah mula moyok...aku gagahkan juga dalam 20 soalan..walaubagaimanapun aku berharap apa yang aku telah lakukan dapat memberi faedah buat mereka.

Lepas tu bergegas pula menghadiri mesyuarat guru akhir tahun.Tu pun baru pagi tadi tahu...fikirkan dah janji dengan AJK Surau buat jamuanlah, dahpun tempah makananlah, nak pergi ambil hadiah yang ditempahlah...hai bercelaru sekejap nak buat macam mana.Nasib terus beritahu pengerusi surau maklumkan waktu jamuan ditunda pada jam 2.15 @ 2.30pm.Pasal hadiah...aku tetefon minta hantar, nasib nak dihantar..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Allah Maha Mengetahui masalah aku...Pasal meeting aku taknak komen banyak sebab itu privacy....
Penat bertambah-tambah..ingat sempat sediakan teks ucapan sikit...terlupa lak...ah cakap je la apa-apa yang patut.Tapi kalau kurang persediaan ni...entah apa-apa je keluar..

Dah selesai mesyuarat...ngam-ngam kul 2.30pm, kelam kabut turun ke bilik guru nak selesaikan apa-apa yang perlu untuk jamuan.Sebelum turun, beritahu ustaz supaya baca doa nanti...
Tup-tup bila sampai je kat kantin tengok dia dan pelajar-pelajar yang ada kat situ tengah makan....hai tak tahu nak kata apa...maka jadilah kurang sikit keformalan jamuan Panitian Pendidikan Islam...dalam hati tergelak juga, agaknya kebulur sangat dia orang ni.
Alhamdulillah, makanan yang disediakan cukup lazat.Maka terjawablah teka-teki beberapa ajk surau yang tak sabar-sabar dari minggu lepas lagi nak tahu makan apa pada hari ni.Makanan dari Timur Tengah,Nasi Arab...!
Tibalah masa memberi ucapan....sesungguhnya inilah antara perkara penting yang aku ingin katakan:
"Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan sekalian di atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan di dalam melaksanakan aktiviti panitia.Di atas sokongan padu kalian yang menjadikan kita adalah 'team work' yang terbaik.Kita adalah sebuah keluarga, yang mana susah senang kita tanggung bersama.Kita sedar bahawa kita adalah panitia yang tidak pernah rehat dari awal tahun hingga akhir tahun. Justeru jamuan ini di adakan adalah untuk menghargai diri kita sendiri yang sanggup berkorban masa, wang dan tenaga dalam menjalankan aktiviti bagi membantu sekolah kita khasnya di bidang kerohanian.Tanpa komitmen dari rakan-rakan sekelian yang tidak pernah berkira dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, Panitia Pendidikan Islam tidak akan bergerak aktif seperti sekarang.Terima kasih yang tidak terhingga, semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang sewajarnya buat kita semua......"
Dah panjang dah tu...
"Buat AJK Surau Az-Zahra' yang sanggup datang ke surau setiap kali dipanggil untuk mengadakan gotong-royong dan sebagainya terima kasih yang tidak terhingga...jasa kalian tetap dikenang"

Selepas jamuan terus pulang ke rumah...tp ptg tu, tak disangka2, pelajar yg sblm ini sukar dilentur tiba2 menghantar sms menyatakan permohonan maaf dan mohon direstukannya serta mohon didoakan semoga dia mendpt kejayaan yg cmrlg...Alhamdulillah, itulah pengakhrn baik yg aku hrpkn dr dulu lagi...Aku sentiasa mendoakan semoga pelajar2ku berjaya dgn cmrlg samaada yg aku ajar atau tidak.

Apapun... hari ini walaupun penat, aku bersyukur kerana segala yang dirancang berjalan dgn baik....
Terima Kasih semua...budi kalian tetap ku kenang hingga ke hujung nyawa.....

Selamat Bercuti!!!!



Wednesday, November 17, 2010

Ibrah: Menuntut Ilmu Selangkah Ke Pintu Syurga

Berbahagialah anda yang mencintai ilmu dan mempelajarinya.Sebaliknya malang dan celakalah golongan yang membencinya.

Abul Laits Assamarqandi dalam kitabnya 'Tanbihul Ghafilin' meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesiapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan oleh Allah S.W.T dari neraka, maka lihatlah para muridmu (pelajar-pelajar agama), maka demi Allah yang jiwa Muhammad ditanganNya, tiada seorang pelajar yang ke hulu ke hilir mudik ke pintu orang alim, melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajarinya dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun.
Dan untuk tiap langkah satu kota di syurga,dan setiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi, dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya.
Dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka. "

Memadailah sebagai langkah awal untuk kita mendapatkan jaminan Allah S.W.T dengan menghadiri majlis-majlis ilmu pada setiap masa dan waktu yang terluang.

Kita sebagai anak muridnya cuma datang, duduk dan dengar.Cukup mudahkan!
Dari segi teori memang cukup mudah...tapi dari segi praktikalnya belum tentu. Andai hati tidak diketuk dengan kesedaran hidayah, walaupun rumah kita di tepi surau atau masjid tidak pernah kita jejak.Datanglah alim ulamak ke tempat kita untuk menyampaikan ilmu Allah tetapi kalau pintu hatinya sudah tertutup, tidak mampupun untuk melangkah ke majlis ilmu walaupun jarak selangkah cuma.Tertutuplah pendengarannya dan terhijablah penglihatannya dengan kehebatan majlis ilmu tersebut.

Marilah kita mengambil peluang menggetarkan hati kita dengan sepotong hadis berikut:
daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu langsung dari orang tetapi dicabut dengan matinya ulama, sehingga bila tidak ada orang alim, maka orang-orang akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh, lalu mereka ditanya dijawab; maka tersesatlah mereka dan menyesatkan. "

Mudah-mudahan kita berada di dalam lingkungan orang-orang yang sentiasa ingin menuntut ilmu dan menggerakkan hati-hati kita untuk mencintai majlis-majlis ilmu.Dan sewajarnya bagi kita mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita diberi peluang tersebut olehNya.

Wallahu' alam...

Eid Al-Adha

Kita semua sedia maklum bahawa Hari Raya Eidil Adha atau Hari Nahar ini adalah hari berlakunya suatu peristiwa yang cukup menyentuh jiwa. Sinonimnya, apabila disebut ibadah korban ia terus membawa ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Walaubagaimanapun anaknya telah diganti oleh Allah S.W.T dengan seekor kibash.

Peristiwa ini menunjukkan kepada kita tentang ketaatan seorang hambaNya kepada Allah S.W.T di dalam melaksanakan perintahNya.Justeru, pada hari ini umat Islam yang mampu, seantaro dunia akan melaksanakan ibadah korban.

Alhamdulillah pada tahun ni, aku menunaikan ibadah korban untuk kali keduanya dalam hidupku.Memang pengorbanan adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan tanpa keikhlasan....bukan setakat berkorban harta tetapi juga masa, tenaga dan sebagainya.

Semoga ibadah korban yang aku laksanakan pada hari ini, diterima oleh Allah S.W.T hendaknya....Amin


Wednesday, November 10, 2010

Jom analisis solat kita...


10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Tuesday, November 9, 2010

Ujian???

sabo2...
buat sedaya mgkin.....
pnt x trbayr....
pngrbnan....
x dhargai????
kesian.....
snyum2...
jgn stress....
Allah S.W.T Maha Mengtahui...
berikan daku kekuatan.....

Saturday, November 6, 2010

DOA MELEMBUTKAN HATI

  1. Baca Ya Latif sebyk 129 kali dan diikuti dgn Surah As-Syura: 19.ini utk memudahkan ank menelaah pelajrn dan sebaiknya dibc slps solat subuh dan ditiup didlm air utk kegunaan seisi keluarga.
  2. Ketika memasak Surah Al-Imran:200, diikuti dgn Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latif, Ya Rahman..
  3. Surah Toha:1-8, Ar-Rahman:1-4, Surah Al-Insyirah semasa menemani anak2 menelaah pelajaran.
  4. Bagi yg nak dptkan zuriat yg baik, amalkan Surah Al-Imran:38.
  5. Selepas solat, amalkan doa Surah Al-Furqan: 74, Surah Ibrahim:40.
  6. Digalakkan menyentuh ubun2 ank dgn lembut dan bacakan doa.
  7. Surah Al-Hasyr:1
  8. Baca doa Nabi Daud 7 kali:"Ya Allah lembutkan bagiku hatinya (sebut nama) sebagaimana engkau lembutkan bagi Nabi Daud akan besi.- hembuskan dlm air @ mknan harian.

"Jauhi sifat ammarah, krn ammarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis"

"Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran"


Friday, November 5, 2010

CINTA SEJATI



Cintakan bunga....bunga kan layu
Cintakan manusia....manusia kan mati
Cintakan dunia....dunia kau pasti tinggal kan pergi
Cintakan Ilahi....CINTA YANG SEJATI

Hidupkanlah kami dalam cinta itu.....
Matikanlah kami dalam cinta itu....
Pulangkanlah kami dengan cinta itu....
MenghadapMu dengan jiwa yang tulus...YA ALLAH....





(Maksud Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Imran:31)

" Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."