Saturday, December 17, 2011

SBPA ~ umur bersara 60 tahun?

Assalamualaikum! Semoga diri anda semua ceria2 selalu hendaknya...

Satu pertanyaan dariku...agak2nya ramai tak di antara penjawat awam yang nak bersara pada usia 60 tahun?
Aku? Aku tak sanggup...kalau boleh sekarang pun aku nak bersara hehe...
Tak adalah, belum cukup lagi kepuasan untuk diri ini di dalam membimbing anak2 didikku...
yang aku mengharap dan mendoakan mereka semua, semoga menjadi hamba Allah SWT yang soleh dan solehah.. Amin, itu doa dan pengharapanku.
Jadi, usia persaraan aku adalah setakat usia 56 tahun sahaja, walaupun ada peluang untuk menandatangani sehingga 58 tahun sebelum ini. Kalau dapat nak sampai umur 55 tahun sahaja tapi kerana sistem SSM, aku terpaksalah menurut iaitu bersara WAJIB di dalam usia 56 tahun.
Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT sehingga tempoh itu.
Hmm....banyak juga aku dengar desas desus yang mengatakan sistem SBPA banyak kekurangan dan kemusykilannya. Jadi, sesiapa yg inigin memilih sistem ini untuk bersara pada umur 60 tahun, berfikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Semoga anda membuat pilihan yg terbaik!!!

Ok lah, hanya setakat itu dulu bual2 kosong aku pada tengah hari ini. 
Hanya untuk merehatkan minda sekejap ...


Ini apa para pelajar? :)


Thursday, December 15, 2011

Skim Gaji Terbaru 2012 untuk Warga Pendidik

Baiklah, bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem SBPA ni bolehlah baca dan scrol apa yg saya share di bwh ni..



View more documents from Chegu Abbas : Guru PJ SK Kubang Kerian (3)

Terima kasih, Chegu!

Sunday, December 11, 2011

Sifir Gaji Baru Bermula Januari 2012

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya, tengah boring ni...hehe
Tak ada pun idea nak post apa2 malam ni...
Tapi bolehlah untuk rakan blogger cuci mata tengok tangga gaji baru untuk profession perguruan kat bawah ni....

Hehe tahun depan kena kerja lebih kit la...
Hmmm...tapi guru sentiasa kerja lebih pun....
Tak percaya? Yang tak percaya tu, sila bagi komen..















Okay, Selamat Mencuci mata, ya!!!  :)

Wednesday, December 7, 2011

Jalan2 Cari Makan

Assalamualaikum! Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Musim cuti sekolah ni, biasanya ramai yang akan bercuti bersama keluarga masing2 kan?
Ha...sambil2 jalan tu, sambil2 cari makan juga kan?
Ok. kalau ada sesiapa yang nak ke Teluk Cempedak dan teringin nak makan Nasi Dagang Terengganu bolehlah  mencubanya di Weda Cafe..Byk menu yang boleh mengundang selera anda semua. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dgn menu dan lokasinya, silalah layari website ini...http://www.kuantanpages.com/weda-cafe/ .
Kalau yang baru nak mencuba selera dari Pantai Timur terutamanya Terengganu, jangan lupa berkunjung ke cafe ini, sekiranya anda melancong ke Pahang dan tidak ketinggalan juga bagi mereka yang sememangnya tinggal di  Kuantan yang belum tahu tentang keberadaan cafe ini, silalah mencuba masakan di sana. Puding Raja pun ada!
Insyaallah....anda semua tak kan rugi menikmati menu makanan di sana.


Bahagian hadapan Weda Cafe


menu makanan yang telah siap dimasak
Tukang masak sedang menyediakan makanan yang di'order'

Yummy3....delicious. Nasi Dagang Terengganu
Jika anda dari arah Jalan Beserah
Menghala ke Weda Cafe
Landmark M.S Garden Hotel di sebelah kanan dari Beserah,
Weda Cafe di sebelah kiri

Apa ditunggu lagi, jom3 ke Weda Cafe...
acu, cube, try, test... :)
Selamat Menjamu Selera!

Saturday, November 26, 2011

AHLAN WASAHLAN ‘AMUL HIJRIYYAH 1433


Permulaan Tahun Hijrah (Awal Muharam)

Alhamdulillah…Kini kita telahpun memasuki bulan Muharam dan membuka lembaran baru untuk kehidupan umat Islam dengan tahun baru Hijrah 1433. Bulan Muharam termasuk salah satu daripada empat bulan yang dihormati sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran kerana di dalam bulan Muharam banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting yang perlu diketahui supaya ia menjadi pendorong untuk meningkatkan amalan kita, khususnya di bulan ini dan umumnya sepanjang tahun ini.
   
Khalifah ar-Rasyid, Umar bin Al-Khattab R.A merupakan orang pertama yang memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah. Beliau menjadikan peristiwa hijrah sebagai permulaan Takwim Islam dan ia berlaku pada tahun 622 Masehi.

                Hari pertama takwim Islam yang dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah itu, bermulanya syiar Islam ke serata pelusuk dunia dan berjaya meletakkan kejayaan Islam sehingga ¾ dunia.

                Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy terhadap golongan Mukmin. Ketika itu orang-orang Islam adalah merupakan golongan minoriti. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat ke dua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.

“ Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah dan
kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh  melupakan ilmu.”
(Hasan Al-Basri)


Peristwa Pada Hari A’syura 
(10 Muharam)
Fadhilat Bulan Muharam
Allah telah menjadikan :
·         Langit dan bumi, bukit, laut, Syurga dan Neraka, Nabi Adam dan Hawa
·         Arasy, Luh Mahfuzh dan Malaikat Jibril A.S
·         Hari pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan dari langit
·         Nabi Ibrahim A.S terselamat dari kepanasan api
·         Firaun ditenggelamkan Allah
·         Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub
·         Taubat Nabi Adam A.S diterima oleh Allah
·         Allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
·         Kiamat berlaku pada Hari Jumaat, 10 Muharam
·         Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir
·         Allah mengeluarkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan Nun
·         Nabi Isa A.S dilahirkan
·         Nabi Ibrahim A.S dilahirkan
·         Allah mengangkat Nabi Isa A.S ke langit
·         Hari berlabuhnya kapal Nabi Nuh A.S
·         Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
        …menurut riwayat yang sahih

·         Daripada Abu Hurairah Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam”(Sahih Muslim)
·         Hadis riwayat Ibnu Abbas, bermaksud: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
·         Jelas Ibnu Abbas lagi,: “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”
        (Doa awal tahun Hijrah)
·         “Sesiapa yang berpuasa pada Jumaat pertama bulan Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”
·         “Sesiapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala beribadah 900 tahun.”



Semoga Tahun Baru Hijrah ini akan memberi kita satu perubahan yang lebih baik daripada sebelum ini....




SALAM MAAL HIJRAH !!!  
daripada 
AL-WARDAH

Friday, November 25, 2011

SOALAN KUIZ PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Jom...jawab soalan kuiz ni....
Untuk melihat soalan dengan kualiti yang baik sila klik

' PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 '.





Semoga soalan-soalan yang dikemukakan dapat membantu anda meningkatkan prestasi di dalam subjek Pendidikan Islam, khususnya untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.
Sebarang kekurangan yang ada bakal dipertingkatkan lagi kerana ini adalah permulaan bagi Al-Wardah hadiah untuk anda, pengunjung-pengunjung blog Al-Wardah....


Jumpa lagi! Insyaallah untuk yang seterusnya....
Maas Salamah! Zhai Jian! 

Wednesday, November 23, 2011

Tahun Hijrah 1432 kan pergi...Tahun Baru hijrah 1433 kan berkunjung tiba...

Assalamualaikum...semua :)

Semoga rakan2 blogger berada di dalam keadaan sihat walafiat sentiasa dan dirahmati Allah SWT hendaknya...
Mudah2an segala apa yang dilaksanakan di dalam kerjaya masing2 akan mendapat restu dariNya.

Baiklah, berbalik kpd tajuk entry Al-Wardah hari ni....
Hmmm....diam tak diam, rupa2nya kita dah pun berada di penghujung tahun 1432H dan dalam beberapa hari lagi Tahun Baru Hijrah 1433 akan bertandang menemui kita semua...kan?

Agaknya dalam setahun ni, adakah segala urusan yang kita ingin lakukan dan impikan terlaksana dan diredhai oleh Allah SWT? Jadi sebelum kita melangkaui ke tahun baru, sama2lah kita koreksi diri kita dan diharapkan hasilnya akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan berusaha untuk memperbaiki apa yang kurang baik di dalam tahun ini sama ada di dalam aspek ibadah, akhlak, kerjaya dan sebagainya...

Dan semoga tahun baru hijrah yang bakal menjelma memberi kita keazaman yang lebih tinggi untuk menjadikan semua kekuragan yang lepas menjadi lebih baik dan terbaik, Insyaallah.

Marilah sama2 kita berdoa semoga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita bersua dengan 1 Muharam 1433H...Amin

p/s: jangan lupa untuk membaca doa akhir dan awal tahun.....pada hari Ahad ni (25.11.2011 / 29 Zulhijjah 1432) sebelum masuk waktu solat Maghrib,k...



ok...jumpa lagi!

Saturday, November 19, 2011

Kursus Profesionalisme GPI 2011

Kursus Pengurusan Fail dan Plan-J

Bilik Mesyuarat, SMK Bukit Pasir

Dah lama sebenarnya tak mengikuti kursus di luar sekolah kerana masalah kewangan akibat peruntukan yang dikurangkan. Tup2...pada 21 September 2011, Wardah diarahkan mengikuti kursus Profesionalisme untuk guru2 Pendidikan Islam. Tentang apa, dah ada kat atas tu...Jadi, setelah mengikuti kursus ni baru la lebih jelas tentang pengurusan fail especially fail panitia. Kalau tak entah apa2 je terima maklumat yang kurang tepat sampai naik pening nak menguruskan fail.

Begitu juga dgn plan-J yang memeningkan kepala Wardah dan teman2 di sekolah.
Nakkan kecemerlangan pelajar2 kat Johor ni, macam2 difikirkan untuk buat teknik yang terbaik. Tapi lebih kepada memeningkan kepala kami sebab maklumat yang diterima tidak jelas. Alhamdulillah setelah mengikuti kursus ini barulah jelas, sejelas2nya...

Apa2 pun kerjaya guru, benar2 cukup aku respect!!!
Banyak pengorbanan yang kami harus lakukan untuk memastikan kejayaan anak2 didik semua.
Yang pasti, bila ia datang dari nurani yang tulus ikhlas dalam menjalankan tugas...pastinya 'enjoy' dan tidak sesekali menyesal 'terjun' ke bidang ini.

Tahun depan, 'in house training' course ni utk semua ahli panitia...hehe
Yeah!Pastikan Panitia PI sentiasa aktif dan cemerlang utk semua.


Selamat Maju Jaya!




Buat anak2 didikku yang dikasihi...

Selamat menjawab subjek Pendidikan Islam yang akan diduduki pada Isnin ini, 21 November.

Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
Ingatlah kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek tanpa ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal dari anda....

~ Baca Basmalah
~ Surah Al-Insyirah
~ Selawat
~ Doa Penerang Hati
~ Bykkn juga membaca ayat kursi

Semoga kejayaan milik anda semua!

Thursday, November 3, 2011

Masjid Paling Aneh Dan Pelik


Hari ini rasa seronok nak berkongsi apa yang Al-Wardah temui..
Pernah tak anda semua tengok masjid aneh sebagaimana yang Al-Wardah post ni.
Mungkin sudah ada di kalangan anda semua pernah tengok, hmm...bagi yang belum pernah..jommm!!! layann jap..hehe


Bentuk luarannya agak sederhana, namun begitu jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum masuk waktu solat. Mereka sudah pun berkumpul untuk sama-sama melakukan solat secara berjamaah.
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Pembinanya adalah seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong di kalangan warga miskin, namun beliau mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Bunyi nama masjidnya pun paling pelik di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Saya Sudah Makan”). Pelik tak? Di sebalik Masjid yang namanya paling pelik ini, tersebutlah sebuah cerita yang sangat menarik dan mengandungi pengajaran yang sangat berharga buat kita semua.


Masjid Shanke Yadem, Turki

Alkisahnya, kewujudan masjid ini....

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggallah seorang yang warak dan sangat sederhana perwatakannya, namanya ialah Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja saya sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”.

Nak tahu, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalam sebuah kotak tabung. Begitulah yang dilakukannya setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya yang suci murni itu, iaitu untuk membangunkan sebuah masjid.

Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuk seni binanya pun sangat sederhana, sebuah pagar bersegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Sebagaimana yang anda semua lihat di dalam gambar dipamerkan, masjid ini tidak mempunyai bumbung dan permaidani..hanya berbumbungkan langit dan berkarpetkan rumput sahaja.



Masjid "Anggap Saja Saya Sudah Makan"


Akhirnya, Khairuddin berjaya merealisasikan cita-ciatanya yang amat mulia itu. Masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairuddin yang miskin itu didalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berjaya akhirnya....Bagaimanakah pula dengan mereka yang kaya raya, tanah berhektar-hektar, wang di bank berjuta-juta dan hidup di dalam serba kemewahan?
Namun begitu, tidak ramai yang menyangka bahawa Khairuddin adalah seorang yang sangat luar biasa, sehingga orang kaya pun tidak mampu dan dapat berbuat kebaikan sebagaimana beliau.

Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : “Shanke yadem” (Anggap Saja Saya Sudah Makan)

Begitulah ironisnya, kegigihan dan ketulusan seorang hamba Allah yang soleh ini...yang mempunyai impian yang cukup suci murni iaitu membina masjid, walaupun dia sebenarnya tidak mampu.
Memang betul-betul 'amazing'.
Semoga beliau dilimpahi pahala dan rahmat oleh Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya di atas segala apa yang telah dilakukannya itu.

Al-Wardah sebenarnya cukup sayu dan syahdu bila membaca kisah kegigihan Khairuddin Afandi ini. Mungkinkah anda pun begitu juga?





Wednesday, August 3, 2011

Luahan hatiku


Assalamualaikum...Salam Ramadan buat semua...

Hehe baru hari ni (2 Ogos) aku tahu di dalam BM sekarang Ramadhan tidak boleh dieja mcm aku eja ni, tp dieja tanpa 'h'. Pelik je aku nak menyebut, dah jadi apa maknanya tu... Sama juga dgn perkataan diredhai..ejaan betulnya 'diredai'. Mcm2 lah..Sepatutnya kalau dah ciplak bahasa org lain, kenalah kekalkan bhs mrk krn bila ejaan tak tepat sebutan pastinya tak betul dan membawa makna yg salah. Tapi siapalah aku...bukannya pakar bahasa. Jadi terimalah apa yang diubah, mungkin ada rasional di sebaliknya kot.

Bagaimana aku tahu? Sebab hari ini (semalam) adalah hari pelancaran program "Ihya' Ramadan Di Hatiku" sempena Ramadan Al-Mubarak sekolah aku. Jadi adalah guru BM yg membuat sedikit teguran, mereka pun pening nak ajar pelajar dgn perubahan yg berlaku ini. Tapi bagaikan pendakwah, walaupun satu ayat kena sampaikan dan perbetulkan jua, bimbang para pelajar akan terpengaruh dengan ejaan yang salah itu.

Baiklah menyentuh topik entry aku pada pagi ini...

Sebenarnya aku agak terkilan dgn seseorg yg patutnya 'handle' Program Ihya' Ramadan ni, dia tidak ambil tahu langsung tentang program dia setelah dia memberi setiap org arahan utk membuat itu dan ini... Tahun lepas aku dah tegur semasa di dlm mesyuarat supaya mesyuarat atau kalau tak ada kesempatan jumpalah utk berbincang tentang sesuatu program yg hendak dijlnkan. Katanya, 'byk berkerja, kurang berckp', tapi bg aku 'kurang berckp, kurang brtemu, kerja tak menjadi'. Masa tu pun,siap kecik2 hati lagi antara kami semua, dah pun minta maaf....so 0-0..

Tapi tahun ini perkara yg sama masih berulang lagi. Walaupun sekarang ni zaman yg serba canggih, sekadar mengarah dgn sms memang mudah tetapi kehendak sukar difahami. Mesyuarat itu adalah lebih baik krn kita dpt maklumat dan dpt berbincang tentang aktiviti2 yg hendak dijlnkan. Aku pula yg bukan penyelaras ni yg sibuk mengawal keadaan dan perasaan rakan2 aku yang bengang dgn sikapnya. Mereka semua susah hati bila 'bos' tak berbincang dgn setiausahanya dan rakan2 yg akan membantu melicinkan perjlnan progrm ini.

Aku pula yg mengarahkan setiausaha panitia membuat kertas kerja dan aku sebagai KP akan jumpa Pengetua utk berbincang tentang aktiviti dan kosnya, masa dah suntuk...tak kiralah 'gile kuasa' ke apa, yg penting progrm brjln. Agaknya kalau aku lepas tangan, tak tahulah apa yg bakal terjadi. Aku bukannya bagus sangat tapi krn fikir tanggungjwb aku gagahi jua. Aku tak tahu kenapa dia boleh buat tak kisah, sedangkan dia tahu akan buat program ni. Setiausaha siap telefon lagi berkali2 tapi tak dijwb. Nak beritahu semua dah beres dan nak tanya dia boleh datang tak utk pelancaran serta memberi ucapan Penyelaras. Sekurang2nya tengok 'miss call' tu 'call'lah balik. Jadi nak kata siapa yg salah pula kali ni????? Hargailah sikit, s/u tu dah la sibuk dgn anak kecil tp sempat lagi buat kertas kerja, sediakan hadis utk pertandingan (sedangkan dia yg mencadangkan) dan lain2 serta membuat montaj utk majlis pelancaran pada hari ini. Aku memang tabik abih s/u aku tu.

Dah la aku baru nak pulih dari sakit. Tup2...dia lak buat hal. Aku tak tahu apa masalah dia, tapi sekurang2nya beritahulah kalau awak ada masalah. Jadi masa pelancaran program ni pagi smlm, adalah yg jd mangsa 'bidan terjun'nya. Antaranya pengerusi majlis dan pembaca ayat2 suci Al-Quran.
Aku ingat bila penyelaras dah ada hari ini, aku hanya jadi pengacara majlis je la. Aku buatlah skrip utk pengacara, duk mengadap laptop je la cuti 3 hari ni. Utk esok aku kena jadi pengacara majlis sempena perpindahan GPK HEM sekolah aku,,,dah lama tak jadi, ada lak yang nak aku jadi pengacaranya. Dah orang arah, buat je la...dengan tak ada lg aturcara majlis dan bila tarikh majlisnya, aku hentamlah sendiri dulu sebab kesihatan aku sekarang ni....bukannya betul sangat. Sambil tu aku buatlah skrip utk pengerusi majlis pada pagi smlm. Kemudian aku 'call' s/u, tnya utk pelancaran smlm...dia dpt tak hubungi penyelaras. Dia kata tak dapat...haaa mcm yg aku cerita kat atas tadi. Jadi aku 'stanby' lah ucapan bagi pihak penyelaras mlm smlm. Kalau penyelaras tak ada, akulah sebagai penolongnya kena beri ucapan. Kalau 'on the spot' boleh gak, tp nanti 'timing' lari lak...hehehe.

Pagi2 lagi sblm ke sekolah, aku tnya s/u, lcd minta rakan aku yg ada kunci Bilik Panitia ambilkan. Tapi dia dah minta tolong penolong pusat akses sekolah sediakan. Aku terfikir juga nak 'call' dak tu tapi naik segan lak nak minta tolong lg sekali 'on the spot' sebab dua minggu lepas aku dah buat. Kasihan juga nak buat lagi sekali huhu... sebab kalau tak ada program dia datang sekolah ikut waktu pejabat. Oleh kerana s/u dah beritahu dia, tak kisahlah. Aku sangat2 menghargainya. Kemudian aku 'call' lagi sekali, minta dia beritahu rakan aku yang seorang ni utk 'stanby' jd pengerusi majlis takut dia terperanjat...tapi aku tahu dia 'spotting'. Hehe.. lepas tu dlm perjalanan ke sekolah, aku 'call' rakan aku yg aku nak minta dia jadi pengerusi majlis cari pelajar utk membaca Al-Quran, tapi aku lupa nak cakap dia kena jadi pengacara kalau penyelaras tak datang. Teruk betul aku ni...

Sebaik sahaja sampai ke sekolah, aku terus ke Dewan Jubli Perak utk membuat persediaan pelancaran bersama rakan2 aku yang lain. Aku mintalah rakan aku yang seorang ni jadi pengerusi majlis, hehe dia cakap KP ni suka beno buat kerja 'on the spot'. Pembaca ayat suci Al-Quranpun dah 'ready'. Aku cakap, jgn risau skrip dah ada tinggal kau baca je...'on the spot' pun aku tak suka menyusahkan org lebih2. Itulah...otak sentiasa berfikir apa akan trjadi kalau macam ni, macam tu....penat lorhhh!


2 Ogos 2011


Alhamdulillah...pelancaran program "Ihya' Ramadan di hatiku" berjalan sebagaimana yang dirancang walaupun di dalam keadaan yg cukup mencemaskan...terdapat juga sedikit gangguan teknikal. Walaupun ada yang terpaksa jadi bidan terjun...pelancaran tetap berjalan dengan baik dengan izin Allah SWT. Kerja 'on the spot' ni ada juga baiknya, beri kita bersedia bila2 masa sahaja utk membuat sesuatu pekerjaan.

Aku sendiripun, sebaik sahaja memberi salam untk menyampaikan ucapan bagi pihak penyelaras, tiba2 rasa macam tak ada kekuatan utk berdiri dengan lebih lama...macam nak rebah, nak pitampun ada. Aku pun pelik sebab tadi elok je. Tahu apa yang aku fikir...ajal aku dah nak sampai ke sekarang ni? Aku berdoa ke Hadrat Allah SWT supaya diberikan aku kekuatan untuk aku menyempurnakan tanggungjawabku itu. Alhamdulillah...di dalam keadaan fizikal aku lemah, aku dapat menyelesaikan ucapan tersebut.

Keadaan aku berterusan sehingga period last jam 1.15 hingga 2.25 kelas Bahasa Arab. Ikut hati, aku nak je balik tidur sebab tak larat. tapi oleh kerana memikirkan masa dah tak banyak lagi utk mereka ulangkaji dan buat latih tubi, aku kuatkan jua semangatku utk bersama mereka sehingga jam 2.45 pm sebab Peperiksaan Percubaan PMR utk subjek Bahasa Arab adalah pada 12 Ogos, iaitu hari Jumaat depan. Biar aku susah sikit...selagi aku mampu berdiri dan bertahan, asalkan para pelajarku mendapat manafaatnya.


Ok, itu sahaja luahan hatiku untuk hari ini...

Bukan aku ingin mencari salah sesiapa tetapi jadilah seorang yang bertanggungjawab apabila diberi amanah. Amanah itu cukup berat!!!! Dan juga bukan tujuan aku meluahkan ini utk memburuk2kan sesiapa tetapi untuk menghilangkan stres di dalam sanubari.
Semoga ia memberi pengajaran kepada sesiapa yang membacanya begitu juga buat diri ini.




Sunday, July 31, 2011

Ramadhan...Akhirnya menjelma jua

Alhamdulillah...akhirnya Ramadhan yang ditunggu2 menjelma jua
dan kita dapat melangkahnya bersama2.
Ada di antara kita yang tidak sempat untuk menemui
Ramadhan pada tahun ini kerana telah terlebih dahulu menghadap Ilahi.
Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu
Ramadhan yang dirindui....imarahkanlah ia dgn perbanyakkan amalan2
yg telah disarankan oleh Rasulullah SAW...di sepanjang bulan ibadah ini.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi
kita lebih keberkatan dan kerahmatan serta maghfirah dari Allah SWT.



Ya Ramadan!, by Noor Syed

In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind

A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It's a continuous training to strengthen our Imaan.

Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past

Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind

Akhir kalam,

" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!! "

buat semua umat Islam walau di mana jua anda berada..

Syukur kepadaMu, Ya Allah...

Alhamdulillah....

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana masih memberi aku kekuatan untuk aku bangkit lagi pada pagi ini. Semalaman aku tidak boleh bangun dan berdiri kerana semua angin yang ada di dalam badan aku lari ke bahagian perut. Oh! Sakitnya tidak terkata...ingin sahaja aku melalak dan menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan tapi...apa guna. Biarlah kesakitan itu menjadi kifarah buat dosa2 yang mungkin aku lakukan sama ada sedar atau tidak.

Semoga ujian demi ujian yang aku hadapi akan meningkatkan lagi ketaqwaanku terhadapNya. Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dan melaluinya dengan tenang. Amin Ya Rabbal Alamin....





Ashraf gagal jadi Aleesha meninggal

Assalamualaikum...semua.
Semoga hari ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Wardah rasa ramai di antara kita mengikuti kisah pemuda ini, yang menguji sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia kerana beliau ingin menukarkan namanya daripada Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana di dalam MYkadnya setelah membuat pembedahan menukarkan jantinanya di Thailand dua tahun lalu dengan memfailkannya di mahkamah.

Wardah cukup terkejut apabila membaca berita mengenai kematian beliau melalui salah sebuah akhbar laman web. Beliau meninggal akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Sebelum ini ibunya menyatakan beliau berada di dalam kemurungan selepas permohonan yang difaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar nama wanita ditolak pada 18 Julai lalu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba2Nya.

Sebenarnya Wardah cukup bersimpati dengan insan2 seperti beliau yang agak kurang pengetahuan agama tentang perkara ini. Harus diingatkan, sebagai seorang muslim kita tidak boleh melakukan perbuatan haram ini walaupun perlakuan diri seorang lelaki itu seperti seorang perempuan, kerana jantina tidak menafikan hak itu semua. Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu...apa yang dijadikan oleh Allah SWT pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali kita mencabar kuasa Allah SWT kerana dengan kalimat 'Kun Fa Yakun' ~ jadilah, maka jadilah....segala apa yang dikehendaki olehNya.

Sekiranya masih ada lagi di luar sana yang berhasrat untuk menukar jantina dan kurang arif tentang hukum agama, janganlah segan2 merujuk golongan ulamak dan Insyaallah mereka boleh membimbing anda semua. Masalah yang berlaku ialah mereka tidak mahu mendekati golongan ini dan selesa mendekati golongan yang menyokong dan meredhai perbuatan mereka, sepatutnya mereka yang didekati oleh golongan ini perlu memberi nasihat yang baik yang boleh menuntun mereka kembali ke jalan Allah SWT. Setiap dari kita berkewajipan di dalam membetulkan sesuatu yang tidak betul mengenai urusan agama jika kita di kalangan orang2 yang mengetahuinya, jika tidak diam itu adalah lebih baik daripada menyampaikan sesuatu yang tidak benar.

Semoga apa yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Ashraf memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Dan Wardah mendoakan semoga beliau sempat bertaubat kepada Allah SWT sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Amin...

Berita terkini yang Wardah 'copy' dari sebuah akhbar laman web:

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Tak sempat

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

- Bernama

Kita semua tidak tahu apa yang bakal berlaku di penghujung kalimah terakhir kita sebelum nyawa berpisah dari jasad...Jadi janganlah kita semua terpengaruh dek apa yang zahir ternampak oleh pancaindera kita untuk menilai seseorang sama ada dia baik atau tidak. Jadi marilah sama2 kita berdoa ke Hadrat Ilahi semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diterima olehNya.


Semoga roh Mohd Ashraf Hafiz dicucuri rahmat oleh Allah SWT...
~ Al-Fatihah ~

Dan...buat keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini.


Ingatan buat diri yang masih dalam kekurangan:

"Tuhanku aku tidak layak masuk SyurgaMu namun tak upaya menghadapi api nerakaMu.....Terimalah taubatku dan ampunkan dosa2ku.. Sesungghnya Engkau Maha Pengampun dosa2 besar".

Friday, July 29, 2011

Nasihat Ramadhan ~ Nada Murni


Jom! Kita layan nasyid ni....
hayati dan semoga kita semua mendapat manafaat bersama..



video

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MELANGKAH KE BULAN RAMADHAN DAN DAPAT MENUNAIKAN IBADAH INI DENGAN SEMPURNA DAN IKHLAS..

Wednesday, July 27, 2011

MARHABAN...YA, RAMADHAN!!!

Assalamualaikum semua....!

Hiasilah wajah-wajah anda semua dengan senyuman... :-)

Sya'ban bakal meninggalkan kita, dalam beberapa hari sahaja lagi.....

Ramadhan yang ditunggu-tunggu pula bakal menjelma tidak lama lagi...

Ramadhan ialah bulan yang mulia, bulan rahmat, bulan maghfirah....bulan untuk memohon keampunan, bulan untuk bermujahadah...bulan beribadah.

Alhamdulillah...panjatkanlah kesyukuran kita terhadap Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan dapat terus menikmati segala nikmat dariNya. Mudah-mudahan kita semua dapat sama-sama melangkah ke bulan yang mulia ini. Insyaallah...

Persiapkanlah diri kita untuk bertemu dengannya, untuk kita merawat rohani kita yang pastinya ada luka di sana sini. Luka yang boleh menjejaskan ketaqwaan kita terhadap Rabbul Jalil. Di dalam bulan inilah, peluang untuk kita merawat luka yang ada dengan melakukan amal sebanyak-banyaknya kerana pada bulan ini syaitan semuanya diikat. Justeru itu, mudahlah bagi kita untuk melakukan amal dengan seikhlas hati. Namun begitu, berwaspadalah kerana nafsu yang berada di dalam diri kita adalah sahabat yang paling akrab dengannya dan boleh melalaikan kita di dalam menunaikan ibadah terhadap Allah SWT.

Ketahuilah, berpuasa di bulan Ramadhan itu adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Tiada siapapun yang terkecuali melainkan mereka yang diharuskan berbuka kerana sebab-sebab tertentu.

Maksud firman Allah SWT:

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa ". ( Al-Baqarah: 183-184)

Terdapat banyak fadhilat atau kelebihan di dalam bulan Ramadhan. Di dalam beberapa hadis Rasulullah SAW ada menerangkan tentang kelebihan-kelebihan tersebut, antaranya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. ~ Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi ~

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. ~ Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi ~

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. ~ Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi ~

4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ~ Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi ~

Secara ringkasnya, semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk sama-sama kita menghidupkannya dengan segala amalan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana berikut:

1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

3. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

4. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

5. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiyah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

6. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

7. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

8. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

9. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

10. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Amal ibadah yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk disempurnakan sepanjang bulan Ramadhan, sebagaimana di dalam khutbah terakhir baginda pada bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Ingatlah! Janganlah kita mengikut hawa nafsu yang sentiasa menjurus ke arah maksiat dan penderhakaan terhadap Allah SWT. Berpuasalah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, bukannya kerana mengikut orang lain atau kerana terpaksa. Sesungguhnya, balasan bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja adalah cukup pedih.

Dibawakan sebuah kisah dari sahabat Abu Umamah Al Bahili RA. Beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.”

Berazamlah, bagi mereka yang berkenaan untuk melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini dengan sempurna pada tahun ini (1432H). Semoga dibukakan pintu hati oleh Allah SWT buat anda semua. Dan ambillah kesempatan sebelum nafas terhenti dengan bertaubat kepada Allah SWT, mudah-mudahan dengan demikian segala amalan yang dilakukan diterima olehNya.

Sebelum aku membuat noktah terakhir pada entry ini, ingin aku berkongsi sedikit kisah tentang Almarhum bapaku. Beliau meninggal di dalam usia 80 tahun. Semua anaknya dilatih berpuasa semenjak umur 6 tahun lagi, begitu juga dengan mendirikan solat sunat terawih secara berjamaah. Mungkin aku antara mereka yang beruntung mempunyai seorang bapa yang mempunyai ilmu agama yang cukup utuh di dalam dirinya. Alhamdulillah...

Di sini bukan tentang anak-anaknya yang ingin aku ceritakan. Tetapi aku ingin ceritakan betapa kagumnya aku melihat kegigihan Almarhum bapaku menunaikan solat sunat terawih dari aku kecil hinggalah ke saat terakhir bersama beliau. Selama itu jugalah, aku tidak pernah melihat beliau meninggalkan solat sunat terawih walaupun sehari. Tidak kira sama ada dia sihat, uzur atau penat. Di dalam 2 atau 3 tahun terakhir aku bersama beliau, sudah nampak perbezaan keadaan kesihatan beliau apabila melihat cara dia menunaikan solat terawih. Kalau sebelum ini dia mampu berdiri tanpa berpegang atau bertongkat pada sesuatu, Ramadhan terakhir aku bersama beliau, dia memegang kerusi dengan tangan kanannya untuk berdiri ketika melakukan solat sunat terawih. Cuba bayangkan di dalam keadaan yang beliau sendiri rasakan tidak mampu untuk berdiri kerana cintakan ibadah terhadap Allah SWT dia gagahi jua. Bukan solat fardu tetapi hanya solat sunat.

Tapi....cuba anda semua fikirkan kalau dia yang berusia 80 tahun ketika itu mampu melakukan solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan dengan berdiri, apatah lagi bagi kita yang masih muda, masih bertenaga. Tidak mampukah kita? Namun ada yang enggan melaksanakannya secara konsisten kerana kesilapan itu adalah bermula pada niat. Fikir-fikirkanlah...hanya mereka yang merasa manisnya iman sahaja sanggup bersusah untuk melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati terhadap Allah SWT. Tidak pernah aku melihat Almarhum bapaku solat di dalam keadaan sama ada duduk atau berbaring walaupun di dalam keuzuran dan beliau juga tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan begitu juga dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Aku berkongsi bukan untuk berbangga atau untuk menerima pujian tetapi sekadar untuk memberi MOTIVASI bagi mereka yang culas untuk menunaikan ibadah puasa dan juga mendirikan solat sunat terawih serta melakukan amalan-amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Almarhum bapaku adalah sumber inspirasi buat diriku di dalam melayari kehidupan di pentas dunia ini. Jika iman dapat diwarisi, akulah anak yang paling beruntung. Namun iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa....

~ AL-FATIHAH ~

buat

Almarhum Ayahandaku, Haji Wan Ghazali bin Mohamad....telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 2 Februari 2001 bersamaan 8 Zulkaedah 1421H di dalam usia 80 tahun.

Bah, aku merinduimu...berbahagialah engkau di sana..Semoga engkau di tempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amiiinn....


' AHLAN WA SAHLAN YA....RAMADHAN!!! '