GURU


Guru adalah…
Pendandan iman, penjana taqwa
Penggubah hemah, penjalin disiplin
Penyumbi budi, perapi pekerti
Pembancuh roh, pemateri peribadi
Pengukir daya fakir, penyolek intelek
Pencanai perangai, pemintal amal
Penyala daya cipta, perona rupa
Pengolah tingkah, penggembur tasawwur
Pemahat semangat, penala daya usaha
Pencanting daya saing, pemilin yakin
Pelentur tutur, pengarca bahasa
Pengandam azam, pembaja cita-cita
Penggilap sikap, penyusun santun
Pemahat minat, pengilat bakat
Pensasa raga, pencerna persona…
Guru adalah muaddib bijaksana
Tekun sabar mengadun tamaddun
Bagai lilin memperkasakan watak
Guru adalah murabbi cendekiawan
Gigih adalah meramu ilmu
Bagai obor mengupayakan minda
Guru adalah mufakkir istimewa
Giat rajin membaji jatidiri
Bagai lampu menjelitakan wibawa
Guru adalah mursyid pendeta
Jujur ikhlas mewarna budaya
Bagai lentera memperkayakan etika
Guru adalah mujahhid peka
Iltizam istiqomah melepa jiwa
Bagai bara mewajakan maruah
Guru adalah mu’alim mempersona
Budiman ihsan mengukir wawasan
Bagai unggun menceriakan impian…


~ KUTITIPKAN SEKADAR UNTUK RENUNGAN SEMUA PEMMEGANG
TITTLE INI "PELAJAR" TERMASUK AKU KERANA AKUPUN PERNAH
MEMEGANGNYA UNTUK MENJADI SEPERTI SEKARANG...
BELAJAR TIDAK AKAN LUPUT DARI DIRI KITA HINGGA KE
HUJUNG NYAWA....
SIAPALAH KITA TANPA GURU..
KITA BERMULA DARI SEORANG GURU DAN AKAN BERAKHIR
DENGAN SEORANG GURU...
GURU DI AWAL GURU DI AKHIR...

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post