Sunday, February 27, 2011

Adakah anda mendapat gangguan makhluk halus????



Ha...ni infonya...apa lagi bacalah!

Punca gangguan jin, sihir dan rasukan syaitan
  • Suka buku cerita, filem hantu dan sihir
  • Perasaan takut dan gembira yang melampau
  • Wanita suka bersolek dan tidak menutup aurat
  • Lalai serta ingkar perintah Allah
  • Menyimpan alat muzik dan alat yang melalaikan di rumah
  • Meninggikan suara dalam bilik air
  • Menangis dan merintih sebelum tidur
  • Membuang air panas ke dalam bilik air
  • Melompat tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
  • Tempat gelap yang ditinggalkan
  • Suami isteri sering bertengkar
  • Terlampau marah
  • Mengikut hawa nafsu
  • Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah
  • Berlaku sihir
  • Berlaku perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  • Jatuh cinta kepada jin

Tanda terkena gangguan jin dan syaitan

  • Sukar tidur malam
  • Hati berdebar ketika senja
  • Keluh kesah tidak menentu
  • Mimpi menakutkan yang berulang
  • Selsema berpanjangan
  • Berasa malas berzikir dan sembahyang
  • Sakit yang gagal dikesan oleh doktor
  • Pening berpanjangan ketika senja
  • Otak lemah
  • Tidak sedarkan diri dan pengsan
  • Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan

Semoga mendapat serba sedikit panduan untuk berhati-hati menghadapi makhluk halus ini...

Saturday, February 26, 2011

Tetamu yang sering berkunjung. Who???


Siapakah tetamu yang sering mengunjungi kita setiap hari?

Dia ialah Malaikat Maut, Sakaratul Maut...Izrail yang bertugas sebagai pencabut nyawa!!!

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, maksudnya:
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka Izrail berkata: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. "

Betapa kerapnya sakaratul maut melihat dan merenung wajah seseorang dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali (lebih kurang setiap 21 minit). Andainya manusia itu sedar, pasti mereka tidak akan lalai dari mengingati mati. Justeru kerana malaikat adalah makhluk yang ghaib, manusia tidak nampak dan merasai kehadirannya dan sudah tentu jika dia berada di depan mata sekalipun manusia tidak nampak kecuali bagi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Manakala bagi manusia yang miskin amal kebajikannya dan banyak melakukan dosa dan maksiat, mereka masih mampu bersenang lenang dan bergelak ketawa seolah-olah tiada masalah yang perlu difikirkan dan dikoreksi di dalam kehidupannya.

Maksud Firman Allah S.W.T di dlm Surah Al-Imran: 185:
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..."

Kita semua tidak boleh lari dari menghadapi saat-saat ngeri kematian. Sebab kematian boleh berlaku dgn pelbagai cara spt mati mengejut, mati setlh merasai sakit yg lama, mati di dlm usia yg muda, usia yg lanjut, mati 'accident'....
Semua itu adalah sebab sahaja, tapi sedarlah kita semua malaikat maut sentiasa berlegar-legar di sekitar manusia sambil mengenalpasti mereka yang sudah tamat tempoh hayatnya.

Maksud Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'raf: 34:
" Maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mempercepatkannya. "

Ingatlah ajal tidak mengenal orang yang sihat atau sakit, miskin atau kaya, muda atau tua, berpangkat atau tidak.Apabila sampai ajalnya, malaikat maut tidak akan menangguhkannnya walau sesaat sekalipun. Maksud sabda Rasulullah S.A.W: " Mati mendadak adalah harapan orang mukmin dan keluhan bagi orang derhaka. "

Sakitnya sebuah kematian amatlah dahsyat. Maksud sabdaRasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Hasan:
" Ingatlah maut, kepedihan dan kesakitannya. Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang. " Pernah Rasulullah S.A.W ditanya tentang kedahsyatannya. Baginda menjawab: " Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing lepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya. "

Semoga apa yang ku sampaikan ini serba sedikit dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua ke Hadrat Allah S.W.T. Semoga kita semua di kalangan hambaNya yang tidak lalai. Amin...





Tuesday, February 22, 2011

Persoalan demi persoalan




Alhamdulillah...Segala puji dan syukur ku panjatkan ke Hadrat Allah S.W.T....

Kenapa?? Sebab klip video yang aku buat memberi impak yang cukup berkesan kepada penontonnya. Jauh sekali untuk aku membangga diri...aku buat ikhlas untuk bersama-sama mengenangi saat-saat terakhir Rasulullah S.A.W berada di alam fana ini.

Pagi2 Isnin, ada seorang guru lelaki menyatakan perasaannya sebaik sahaja menonton klip video tersebut.Dia cakap kat aku...dia cukup sebak sehingga bergenang air mata tetapi menahan sebab melihat rakan2 lelaki yang lain mcm 'cool' je. Tapi dia sempat bertanya perasaan mereka, mereka memberi jawapan yang sama tetapi masih boleh menahan air mata mengalir.

So, hari ini di dalam perhimpunan, GPK 1...menyebut perkara yang sama...
Di dalam 'meeting' hari ni pun...GPK1 mengulangi lagi ( Pengetua 'on the way' dari tempat mesyuarat lain). Aku sememangnya terharu dengan situasi ini, tidak ku duga, apa yang ditayangkan ketika majlis tersebut disebut2 hingga hari ini.

Di dalam mesyuarat, GPK 1 memuji la yang buat video tu...tapi dia salah puji org lain. Hehehe...marah betul kawan aku yang tahu aku buat, siap mesej lagi dengan aku menyatakan ketidakpuashatian dia dengan pujian ke atas orang yang silap tu. Ada yang seorang lagi cakap...orang yang dipuji tadi tu cakap kat dia si polan tu yang buat...huhu...siapa yang buat pun jadi kontroversi...

Aku sebenarnya tak kisah siapa yang kata siapa yang buat...yang penting aku dan mereka berkongsi perasaan yang sama bila menontonnya.

Selepas mesyuarat...rakan2 ku ni bising lagi dengan kata-kata " apalah, orang lain buat orang lain yang dapat nama...patutnya dia bagunlah suarakan yang dia tak buat orang lain yang buat!!". Ish3 rakan2 ku ni, relek la...aku tak kisahpun, yang penting impaknya.Aku tak mengharappun pujian tu, yang layak dipuji hanya Allah S.W.T sahaja. Dah memang tanggungjawab aku...Walau macam manapun...terima kasih kawan kerana menghargai apa yang aku buat...

Rakan yang seorang lagi ni pulak bertanya....sebenarnya siapa yang buat? si polan tu ke atau siapa..huhu...tanya lagi...akhirnya tahu lah siapa yang sebenarnya buat.
Sebenarnya apa yang aku buat tu simple je, dan niat aku cuma satu sahaja untuk menyampaikan sesuatu dari aku dan ia membawa kesan kepada setiap individu yang menontonnya...that's all.

Kepada yang tidak tahu siapa yang membuatnya...aku ucapkan terima kasih kerana menghargainya dengan menghayati bingkisan yang aku sediakan..

Alhamdulillah, para pelajarku pun ada yang mendapat kesannya melalui apa yang disediakan...
Ada yang ingin mendapatkannya termasuklah cikgu2..Mungkin nak menghayatinya kembali bersendirian.

Kesimpulannya, walaupun apa yang aku buat tu simple tapi kesannya cukup besar kepada setiap individu yang menghayatinya.

Tujuan aku post entry ni bukan untuk berbangga tetapi sekadar untuk melahirkan kegembiraan kerana berjaya menghasilkan impak yang baik.

Sunday, February 20, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKPB pada 19 Februari 2011

Assaalamualaikum semua...

Pagi ni, baru berkesempatan untuk mencoretkan bingkisan sempena program yang berlangsung di sekolah aku semalam...iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Kepenatan pada peringkat kritikal hehehe...banyak kerja yang perlu aku fikir, rancang dan buat bersama 'team work' aku untuk menjayakan majlis ini. Aku cukup-cukup menghargai semangat rakan-rakanku yang memang komited dengan segala tugas yang diberikan...walaupun mempunyai masa yang agak terbatas.

Bayangkanlah nak menjayakan majlis ini kami ada masa lebih kurang 3 hari..mana nak buat pertandingan lagi, nak beli hadiah lagi, nak sediakan bahan-bahan masakan lagi dan macam-macam hal lagi yang perlu dibereskan.Hemm...kalau nak dibandingkan program ni macam nak buat majlis kenduri kahwin.Mana taknya, nak beri orang makan lebih kurang 1000 orang.
Kalau difikirkan macam tak berdaya nak buat...tapi semangat kental kami semua berjaya memecah tembok kesukaran itu...Aku solute dengan rakan-rakanku...Semoga Allah S.W.T memberi balasan yang sewajarnya,Amin...

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga buat seluruh warga SMKPB yang menjayakan Sambutan Maulidur Rasul pada 19 Februari 2011 bersamaan 16 Rabiul'Awal 1432H. Tanpa kalian semua, majlis tersebut tidak akan berjalan dengan lancar...

Banyak aktiviti yang dijalankan sempena Maulidur Rasul ini, antaranya pertandingan syarahan, hafazan, tilawah, kuiz, nasyid dan sepanduk.

Aku teringin juga nak menyampaikan sesuatu sempena program ni...Inilah hasilnya video klip yang ku beri tajuk " Di Penghujung Nyawa Rasulullah S.A.W".
Walaupun dalam kesibukan aku menyelenggarakan majlis ni, aku mencari juga ruang waktu untuk aku 'perform' sesuatu walaupun sebentar cuma.Inilah hasil usahaku yang mungkin tidak secanggih mana, tapi ia datang dari ketulusan nuraniku... Selamat menonton dan menghayati klip video ini buat semua yang mengunjungi blog Al-Wardah ini dan kalau sudi berilah sedikit komen...!!! Video klip ni ditayangkan selepas ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faiz bin Rasit.


video


Aku ingin memberi sedikit impak hasil dari penanyangan video klip ini semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul berlangsung...hmmm aku cukup terharu dengan keberhasilannya.Ramai yang menghayatinya, menitiskan air mata termasuk Puan Pengetua.Jadi kesimpulannya, ia memberi kesan kepada sesiapa yang menghayatinya. Alhamdulillah, hasratku akhirnya tercapai....

Ok...di bawah ni, antara gambar-gambar aktiviti sebelum dan semasa program Maulidur Rasul berlangsung...


Semasa rewang pada 18 Februari 2011







Gambar di bawah adalah daging lembu yang dibuat aqiqah oleh guru-guru di sekolah yang telah siap dilapah dan dipotong.


Alhamdulillah...ada juga guru-guru yang 'sponsor' kambing
sebanyak dua ekor.
Guru-guru SMKPB ni memang tak lokek!!!




Aktiviti memasak berlangsung...tengok siapa orang-orang kuat hehehe...



Gambar di bawah semasa hari berlangsung majlis



Sedang membungkus makanan untuk para pelajar


Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang dilaksanakan


Aktiviti Perarakan



Pertandingan Nasyid


Tempat Pertama " Al-Lu' Lu' "



Tempat ke Tiga "Kelas 1KAA" dan Tempat Ke Empat "Rebecca al-Islam"




Guru-guru sedang menjamu selera di bilik KH



Begitulah serba sedikit coretan peristiwa sepanjang program Sambutan Maulidur Rasul 1432H yang sempat kulakarkan untuk tatapan pembaca yang singgah diblog ini...

Akhir kata, terima kasih buat rakan-rakanku yang bersama-sama sehingga ke hujung pelaksanaan program ini., khusus buat Pn Khairul Riza, Pn Suriana, Pn Haslina, Pn Farah Wahida dan Cik Hjh Nor Aribah.... dan beberapa orang pelajar yang sudi membantu...

Jasamu ku kenang dan Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya....

Itu sahaja untuk hari ini....Salam Maulidur Rasul 1432H.

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H (15.2.2011)


Sama-samalah kita menghayati klip video ini....




Alangkah bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W...

Dia Kekasih Allah (Hijjaz)

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Sunday, February 13, 2011

PadaMu Ku Bersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Tuesday, February 8, 2011

PENGKISAHAN SIRAH RASULULLAH S.A.W


Dikala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana di Kota Mekah, seorang bayi lelaki yang membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia.




Bayi itu yatim, bapanya bernama Abdullah, meninggal dunia,7 bulan sebelum beliau dilahirkan. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muttalib dengan penuh kasih sayang. Bayi itu kemudiannya, dibawa ke kaki Kaabah. Di tempat suci inilah, bayi itu diberi nama Muhammad..suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya. Kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran Nabi itu dengan Tahun Gajah kerana pada tahun itu, Kota Mekah diserang oleh pasukan tentera bergajah orang Nasrani yang kuat, di bawah pimpinan Abrahah gabenor dari Kerajaan Nasrani Abessinia, yang memerintah di Yaman dan mereka bermaksud menghancurkan Kaabah. Pada waktu itu Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah dengan mengirimkan burung Ababil. Oleh kerana pasukan itu menggunakan gajah, maka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah, sedang tahun peristiwa itu terjadi disebut Tahun Gajah.

Nabi Muhammad saw. adalah keturunan dari Qushai pahlawan suku Quraisy. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murr’ah dari golongan Arab Bani IsmaiL Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah silsilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad saw. bertemu. Baik keluarga dari pihak bapak maupun dari ibu keduanya termasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab.
Sudah menjadi kebiasaan pada orang-orang Arab kota Mekah, terutama pada orang-orang yang tergolong bangsawan, menyusukan dan menitipkan bayi-bayi mereka kepada wanita badwiyah (dusun di padang pasir) agar bayi-bayi itu dapat menghirup hawa yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dengan bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad s.a.w. beliau diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik, Halimah Sa’diyah dari Bani Sa’ad kabilah Hawazin, tempatnya tidak jauh dari kota Mekah. Di perkampungan Bani Sa’ad inilah Nabi Muhammad s.a.w. diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun.
Sesudah berusia lima tahun, Muhammad s.a.w. dihantarkannya ke Mekah kembali kepada ibunya, Siti Aminah. Setahun kemudian, iaitu sesudah ia berusia kira-kira enam tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Madinah, bersama-sama dengan Ummu Aiman, sahaya peninggalan ayahnya. Maksud membawa Nabi ke Madinah, pertama untuk memperkenalkannya kepada keluarga neneknya Bani Najjar dan kedua untuk menziarahi makam ayahnya. Maka di situ diperlihatkan kepadanya rumah tempat ayahnya dirawat di waktu sakit sehingga meninggal, dan pusara tempat ayahnya dimakamkan
Mereka tinggal di situ kira-kira satu bulan, kemudian pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan mereka pulang, pada suatu tempat, yang bernama Abwa’, tiba-tiba Aminah jatuh sakit sehingga meninggal dan dimakamkan di situ juga. (Abwa’ ialah nama sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira-kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah).
Dapatlah dibayangkan betapa sedih dan bingungnya Muhammad saw. menghadapi bencana kemalangan atas kematian ibunya itu. Baru beberapa hari saja ia mendengar cerita ibunya atas kematian ayahnya yang telah meninggalkannya ketika Muhammad saw. dalam kandungan. Sekarang ibunya telah meninggal pula di hadapan matanya sendiri, sehingga ia sudah tinggal sebatang kara, menjadi seorang yatim-piatu, tiada berayah dan tiada beribu.

Setelah selesai pemakaman ibundanya, Nabi Muhammad s.a.w segera meninggalkan kampung Abwa’ kembali ke Mekah dan tinggal bersama-sama dengan datuknya Abdul Muttalib.
Di sinilah Nabi Muhammad sa.w. diasuh sendiri oleh datuknya dengan penuh kecintaan. Usia Abdul Muththalib pada waktu itu mendekati 80 tahun. Dia adalah seorang pemuka Quraisy yang disegani dan dihormati oleh segenap kaum Quraisy umumnya, dan penduduk kota Mekah khususnya. Demikian penghormatan bagi kedudukannya yang tinggi dan mulia itu, sehingga anak-anak¬nya sendiri tidak ada yang berani mendahului menduduki tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Ka’abah.
Disebabkan kasih sayang datuknya, Abdul Muththalib, Muhammad s.a.w. dapat hiburan dan dapat melupakan peristiwa malang yang menimpanya kerana kematian ibu. Tetapi, keadaan ini tidak lama terjadi, kerana selang dua tahun ia merasa terhibur di bawah asuhan datuknya. Datuknya yang baik hati itu pula meninggal ketika berusia lapan puluh tahun sedangkan ketika itu, Nabi Muhammad sa.w. baru berusia lapan tahun.
Meninggalnya Abdul Muththalib itu, bukan saja merupakan tamparan yang besar bagi Muhammad saw. tetapi juga merupakan tamparan hebat dan kerugian bagi segenap penduduk Mekah. Dengan meninggalnya Abdul Muththalib itu, penduduk Mekah kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cerdas, bijaksana, berani dan perwira yang tidak mudah untuk dicari ganti.
Sesuai dengan wasiat Abdul Muththalib, maka Nabi Muhammad saw. diasuh oleh pak ciknya Abu Thalib. Kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang dicurahkan kepada anak saudaranya ini tidaklah kurang dari apa yang diberikannya kepada anaknya sendiri. Selama dalam asuhan datuk dan pak ciknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji dan selalu membantu meringankan kehidupan mereka

Ketika berumur 12 tahun. Nabi Muhammad saw. mengikuti pak ciknya Abu Thalib membawa barang dagangan ke Syam. Sebelum tiba di kota Syam, baru sampai ke Bushra, bertemulah kafilah Abu Thalib dengan seorang pendeta Nasrani yang alim, “Buhaira” namanya. Pendita itu melihat ada tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad saw. Maka dinasihatilah Abu Thalib agar segera membawa anak saudaranya itu pulang ke Mekah, sebab dikhuatiri kalau-kalau Muhammad saw. ditemukan oleh orang Yahudi yang pasti akan menganiayanya.
Nabi Muhammad saw., sebagaimana biasanya pada masa kanak-kanak ketika itu bekerja sebagai pengembala kambing. Pekerjaan mengembala kambing ini membuahkan didikan yang amat baik pada diri baginda, kerana pekerjaan ini memerlukan kekuatan, kesabaran dan ketenangan serta ketrampilan dalam tindakan.
Meningkat dewasa, Nabi Muhammad saw. mulai berusaha sendiri dalam penghidupannya. Kerana dia terkenal orang yang jujur, maka seorang janda kaya bernama Siti Khadijah mempercayai beliau untuk membawa barang dagangan ke Syam. Dalam perjalanan ke Syam beliau ditemani oleh seorang pembantu Siti Khadijah yang bernama Maisarah.

Sesudah Nabi Muhammad Saw. pulang dari perjalanan ke Syam itu, datanglah lamaran dari pihak Siti Khadijah kepada baginda. Perkahwinan baginda berlangsung ketika baginda berusia lebih kurang 25 tahun dan Siti Khadijah lebih kurang 40 tahun. Baginda memperolehi kecintaan yang tulus dari seorang wanita yang merupakan orang pertama yang mengakui kerasulan baginda, sanggup menanggung kesusahan dan penderitaan serta berkorban harta dan nyawa sekalipun.
Nama Nabi Muhammad saw. bertambah popular di kalangan penduduk Mekah, kerana baginda berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara pemuka-pemuka Quraisy dalam menentukan siapa yang berhak merletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Baginda menyelesaikannya dengan mengambil sehelai kain, lalu dihamparkannya dan Hajarul Aswad diletakkannya di tengah-tengah kain itu. Kemudian disuruhnya setiap pemuka golongan Quraisy bersama-sama mengangkat tepi kain ke tempat asal Hajarul Aswad itu. Ketika sampai ke tempatnya, maka batu hitam itu diletakkan dengan tangan baginda sendiri ke tempatnya. Pada waktu kejadian ini usia Nabi sudah menjagkau 35 tahun dan terkenal dengan gelaran “Al-Amin’ atau yang dipercayai.
Ahli sejarah menyatakan, bahawa Muhammad s.a.w. sejak kecil hingga dewasa tidak pernah menyembah berhala, dan tidak pernah pula makan daging haiwan yang disembelih untuk korban berhala-berhala seperti lazimnya orang Arab jahiliyah pada waktu itu.
Sebagai seorang manusia yang bakal menjadi pembimbing umat manusia. Nabi Muhammad S.A.W mula "menyiapkan dirinya” (bertahannuts) untuk mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna, di sebuah gua kecil yang bernama “Hira” yang terletak pada sebuah bukit yang bernama “Jabal Nur” (Bukit Cahaya) yang terletak kira-kira dua atau tiga batu sebelah utara kota Mekah. Ketika mencapai usia empat puluh tahun, baginda lebih banyak mengerjakan tahannuts dari waktu-waktu sebelumnya.
Pada malam 17 Ramadhan. bertepatan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi, di waktu Nabi Muhammad saw. sedang bertahannuts di gua Hira, datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa wahyu dan menyuruh Muhammad saw. untuk membacanya, katanya ‘Bacalah'. Dengan terperanjat Muhammad saw. menjawab: ‘Aku tidak dapat membaca'. Beliau lalu direngkuh beberapa kali oleh Malaikat Jibril a.s., hingga nafasnya sesak, lalu dilepaskan olehnya seraya disuruhnya membaca sekali lagi: 'Bacalah’. Tetapi Muhammad saw. masih tetap menjawab: ‘Aku tidak dapat membaca'. Begitulah keadaan berulang sehingga tiga kali, dan akhirnya Muhammad saw, berkata 'Apa yang kubaca', kata Jibril, maksudnya:


1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
(Surah Al ‘Alaq: 1-5).

Inilah wahyu yang pertama yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dan inilah pula saat penobatan beliau sebagai Rasulullah atau utusan Allah kepada seluruh umat manusia, untuk menyampaikan risalahNya.

Pada saat menerima perlantikan menjadi Rasul ini, umur baginda mencapai 40 tahun 6 bulan 8 hari menurut tahun bulan (qamariyah) atau 39 tahun 3 bulan 8 hari menurut tahun matahari (syamsiah).
Setelah menerima wahyu itu beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan gementar, sehingga minta diselimuti oleh isterinya, Siti Khadijah.
Isteri yang patuh dan setia itu segera menyelimutnya. Setelah agak reda cemasnya, maka diceritakannya kepada isterinya segala yang terjadi atas dirinya dengan perasaan cemas dan khuwatir. Tetapi isteri yang bijaksana itu sedikit pun tidak memperlihatkan kekhuwatiran dan kecemasan hatinya bahkan dengan khidmat ia menatap muka suaminya, seraya berkata: “Bergembiralah hai anak pamanku, tetapkanlah hatimu, demi Tuhan yang jiwa Khadijah di dalam tanganNya, saya harap engkaulah yang akan menjadi Nabi bagi umat kita ini. Allah tidak akan mengecewakan engkau; bukankah engkau yang senantiasa berkata benar yang selalu menumbuhkan tali silaturrahim, bukankah engkau yang senantiasa menolong anak yatim, memuliakan tetamu dan menolong setiap orang yang ditimpa kemalangan dan kesengsaraan?” Demikianlah Siti Khadijah mententeramkan hati suaminya.
Siti Khadijah pergi ke rumah anak pamannya Waraqah bin Naufal seorang yang tidak menyembah berhala, telah lama memeluk agama Nasrani, usianya sudah lanjut dan matanya sudah buta, lalu diceritakannya oleh Siti Khadijah, apa yang terjadi atas diri suaminya.
Setelah didengarnya cerita Khadijah itu lalu ia berkata: “Quddus, quddus, demi Tuhan yang jiwa Waraqah di dalam tanganNya. jika engkau membenarkan aku, ya Khadijah, sesungguhnya telah datang kepadanya (Muhammad) namus akbar (petunjuk yang maha besar), sebagaimana yang pernah datang kepada Nabi Musa as., dia sesungguhnya akan menjadi Nabi bagi ummat kita ini. Dan katakanlah kepadanya hendaklah ia tetap tenang”
Siti Khadijah kembali ke rumahnya, lalu diceritakannya apa yang dikatakan oleh Waraqah bin Naufal kepada Rasulullah dengan kata-kata yang lemah¬lembut yang dapat menghilangkan kecemasan dan kekhuwatiran Rasulullah.

Menurut riwayat, lebih kurang dua setengah tahun lamanya sesudah menerima wahyu yang pertama, barulah Rasulullah menerima wahyu yang kedua Di kala menunggu-nunggu kedatangan wahyu kedua itu, kembali Rasulallah diliputi perasaan cemas, dan khuatir kalau-kalau wahyu itu putus, malahan ham¬pir saja baginda berputus asa, akan tetapi ditetapkannya hatinya dan beliau terus bertahannuts sebagaimana biasa di Gua Hira. Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit. Baginda tampak Malaikat Jibril as. sehingga menggigil ketakutan dan segera pulang ke rumah, kemudian meminta isterinya Siti Khadijah supaya menyelimutinya. Dalam keadaan berselimut itu, datanglah Jibril as. menyampaikan wahyu Allah yang kedua, bermaksud:

1. Wahai orang Yang berselimut!

2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Surah Al Muddatstsir ayat 1-7)

Dengan turunnya wahyu ini, bermulalah prtintah menyiarkan agama Allah kepada seluruh umat manusia.
Rasulullah mula menyampaikan seruan secara sembunyi kepada kaum keluarga, sahabat-sahabat yang terdekat sehingga seorang demi seorang meninggalkan agama berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa.
Setelah tiga tahun Rasulullah berdakwah secara sembunyi, bagindapun mula berdakwah secara terang-terangan kepada semua penduduk Mekah dari pelbagai lapisan masyarakat di tempat-tempat terbuka agar menyembah Allah dan mengesakanNya.
Pada mulanya mereka menganggap gerakan Nabi Muhammad saw. itu adalah suatu gerakan yang tidak mempunyai dasar dan tujuan dan hanya boleh bertahan hidup sebentar saja. Oleh kerana itu sikap mereka terhadap Nabi acuh tak acuh dan mere¬ka membiarkannya sahaja.
Pada suatu ketika, datanglah beberapa pemuka-pemuka Quraisy menemui Abu Thalib, meminta agar dia menghentikan segala kegiatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyiarkan Islam, dan jangan mengecam agama mereka, serta menghina nenek moyang mereka.Setelah beberapa kali didesak,akhirnya dipanggilnya Nabi Muhammad s.a.w. dan dia berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku dijumpai oleh pemimpin-pemimpin kaummu. Mereka mengatakan kepadaku supaya aku mencegah kamu melakukan penyiaran Islam dan tidak mencela agama serta nenek moyang mereka, maka jagalah diriku dan dirimu, janganlah aku dibebani dengan sesuatu perkara di luar kesanggupanku”.
Mendengar ucapan itu Nabi Muhammad s.a.w. mengira bapa saudaranya itu tidak lagi bersedia intuk melindunginya. Beliau berkata dengan tegas:
“Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka !etakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di sebelah kiriku, dengan maksud agar aku tinggalkan pekerjaan ini (menyeu mereka kepada agama Allah) sehingga ia tersiar (di muka bumi ini) atau aku akan binasa kerananya, namun aku tidak akan menghentikan pekerjaan ini.”
Sesudah mengucapkan kata-kata itu Nabi Muhammad s.a.w berpaling sera¬ya menangis. Ketika berpallng hendak pergi itu Abu Thalib, memanggil: “Meng¬hadaplah kemari hai anakku!” Nabipun kembali menghadap. Berkatalah bapa saudaranya: “Pergilah dan katakanlah apa yang kamu kehendaki, demi Allah aku tidak akan menyerahkan kamu kerana suatu alasan pun selama-lamanya” Demikianlah tekad dan pembelaan Abu Thalib terhadap Nabi
Setelah selesai melaksanakan risalah Allah S.W.T, maka tibalah saat-saat terakhir Rasulullah S.A.W.Sewaktu baginda berucap di Arafah, antara yang utama ialah baginda bersabda:
” Aku meninggalkan kepadamu satu perkara, selagi kamu mengikutinya, kamu tidak akan sesat iaitu Kitab Allah ”. Kata baginda lagi, ” Wahai manusia!Allah kamu itu satu, dan keturunan kamu juga satu. Kamu semua adalah anak cucu Adam yang telah diciptakan dari tanah. Orang yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Tidak lebih seorang Arab ke atas seorang yang bukan Arab dan begitulah sebaliknya. Kelebihan adalah terletak di atas dasar taqwa ”.

Manakala ucapan baginda di Mina pula berbunyi:
” Wahai manusia! Tidak akan ada lagi Rasul akan datang selepas aku dan tidak akan wujud lagi ummah selepas kamu.Justeru itu dengarlah baik-baik dan berserah dirilah kepada Allah.Dirikanlah sembahyang lima kali sehari, tunaikanlah ibadah haji di Baitullah dan laksanakanlah perintah pemimpin-pemimpin dan pemerintah-pemerintah kamu. Dengan itu kamu akan mendapat tempat di dalam Syurga ”.

Ucapan baginda lagi di Perigi Ghadir yang mengandungi makna perpisahan.
” Selepas ini aku terpaksa menyebutkan, betapa pun aku adalah seorang manusia dan mungkin akan segera menerima panggilan dari Allah yang sentiasa ku alu-alukan. Aku meninggalkan bersama kamu dengan dua bebanan tanggungjawab. Satu darinya ialah Kitabullah yang mengandungi peraturan-peraturan, petunjuk dan ilmu. Oleh itu hendaklah kamu berpegang teguh dengannya dan mengambil petunjuk darinya ”.

Seterusnya ucapan baginda di bukit Uhud ketika baginda menziarahi para syuhada,
” Wahai manusia! Aku akan berpisah dari dunia ini sebelum kamu dan akan menjadi saksi atas kamu. Demi Allah aku menyaksikan tangki Syurga (Kauthar) dari sini. Kunci-kunci perbendaharaan kerajaan-kerajaan telah diserahkan kepadaku (iaitu banyak negara-negara akan ditakluki hasil daripada dakwah Islam). Aku tidak takut kamu akan mensyirikkan Allah selepas ketiadaanku. Tetapi aku takut kamu akan terlibat dalam perjuangan untuk mendapat keuntungan-keuntungan duniawi ”.

Pada hari Isnin, tanggal 12 Rabiul Awal, selepas baginda menggosok gigi dan tersenyum melihat para sahabat yang berkumpul, baginda menyebut ” Ya Allah! Kekasih yang paling tinggi!”, sebanyak 3 kali. Kemudian baginda meletakkan kepala di atas riba Saidatina Aisyah lalu berlepas menuju Allah yang kekal abadi.
” Innalillahi wainna ilaihiraji’un... Dari Allah kita datang kepadaNya kita dikembalikan.”.

Pergilah seorang manusia yang telah memperkayakan alam ini dengan risalah dan kehidupan yang baru, sesudah menanggung penyeksaan yang berbagai macam dalam usahanya untuk membawa manusia ke jalan yang lurus, menghadapi tentangan-tentangan tanpa rasa takut dan tanpa mendapat apa-apa upah untuk tugas yang begitu besar.

Baginda menghadapi permusuhan demi kebaikan kita, jalan yang paling bahaya dilalui tanpa mengambil sesuatu dari kita, mengorbankan segala-galanya bagi menegakkan sistem Islam dan kemudian menciptakan satu era baru dalam sejarah, menegakkan sebuah negara yang agung, membawa alam pemikiran dan keilmuan yang baru, menjadikan setiap bahagian kita terhutang budi kepadanya. Dan bagi menjelaskan hutang budi ini, tidak ada bayaran yang setimpal yang dapat kita berikan. Lantaran itu kita berdoa kepada Allah agar menerima permohonan kita dan membayarnya dengan khazanah perbendaharaan rahmatNya yang tidak terhingga ke atas roh Rasulullah S.A.W meningkatkannya kepada kedudukan yang paling mulia dan menghidupkan terus risalah dan ajarannya.
AMIN......


Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjugan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W









Sunday, February 6, 2011

Senjata Orang Mukmin Bagi Menghadapi tentera Syaitan



Org2 Muslim perlu memberi perhatian kepada perkara2 di bwh:

1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan
2. Memperbanyakkan zikir dan beristighfar kepada Allah
3. Byk membaca 'Laa ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzalimin'
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk org yg zalim)
4. Usahakan jgn tidur berseorangan dan elakkan drp tidur di tempat yang tidak suci (tidak bersih)
5. Sentiasa membaca doa pagi dan petang
6. Bersiwak kerana ia dpt mendekatkan diri dgn para malaikat
7. Melaksanakan solat berjemaah setiap waktu
8. Sebelum tidur hendaklah mengambil wudhuk, membaca ayat Kursi, Muawwizatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas)
9. Tidak mendengar muzik dan nyanyian yang boleh melalaikan
10. Memakai hijab (menutup aurat) mengikut ketentuan syarak sewaktu keluar rumah
11. Membaca Isti'azah dan membaca Al-Quran
12. Membaca Isti'azah ketika memasuki tandas
13. Byk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
14. Bertaubat dan beristighfar
15. Membaca 13 ayat dari surah Ghafir dan ayat2 terakhir dari surah Al-Baqarah (ayat 284,285 dan 286)
16. Membaca surah Yasin setiap pagi
17. Tidak melambat-lambatkan mandi hadas besar kecuali kerana uzur
18. Meningkat dan menambahkan ilmu pengetahuan
19. Di samping membiasakan diri dgn amalan hidup di atas, juga perlu membaca doa perlindungan sebagaimana di bawah:
" Wahai Tuhan kami,hanya kpdMu kami berserah diri, hanya kpdMu kami bertaubat dan hanya kpdMu kami kembali."
" Wahai Tuhan kami, janganlah kami dijadikan sebagai fitnah bagi org kafir dan ampunilah dosa kami wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana."

" Wahai Tuhan kami, kpdMu kami minta tolong.Tidak ada yang dpt menolong org yg berdukacita selain Engkau."

" Wahai Tuhan Kami, kpdMu kami mohon kebebasan. Krn tidak ada yg dpt membebaskan drp kesedihan selain Engkau."

" Wahai Tuhan kami, kpdMu kami mohon bantuan, krn tidak ada yg dpt membantu org yg lemah selain Engkau."

" Wahai Tuhan kami, kpdMu kami minta pembelaan. Tidak ada yg dpt membela org yg teraniaya kecuali Engkau."

" Wahai Tuhan kami, kpdMu kami minta kesihatan, krn tidak ada yg dpt menyembuhkan org yg sakit melainkan Engkau."

~ Jika kita tak mampu melakukan kesemuanya...sekurang2nya ada yg dpt kita laksanakan.
Mudah-mudahan kita semua di kalangan hambaNya yg bertaqwa...Amin.



Friday, February 4, 2011

INSYAALLAH ~ Maher Zain


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu



Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu



Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Ulang Chorus

~ dptkn lagu di menu halwa telinga

Raihan - doa taubat




Setiap manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan...
Aku juga di antara mereka...
Semoga Engkau mengampunkan dosa-dosaku dan
sentiasa limpahkan rahmatMu buatku...

Sama-samalah kita hayati video klip ini ~zikir taubat~...