Sunday, March 27, 2011

Terima kasih kawan...aku cukup terharu

Nak tahu, bila je buka fb ptg ni, ada la aku terbaca komen daripada 'my team work patner in my panel'. Aku tak bisa meluahkan atau menyusun kata2 yang indah tapi hati ini cukup terharu dengan kenyataannya. Mungkin kita bukan the best friend tapi sebenarnya hati2 kami seperti sealiran.. Walaupun dia baru ku kenali berbanding yang lain tetapi kami macam sudah lama kenal. Bukan sebab dia menyatakan begitu baru aku ingin menyatakannya. Mula2 dia masuk team aku, penuh kontroversi...tapi aku bukan jenis manusia yang suka mendengar cakap2 orang lain tanpa usul periksa. Setiap orang yang baru ku kenali, aku tak suka menilai dengan sesuatu yang negatif, termasuklah dia. Mula2 ada diantara ahli2 team aku ni kecik hati dengan munculnya kontroversi bila mula2 dia menyertai kami. Dia telah digambarkan sebagai seorang yang cukup hebat sebab beberapa kelebihan yang dia miliki menyebabkan tugas2 yang menjadi milik orang lain diberi kepadanya oleh orang atasan. Sebagai leader aku selidiki dulu dan aku berjumpa dengannya berbincang supaya hati2 yang terasa ini tidak tersilap menafsir. Akhirnya selesailah kontroversi yang bukan atas kehendaknya. Bagi aku dia seorang yang baik, komited, bertanggungjawab, bukan pendendam...happy go lucky, pandai buat joke dan aku suka bila dgn student 'joke' dia cukup berbisa hehe...

Ni dia komen dia kat aku:
Dia: Mishkat; sory kuar tajuk , tak de kaitan dgn hari kecemerlangan pelajar, tp kecemerlangan anda. Napelah aku jd manusia terakihir tau, Tahniah kerana anda memang layak, tak taulah kenape, ape yg pasti doa saya di T.Suci jadi kenyataan....sy amt2 terharu & Syukur pdNya, krn Allah Masih Mengasihi sy, mendengar isi hati hambanya yg hina

Aku: Riza, aku terharu la baca kau punya komen ni...Terima kasih krn mendoakn aku..sbnrnya kita semua cemerlang. Kejayaan aku kejayaan kalian juga!!! Semoga kita semua cemerlang dunia, cemerlang akhirat...Amin

Sebenarnya dalam team aku, agaknya dia seorang kot yang belum tahu aku dapat anugerah cemerlang. Iye la takkan nak kecoh2 sampai satu sekolah, yang tahu tu tahu je la...dah diberi aku terima je la...sebenarnya akupun dah ada buat satu entry tentang aku dapat APC ni. Itulah hakikatnya yang aku rasa. Maaf ya bukan aku tak nak bagi tahu...ish segan je, ada lagi orang lain yang lagi bagus. Hehe tak nak aku jadi macam ayam, 'bertelor sebiji riuh sekampung'. Kalau jadi macam ubi okay gak, 'diam2 ubi berisi'...tak dalah sekadar gurauan sahaja. Biasanya Puan Pengetua akan umumkan di dalam mesyuarat tetapi sebab aku dapat sebelum cuti semester hari tu, maka ramailah yang belum tahu agaknya sebab belum ada lagi perjumpaan dengan Puan Pengetua dan selepas tu Puan Pengetua pergi menunaikan umrah.

Yup, tahun lepas dia pergi menunaikan ibadah haji, aku ada la bagi dia sedikit wang untuk belanja tanda merestui pemergiannya. Sebaik sahaja balik dari Mekah setelah dia naik ke sekolah, dia beritahu aku duit yang aku bagi kat dia tu, dia guna untuk beli Al-Quran dan sedekahkan bagi pihak aku kat masjid Nabawi ke mana, aku lupa lak. Tahu tak apa perasaanku??? Aku tak tahu nak cakap apa??? Anda semua boleh la selami apa yang aku rasa.. Tapi bila ada lagi apa yang aku tak sangka dia buat untukku, ni lah sebab aku luahkan di sini untuk menunjukkan rasa penghargaan aku padanya. Ya Allah, kurniakanlah sahabatku ini kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan berkatilah hidupnya di dunia dan di akhirat. Terimakasih lagi sekali Riza, di atas apa yang kau buat untukku, aku bukanlah insan yang terbaik dan selayaknya untuk mendapatkan apa yang kau buat untukku...

Apapun my teamwork is wonderful and the best!!! Kami bagai satu keluarga yang akan menjaga antara satu sama lain, kalau peha kanan dicubit peha kiripun akan terasa sakitnya...Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana mempunyai 'akhawat' sebaik mereka...



Friday, March 25, 2011

Cikgu angin satu badan

Pada hari selasa lepas, aku dihangatkan dengan satu jawapan ujian dari pelajar kelas aliran.... Biasalah cikgu kalau dah geram sangat tu dengan gelagat para pelajarnya berceritalah dengan kawan2 untuk melegakan hati yang panas. Kalau tak dilepaskan, nanti 'stres' ramai lak yang menghuni TR nanti. Akupun tak tahu la apa yang ada di dalam pemikiran budak ni..Belajar Pendidikan Islam bukan sesuatu yang boleh dipermainkan tetapi bagi yang mungkin tak ada ruh Islam dalam diri inilah jadinya...Kesian cikgu yang mengajar...angin satu badan bila jumpa jawapan pelajar yang macam ni. Salah siapa? Cikgu juga ke??

Soalan ujianya berbunyi: Nyatakan bentuk2 ujian dari Allah S.W.T?
Apa yang pelajar tu jawab? Ni dia: Ujian bulan mac...

Mentang2lah dia jawab soalan ujian untuk bulan mac, dia boleh pulak jawab macam tu... Apa namanya ni, kalau tidak mempersendakan agama? Dah le, orang bukan Islam memang mempersendakan agama kita. Ni, orang Islam sendiripun tak reti juga. Kalau pelajar kelas corot bolehlah dimaafkan tapi ni pelajar terpilih. Aku yang dengar ni pun naik geram, ni kan pulak cikgu yang mengajarnya sendiri.


Ha ah...kalau jawapan macam gambar kartun ni, bukan untuk subjek Pendidikan Islam ok lah juga...tak adalah sampai tahap meghina Islam sendiri..

Kalau nak bergurau atau berlawak sekalipun jangan sekali-kali sampai mempersenda dan menjadikan agama kita sendiri sebagai bahan lawak jenakanya. Dan ini ditujukan kepada semua mereka yang mengaku dirinya seorang muslim dan muslimah. Nauzubillahi min zalik...

Thursday, March 24, 2011

Syukur PadaMu Ya Allah...


Semlm tak larat nak menaip entry, hehe excited sgt kot...jadi hari ni baru nak corat coret sikit apa yang menjadi tajuk entry aku kali ni...

Semua sudah tahukan...semalam result SPM sudah keluar...Alhamdulillah, keputusan yang agak luar biasa sedikit yang dicapai oleh pelajar2 sekolahku di dalam SPM pada tahun lepas. Tahniah buat kalian semua. Itu la berkat kesungguhan dan hasil usaha yang berbaloi dari kamu semua...inilah hasilnya.

Untuk subjek yang aku ajar ni...memang pecah rekod kualiti sepanjang aku berkhidmat di sekolah tu. 41 orang dpt A.. Hehe...tahun lepas aku ada jnji dgn pelajar2 kelas yang aku ajar...ha kalau satu kelas dapat A, cg masak nasi dagang! Tup2 semua dapat A...kecuali ada dua org sangkut dapat B+ dan B. Jadi...tak jadi la aku nak masak nasi dagang untuk dia orang. Nanti hari raya aku buat. Takpa2 hari Isnin ni...kami cikgu2 yang mengajar kamu semua nak buat jamuan kesyukuran dan semua pelajar yang dapat A dijemput hadir. Itu sebagai tanda penghargaan dan kegembiraan kami di atas kejayaan kamu semua. Kejayaan itu milik kamu tapi...kami sebagai cikgu turut merasa bangga di atas kejayaan kamu dan menumpang gembira.

Alhamdulillah...kamu semua cukup luar biasa! Cikgu hnya membimbing dan membuka jalan untuk kamu mencapai apa yang kamu idam-idamkan. So, trnyata ia membuahkan hasil...lumayan kan???

Satu perkara yang aku cukup bangga juga, ada seorg pelajar yg aku tak mengajar kelas dia ttapi dia termasuk dalam kumpulan kelas tambahan yang aku ajar tu dapat A+. Ada juga cerita di sebaliknya. Mula2 aku buat kelas tambahan dia tak masuk...aku lupa berapa kali. Agaknya dalam 2 kali kot. Aku ada dengar juga kawan dia cakap yg dia tak suka aku ajar...hehe. Akupun jumpa dia and slow talk le...memg dia akui dia tak suka aku ngajar dan tak suka tukar2 cikgu. Dia tak suka aku sebab dia tgk muka aku serius dan fikir aku ni garang..hehe akupn nak trgelak juga dengor pernyataan dia ni. Muka aku memang mcm ni...tapi siapa tak kenal aku memang tak tahu aku macm mana. Aku joke juga kat dia...aku kata kalau tak boleh tgk muka aku ni aku pakai topeng je le nnati hehe...terus dia gelak. Saja je la bg motivate dulu. Kemudian aku tanya dia apa sebenarnya masalah dia...aku cakap kat dia, cuba awk dtg dulu ke kelas saya tengok macm mana saya mengajar, faham atau tidak. Kalau impaknya tidak, awk boleh masuk le ke kls yg cikgu awk 'handle' saya tak kisah. Siapa la aku kan..Aku tak ada niat lain kecuali ingin membantu pelajar sahaja. Kalau org tak suka takkan aku nak paksa org suka aku kan? Kalau dia tak suka, tak bermakna org lain pun tak suka betul tak? Akhirnya dia hadir ke kelas aku buat kali pertama...aku ajar le...ulangkaji bersama2 pelajar lain. Pastu aku berilah perhatian kat dia lebih sikit dari org lain...sib baik, pelajar2 yg lain spotting. Bukan apapun aku hnya nak dia blh fhm apa yg aku cuba terangkn.. Akhirnya dia tetap meneruskn kelas tambahan yang aku ajar sehingga akhirnya. Alhamdulillah...berkat kesungguhan dia juga dia brjaya mndapat A+. Sebaik saja dia dpt result tu dia ucapkan terima kasih padaku...apakah yg lebih bahagia di kala mendengar keputusannya itu..??

Dan buat pelajar yg memg aku bg motivate betol...yg aku risau ada bebrapa org yg aku ajar bimbang kalau dia org tak lulus. Alhamdulillah...keputusan di luar jangkaan..Paling2 aku harap lulus tu dapat E la kan..Tapi dia org leh dapat C..dan ada 4 org dapat D..E tak ada langsung. Huhu...time trial kelas dia org ni...separuh tak lulus...apa aku tak kecutnya. Tapi berkat kerajinan dia orang buat latihan yg diberi...so, hasilnya memang teruja.



Aku sebenarnya, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku sekarang...seronok sangat2...bila pelajar2 aku mndapat kejayaan yg paling baik pada thn lps dlm subjek aku.
Syukur padaMu, Ya Allah......


Tuesday, March 22, 2011

Doaku....



Buat semua pelajar2ku yang bakal mengambil result SPM esok...
doaku buat kalian; esp msh: semoga pertarungan di gelanggang SPM pada tahun 2010 membuahkan hasil yang terbaik dan cemerlang!!!!


don't worry, okay!

berusaha sudah....
berikhtiar sudah....
berdoa masih boleh diteruskan...
Tinggal tawakkal saje....
Bersedia untuk menerima segala keputusan dengan redha....

ambillah result dgn senyuman.....


Semoga keputusan SPM 2010 lebih gempak dari tahun sebelumnya.....
Ok...see u tomorrow!

Monday, March 21, 2011

MALAPETAKA AKHIR ZAMAN...!!!



Hari ini aku terpanggil untuk mencoretkan tentang bahayanya fitnah.
Pernah tak anda difitnah? Saya? Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami pengalaman seperti ini.

Maksud firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 191, yang bermaksud: " Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan ".

Fitnah bermaksud membuat tuduhan palsu kepada seseorang tanpa membawa sebarang bukti.
Fitnah termasuk dalam dosa besar yang sangat ditegah oleh Islam. Perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai maksud buruk terhadap orang lain.
Kalau anda rasa anda hebat, kenapa perlu menabur fitnah untuk mendapatkan sesuatu?
Takut? Kenapa? Kerana orang yang difitnah itu sesungguhnya lebih hebat dari anda bukan?

Maksud sabda Rasulullah S.A.W: " Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya 'harju' ". Maka mereka bertanya: " Wahai Rasulullah, apakah maksud harju ". Baginda menjawab: " Harju adalah pembunuh ".

Di zaman dunia yang semakin maju hari ini, fitnah mudah sahaja disebarkan melalui pelbagai cara dan ianya cukup mudah berlaku di dalam teknologi komunikasi yang serba canggih seperti penggunaan kemudahan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), pengadunan video, laman web, emel, facebook dan seumpamanya. Penggunaan ini boleh dilakukan secara berleluasa tanpa berdepan dengan orang ramai dan murah.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: " Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. "

Ingatlah! Fitnah itu boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Islam khususnya. Jadi berhati-hatilah menerima sebarang berita yang tidak jelas yang disampaikan oleh orang-orang yang fasik. Orang fasik adalah orang yang diragui keimanan dan keadilannya.

Dosa membuat fitnah dikategorikan sebagai dosa sesama manusia. Oleh yang demikian dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T sehingga diampunkan oleh orang yang difitnahnya itu. Sesungguhnya dosa menyebarkan fitnah itu umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Ia juga menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan dan penyebar fitnah itu akan menjadi muflis di akhirat seterusnya menghilangkan kelayakannya untuk menghuni Syurga Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: " Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta dunia. "

Bagi mereka yang dilanda musibah seperti ini, banyak-banyaklah bersabar. Sesungguhnya Allah S.W.T ingin mengangkat darjat anda. Janganlah mudah melatah dengan perbuatan yang kita tidak lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan semestinya ujian yang maha berat itu hanya diberikan oleh Allah S.W.T ke atas hambanya yang mampu menanggung dan menghadapinya sahaja.

Janganlah kita tergolong dari kalangan mereka yang suka menabur fitnah dan mengadu domba. Walau ia berguna di dunia namun tidak sekali-kali ia berguna di akhirat.
Wallahu'alam...



Sunday, March 20, 2011

Syok sendiri ke?


Tugas mendidik itu berat maknanya

Kepada insan bergelar cikgu
Gaji diterima, kekadang terpaksa berbagi
Murid, sekolah keluarga dan diri sendiri
Banyak alat yang kurang dari yang diberi
Yang tinggal cuma bangga sendiri
Melihat anak didik menjejakkan kaki ke menara gading
Namun Cikgu masih di sini....

Esok dah mula bertugas kembali mengikut rutin...
Minggu ni minggu ujian, jadi waktu lapang kena isi dengan menanda kertas ujianlah pula.
Semoga aku lebih bersemangat lagi!












Percaya atau tidak....


Amaran! Jangan tiru aksi ini...



Ish! Boleh ke buat ni?



Cam ngeri je...




Haaa...tengok ni pulok!


Nampak bergerak tak? Saya nampak. Awak?


Special dedicate:

Buat rakan-rakan guru...
Selamat kembali ke sekolah esok!
Tak lupa juga buat para pelajar ya!


Akad nikah ( siam vs. kelantan )...kelih jangan dok kelih!



Singgoh ar kejjak!!!
Meh! Pakkat kelih video ni...
Sebelum tu gi pause dulu halwa telinga tu deh...



Sila fokus min 3.30...scene akad nikah
Tok Imamnya orang Kelantan, pengantin lelaki tu orang Siam...
Hehe memang lawak sebab org Siam tu tak berapa pandai 'keccek' (cakap) loghat Kelantan dan tak berapa faham.

Sesiapa yang tengok ni, kalau tak faham tu...
cari le kawan orang Kelantan suruh alih bahasa...
Kalau anda faham memang lawak abih!!!

Segmen Jangan Ketawa...just senyum sahaja




Ceria-ceriakan pagi anda....

Segmen 1:

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya apabila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
" Atok buat apa tu? ".
" Atok bagi surat kat kawan atok, cu!".jawab atoknya.
Cucunya bertanya lagi, " Apa ke bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu? "

~ jangan tiru gaya bahasa yang kasar,k.

Segmen 2:

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untk menyiasat punca kematian tiga kematian lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama bersanding, apabila tiba-tiba diserang stroke. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang ambil gambarnya...

Segmen 3:

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Waalaikumusalam "
" Ni rumah Encik Sameon ye? "
" Ya saya "
" Poning saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik ni! Apa sal tak pos aje? "


Lawak tak? Kalau lawakpun jangan gelak ya..
Hehe senyuuuum saje...




HANYA KERANA SEBUTIR KURMA...


Sabda Rasulullah S.A.W: ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk syurga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim)

Baiklah ni alkisahnya……tentang seorang wali Allah, Syeikh Ibrahim bin Adham.
Di ceritakan tak kala selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke masjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kati kurma dari pedagang tua berhampiran Masjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terlekat pada timbangan. Kerana menyangkakan kurma itu bahagian dari yang dibelinya, Ibrahim mengambil lalu memakannya.
Setelah itu dia pun berangkat menuju Al-Aqsa. 4 Bulan kemudian, barulah Ibrahim tiba di Al- Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Dia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"
Kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat Masjidil Haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia tersentak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya???
"Astaghfirullahal Adzhim" Ibrahim beristighfar.
Ia segera berkemas untuk berangkat lagi ke Mekah bagi menemui pedagang tua si penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.
"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Di mana dia sekarang ?" tanya Ibrahim.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya boleh meminta penghalalan ?".
Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengarnya dengan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tiada masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entahlah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang lagi.
Saya tidak berani mewakili mereka karena mereka mempunyai hak waris yang sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka.
Biarpun jauh beribu batu, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.
4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.
Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.
"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan jika syubhah...
Jangan sekali-kali kita mengambil hak orang lain tanpa izin tuannya walaupun sebesar zarah. Ia tetap akan menjalar di dalam tubuh kita sebagai yang haram. Dan Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa kita. So jgn anggap ringan tentang perkara ini,k.

Saturday, March 19, 2011

Blog Coffee For All


Terima kasih sebab follow saya balik.
Blogger yang suka buat kerja-kerja amal.
Macam si kembang cina belum minta dah 'offer' dulu.
Sesiapa yang ingin menempah buat banner blog yang cantik-cantik dan canggih manggih minta lah tolong dengan dak kopi ni, Insyaallah dia pasti tolong.
Tapi saya sendiripun belum sempat lagi nak minta tolong buat banner hehe...
Insyaallah nanti saya minta tolong,k.
Nak minta tolongpun, follow la dia dulu..
Buat dak kopi...teruskan dengan sifat terpuji tu ya.
Semoga dipermudahkan segala urusan.



Berjaya akhirnya......




Akhirnya aku berjaya menyelesaikan lagu ciptaanku yang tersangkut kat chorus semalam. Alhamdulillah...
Dah masuk pertandingan nanti, baru aku display lagu tu kat blog ok.. Bukan apa hak cipta terpelihara sebelum diterbitkan...

Maaf...maaf..

Hehe baru lega hatiku. Tu baru lagu wajib, lagu sunat belum. Takpa lagu sunat ni mudah sikit sebab ikut citarasa sendiri yang penting tak lari dari landasan.

BASMALAH



Hari ni, aku nak kongsikan fadhilat atau kelebihan lafaz 'Basmalah' (Bismillahirrahmanirrahim)....

Sebelum tu, aku ingin kongsikan sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Almarhum Ayahandaku tentang seorang isteri yang selalu menyebut lafaz Basmalah setiap kali memulakan pekerjaannya. Suaminya ni pula bosan semacam je, bila mendengar isterinya tu sentiasa menyebut lafaz tersebut. Dipendekkan cerita, pada suatu hari dek kerana bosan, menyampah dan geram dengan perkataan yang selalu disebut oleh isterinya itu, terlintaslah satu agenda jahat di dalam hatinya iaitu untuk membunuh isterinya. Dia mencari seberapa banyak ular berbisa kemudian diisi di dalam guni. Balik ke rumahnya, dia pun memanggil isterinya tersebut dan menyerahkanlah guni yang berisi ular tadi kepada isterinya itu. Katanya: "Ini amanah dariku, tolong kamu jaga dan simpan ia dengan baik. Aku akan berangkat menguruskan pekerjaanku barang seminggu". Isterinyapun menerima guni tersebut daripada suaminya kemudian menyimpannya di dalam sebuah almari, ketika menyimpannya si isteri menyebut: " Bismillahirrahmanirrahim... ". Alamak! Bengang lagi si suami ni. Kemudian si suami ni meninggalkanlah isterinya dengan harapan apabila dia pulang nanti isterinya sudah meninggal dunia kerana membuka guni yang berisi ular-ular berbisa tersebut. Jadi tidaklah lagi telinganya bingit nak mendengar perkataan yang sentiasa disebut-sebut oleh isterinya itu. Malangnya dugaan si suami ni silap, apabila dia pulang didapati isterinya masih hidup dan menyambutnya dengan baik sekali. Kemudian si suami pura-pura bertanyakan tentang amanahnya itu. Isterinya memberitahu amanahnya itu dijaga dengan baik. Si suamipun meminta isterinya mengambil guni tersebut lalu disuruh membukanya. Isterinyapun mengambil dan membuka guni tersebut dengan katanya: " Bismillahirrahmanirrahim ". Apa yang berlaku??? Terbeliak biji mata suaminya apabila ular-ular tersebut sudah bertukar menjadi perhiasan emas yang berkilauan. Akhirnya si suami insaf dan bertaubat di atas perbuatannya itu dan diapun mula melafazkan Basmalah setiap kali memulakan pekerjaan. ( Kisah ini aku belum jumpa rujukannya tetapi setahu aku ada dikisahkan di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali, tetapi binatang yang disebut ialah lipan. Apa-apapun yang penting ialah pengajaran yang nak disampaikan melalui kisah tersebut. Sesiapa yang terjumpa kisah sebenar, kongsi-kogsilah di sini)

Lafaz Basmalah mempunyai kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri, antaranya ialah:

  • Terhindar dan terlindung dari syaitan, pencuri dan mati secara mengejut ( maksudnya kalau nak matipun seseorang itu akan tersedar terlebih dahulu) ~ Amalkanlah membacanya sebanyak 21 kali sebelum tidur.
  • Untuk melemahkan orang yang zalim ~ bacalah ia sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim dan hembuskannya perlahan-lahan.
  • Untuk menghilangkan kebebalan atau kebodohan ~ bacalah ia sebanyak 786 kali di dalam segelas air atau sesuka hatilah, kemudian tiupkan ke dalam air tersebut dan diberi minum kepada orang tersebut selama tujuh hari ketika matahari terbit, Insyaallah.
  • Sebelum melakukan perjalanan (sebelum turun berjalan) ~ bacalah ia sebanyak 41 kali dan sentuhkan lidah ke lelangit, Insyaallah dielakkan dari sebaarang musibah.
  • Allah S.W.T akan mengurniakan rezeki yang tidak terduga ~ bacalah ia sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 100 kali pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap kiblat.
  • Untuk menyedarkan orang yang pengsan ~ bacalah ia sebanyak 41 kali pada telinganya, Insyaallah dia akan tersedar dengan serta merta.

Sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud: " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T. "

Dan di dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda lagi, maksudnya: " Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah S.W.T memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan. "

Hebatkan, kelebihan membaca Basmalah yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Apa lagi yang kita tunggu amalkanlah ia selalu. Kalau nak melatahpun boleh baca Bismillah... daripada mengamalkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnyakan?

Itulah kelebihan-kelebihan Basmalah yang aku dapat paparkan pada entry ini. Semoga lafaz ini tak luput dari membasahi bibir kita tak kala memulakan sesuatu pekerjaan.





Friday, March 18, 2011

Jom-jom...rehatkan minda

Agak-agak berapa ramai orang di dalam gambar 1 ini?

:
:
:
:
V


Cari-cari.....kemudian kira


Di dalam gambar 2 ni, ada empat orang.

:
:
:
:
:
V


Apa macam jumpa tak?


Kalau anda bijak bistari....unjarlah jawapan sampai berjumpa.
Have a nice day!

Ilham...! Ilham...! Ilham...!

Hehe cam panggil nama orang lak enrty aku malam ni...

Tak adalah...jangan salah sangka, aku sekarang ni duk cari ilham mencipta lagu nasyid untuk pertandingan nasyid peringkat daerah bermula awal bulan April nanti..

Inilah tanggungjawab yang cukup besar aku galas apabila naik sekolah nanti. Melatih pasukan nasyid sekolah aku ke pertandingan nasyid peringkat daerah. Tema untuk tahun ni ialah 'Akidah kukuh, Syakhsiah terpuji '. Selepas Maghrib tadi ilham datang sekejap dapatlah aku cipta lagu beserta lirik untuk tiga rangkap. Masalah sekarang chorus belum dapat2 lagi...So, layan je la blog ni dulu.

Ha...ni dia tiga rangkap lirik tu....
jom santai jap menghayati lirik ini..agak2 ada 'zuk' ke tak?

Setiap insan pasti berhajat
Mencari sinar kebahagiaan
Mewarnai peribadi
Berasaskan Tauhidullah

Iman itu letaknya di hati
Menjadi benteng nafsu durjana
Mengimarah hidup insani
Demi menuju destinasi ukhrawi...

Hidup di dunia hanya sementara
Menjadi tempat mengumpul bekalan
Menongkah arus yang mendatang
Bagi mencapai keredhaan Ilahi...

* Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyun....Ya Qayyum

Chorus..... belum dapat signal lagi huhu...


Thursday, March 17, 2011

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T?

Pernah suatu ketika Ibrahim bin Adham iaitu seorang alim yang terkenal zuhud dan wara'nya, melewati sebuah pasar yang sesak. Dalam sekelip mata, dia dikerumuni oleh mereka yang ingin meminta nasihat daripadanya.

“Wahai Ibrahim! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahawa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?” bertanya salah seorang daripada mereka.

Ibrahim diam sejenak dan berfikir. “Wahai saudaraku. Ada sepuluh perkara yang menyebabkan doa kamu semua tidak dijawab oleh Allah.

Pertama, kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Kedua, kamu membaca Al-Quran, tapi kalian tidak mau mengamalkan isinya.

Ketiga, kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kamu suka hati mengikuti jejak dan perintahnya.

Keempat, kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

Kelima, kamu inginkan syurga, tapi kamu tidak pernah melakukan amalan seperti ahli syurga.

Keenam, kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya melakukan perbuatan ahli neraka.

Ketujuh, kamu mengaku bahawa kematian itu pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

Kelapan, kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan diri sendiri.

Kesembilan, kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi lupa mensyukuri nikmat-Nya.

Kesepuluh, kamu sering mengantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kalian akan mengalami hal yang serupa,” nasihat Ibrahim panjang lebar.


Setelah mendengar nasihat itu, orang-orang di sekelilingnya itu menangis tanda insaf. Sering manusia terlalai oleh fitnah dunia sehingga lupa Yang Maha Pencipta. Anda bagaimana? Semoga tidak termasuk di kalangan orang-orang yang lalai.

RINGANNYA MENINGGALKAN SOLAT!

Jom sama-sama kita menghayati enam persoalan yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah kepada murid-muridnya.

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini? ". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab:72). Tumbuhtumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? ". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Mungkin ada antara kalian telah biasa mendengar enam persoalan ini, tapi apa yang nak ku 'highlight' di sini ialah persoalan yang ke lima iaitu perkara yang paling ringan di dunia ~ meninggalkan solat.





Akhir-akhir ini kita sentiasa disajikan dengan perbuatan yang tidak bermoral dari kalangan masyarakat Islam seperti bersekedudukan, berzina, membuang anak, meliwat, mencuri, menagih dadah dan sebagainya. Perbuatan ini jarang sekali kita dengar ia berlaku dari kalangan orang bukan Islam khususnya di dalam kes pembuangan bayi yang menurut statistik terkini setiap 15 ke 17 minit lahirnya seorang bayi luar nikah. Sedarkah kita mengapa ini terjadi di dalam masyarakat Islam kita hari ini? Kerana perkara yang menjadikan utuhnya agama kita iaitu solat tidak lagi dipedulikan oleh mereka. Maksud firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. "




Cukup ringan generasi hari ini yang meninggalkan solat lantaran menuruti kehendak hawa nafsu yang sentiasa mengarah kepada perbuatan yang tidak bermoral itu. Bukan aku ingin menuduh tetapi itulah jawapan yang sering aku bertanya kepada para pelajarku. " Siapa yang masih tak cukup solat lima waktu? ". Apa jawapan mereka? " Tak cukup cikgu.." Ada yang jawab 3 waktu je, ada yang 4 waktu, ada yang 2 waktu, ada yang tak pernah langsung....huhu sungguh menyedihkan bukan? Orang Islam tetapi mereka inilah juga yang akan meruntuhkan agama. Maksud hadis Rasulullah S.A.W : " Solat itu tiang agama ".


Tapi yang peliknya, kalau ditanya siapa yang nak masuk Syurga semua angkat tangan tapi bila tanya bab solat, tanpa segan silu angkat tangan mengaku tak cukup solat. Kalau ada seorang atau dua yang mengaku solat penuh dalam satu kelas tu, memang cukup bertuah. Aku memang 'blur' tang ni...hanya mampu berdoa semoga para pelajarku diberi hidayah oleh Allah S.W.T selagi mereka bernafas di muka bumi Allah S.W.T.

Tapikan...pelik ya, dahlah tak solat, tak malu pula menggunakan segala nikmat disediakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ni. Sepatutnya tinggal atas bumi nipun mereka yang tak solat ni tak layak sebab tak tahu bersyukur kepada Allah S.W.T kan?

Baiklah, sekarang cuba kita calculate dalam sehari kita mempunyai berapa minit? 1440 minit kan? Kita hanya membutuhkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk menunaikan solat dan untuk lima waktu kita hanya perlu mengambil sekurang-kurangnya hanya 25 minit untuk menunaikan ibadah tersebut. Sukar ke untuk kita melaksanakan kewajipan yang merupakan 'passport' buat kita untuk melayakkan diri kita dihisab di Padang Mahsyar kelak? Jangan mimpilah dengan hanya berbuat baik kepada orang lain kita mampu diberi ruang untuk mendiami Syurga Firdaus di akhirat nanti. Sedangkan bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri, Abu Thalib yang sanggup berkorban dan pertahankan bagindapun tidak layak menghuninya.

Pernah aku menonton pemilihan protege untuk program mentor kat TV3 tu...ada yang sanggup menangis-nangis kerana tak terpilih menjadi protege kepada artis yang menjadi mentor tu..macam meratap kematian layaknya. Kalaulah ini tangisan untuk orang yang merasakan dirinya tak layak untuk menghuni Syurga Allah S.W.T alangkah bahagianya. Tapi sayang seribu kali sayang tangisan itu bukan untuk itu.

Memang benar nasihat Nabi Musa A.S semasa Rasulullah S.A.W diberi perintah untuk menunaikan solat ketika Mikraj baginda ke langit. Apabila dikurangkan perintah solat oleh Allah S.W.T dari 50 waktu kepada 5 waktu baginda mengatakan kepada Rasulullah S.A.W: " Umatmu masih tidak mampu untuk menunaikannya ". Tepat sekali pernyataan Nabi Musa A.S dan terbukti sekarang ada di antara umat Islam yang masih tidak mampu menunaikannya. Kalau 50 waktu tak tahulah....macam mana agaknya. Namun begitu, barang siapa menunaikan solat cukup lima waktu Allah S.W.T samakannya dengan solat 50 waktu juga. Beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ingatlah solat yang khusyuk itulah yang akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Alang-alang solat biarlah berkualiti dan jangan biarkan kerana solat kita membuatkan kita dilaknat oleh Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya di dalam Surah Al-Mauun, ayat 4-5: " Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya. "



Begitulah ringannya meninggalkan solat bagi mereka yang buta hatinya. Dan ketahuilah dosa orang yang meninggal solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan itu adalah lebih besar daripada seribu kali orang yang berzina. Justeru itu janganlah kita lalai dari mendirikan solat supaya kita tidak terjebak di dalam perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Kalau nak dikupaskan bab solat ni, tak abih satu hari satu malampun...jadi sekadar ini sahaja untuk peringatan kita semua.

BAGI YANG MASIH TERTUTUP PINTU HATI DARIPADA MENUNAIKAN SOLAT, DEKAT-DEKATKANLAH DIRI ANDA DENGAN PARA ULAMAK, SENTIASALAH MEMBERI RUANG MASA UNTUK DIRI ANDA MENDENGAR TAZKIRAH DARI MEREKA ATAU MENGUNJUNGI BLOG-BLOG YANG MEMBERI PENGISIAN ROHANI. SEMOGA MENDAPAT PETUNJUK. MEMANG SEBAGAI MANUSIA KITA SENTIASA PERLU DIBERI INGATAN WALAUPUN DIA SEORANG YANG ALIM. KERANA FITRAH MANUSIA MEMANG 'PELUPA'. ASAL PERKATAAN MANUSIA ADALAH DARI PERKATAAN BAHASA ARAB 'NASIA' MAKSUDNYA LUPA, JADI TIDAK HAIRANLAH KITA SALING PERLU INGAT MENGINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN. WALLAHU'ALAM.....


NAFSU BERSANGKARKAN JASAD MANUSIA



Allah S.W.T telah menjadikan manusia dengan mengurniakan nafsu, sama dengan binatang tetapi Allah S.W.T telah memuliakan manusia dengan mengurniakan akal. Apa yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal. Justeru itu cara hidup kita berbeza dengan binatang walaupun kita mempunyai nafsu.

Nafsu yang bersangkarkan jasad manusia ini Allah S.W.T telah benamkan di dalam bakaran api hampir 500 tahun lamanya. Setelah itu barulah di tempatkan di dalam diri manusia. Namun begitu nafsu masih lagi membuas dan mengganas, buktinya angkara nafsu yang tidak terdidik menjadikan kehidupan manusia dipenuhi kedurjanaan dan penzaliman. Nafsu terus menguasai manusia dan menyuburkan hidup manusia dengan bermacam bentuk dan rupa kemungkaran dan kemaksiatan. Menjadikan nilai-nilai murni dan suci terluput dari kehidupan manusia dek kerana dimanipulasikan oleh kerakusan nafsu manusia.

Oleh yang demikian, menjadi kewajipan setiap muslim untuk berjuang dan berkorban untuk menundukkan nafsunya. Berjihad melawan nafsu sehingga nafsu itu bisa mendorong kita beramal soleh dan mencari keredhaan serta kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Ketahuilah jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu yang bersangkarkan diri kita.

Syeikh Muhyddin bin Al-A'rabi Rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya ' Al-Futuhatul Makiyyah ' :

" Sesungguhnya Allah S.W.T ketika menciptakan nafsu,
Dia bertanya kepada nafsu: " Siapakah Aku? "
Nafsu menjawab: " Siapa aku? "
Lalu Allah S.W.T menempatkan dalam lautan lapar selama seribu tahun,
kemudian Allah bertanya lagi kepada nafsu: " Siapa Aku? "
Nafsu menyahut: " Engkau adalah Tuhanku. "

Dari pernyataan tadi, jelaslah kepada kita bahawa kelaparanlah yang boleh menundukkan nafsu. Oleh itu hendaklah kita mengikut Sunnah Rasul, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan itu kita dapat menundukkan nafsu dengan mudah seterusnya dapat melakukan amal soleh dengan lebih baik.

Syeikh Abu Sulaiman Ad-Darani Rahimahullah berkata: " Kunci (amal-amal) dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar. "

Sesungguhnya, ketika Allah S.W.T menciptakan dunia, Allah S.W.T menjadikan ilmu dan hikmah (kebijaksanaan)di dalam lapar dan menjadikan kebodohan dan kemaksiatan di dalam kenyang. Lawanlah nafsumu dengan lapar dan jaga (tidak tidur) yang bersungguh-sungguh. Sedikitkan tidur semampunya,tidur itu tiada faedah duniawi mahupun ukhrawi kerana tidur adalah saudaranya mati.

Janganlah membiarkan nafsu menguasai akal, sekiranya ini berlaku hancurlah kehidupan manusia, hilanglah maruah diri, keluarga dan agama. Jika akal menguasai nafsu segala-galanya akan menjadi aman dan tenteram. Akal pula perlu dituntun oleh syariat yang benar iaitu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kehidupan manusia akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Sebelum melakukan sesuatu perkara, fikirlah terlebih dahulu, timbang-timbangkanlah buruk dan baiknya barulah buat keputusan. Jangan sesekali membuat keputusan berdasarkan nafsu kerana nafsu tidak pernah menyuruh kita berbuat kebaikan melainkan yang nista belaka.

Teringat aku sebuah kisah yang berlaku kepada Saiyidina Ali Karramallahuwajhah, di mana beliau hampir-hampir membunuh seorang kafir di dalam satu peperangan tetapi beliau tidak jadi membunuhnya kerana tiba-tiba orang kafir itu telah meludahnya. Alipun meninggalkan orang kafir tersebut sehinggakan orang kafir tersebut tertanya-tanya dengan sikap Saiyidina Ali yang agak pelik itu. Orang kafir tersebut bertanya: " Kenapa kau tidak membunuh aku walaupun aku sudah berada di bawah kekuasaanmu, tambahan pula aku telah meludahmu. " Saiyidina Ali menjawab: " Aku takut membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana kau meludahku. " Beliau bimbang jika membunuh si kafir itu, niatnya untuk berjihad fi sabilillah akan menyimpang dari tujuan sebenarnya.

Wah begitu hebatkan??? Adakah kita semampu beliau?
Sekiranya perkara ini terjadi kepada kita, tak payah kena ludahlah, tercuit sedikitpun ada yang maki hamun sampai berguni-guni. Di manakah identiti kita sebagai seorang Islam kerana hal yang kecilpun boleh melatah apatah lagi dengan hal yang lebih besar. Marah orang mukmin bukan kerana dendam dan bukan kerana nafsu yang bertakhta tetapi kerana Al-Haq. Bukan kita tidak boleh marah, tetapi apabila agama kita dihina jangan sesekali kita biarkan.

Ingatlah marah itu berpunca dari hawa nafsu, bagaimana nak sejukkan? Beristighfarlah atau ambillah wudhuk dan lakukanlah solat sunat. Semoga perasaan itu cepat-cepat hilang dari membelenggu diri kita.




Daripada Abu Said Al-Khudri berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: " Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang merasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring. "

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada Hari Kiamat. "

Jika kita berjaya menundukkan nafsu bererti kita adalah seorang muslim yang cukup hebat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Insyaallah...






Wednesday, March 16, 2011

Diari Sahabat




"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari"

Kawan yang sukar dicari itulah namanya sahabat. Percaya atau tidak, di antara kita semua pasti ada mempunyai seorang atau lebih daripada seorang sahabat. Dialah yang berada di samping kita , waktu kita senang atau susah, waktu suka atau duka. Dialah segala-galanya bagi kita.

Begitu juga dengan diriku...aku pernah mempunyai sahabat ketika di bangku sekolah, di pusat pengajian tinggi dan juga sekarang di tempat kerja. Tetapi persahabatan yang cukup indah terjalin adalah ketika aku berada di sekolah rendah dan ketika aku di kolej dan universiti. Sahabat adalah segala-galanya. Suka duka, senyum tawa semuanya menjadi cukup indah apabila bersama sahabat.

Aku sebenarnya tidak memilih status dalam berkawan atau bersahabat. Keikhlasan dan kejujuran di dalam sebuah persahabatan itu sudah cukup bagiku untuk proses memulakan persahabatan.

Doa Perpisahan



Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci



Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu



Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini



"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu



Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu



Semoga Tuhan Berkatimu


Dan kebetulan sahabatku ini adalah dari keluarga yang cukup berada. Dan sekarang aku kembali menyambung persahabatan aku yang pernah terputus dahulu dengan rakan ku sewaktu sekolah rendah. Aku berjumpa dengannya semula ketika rakan-rakan sekolah kami mengadakan 'reunion' sempena Adil Fitri yang baru berlalu. Mengapa kami terpisah, baru terungkap setelah perjumpaan tersebut. Hari ini birthday dia..." Selamat panjang umur, murah rezeki, ceria sokmo dan semoga di rahmati Allah S.W.T sentiasa..." Insyaalah, satu hari nanti kita 'spentkan' masa bersama,k.


my lovely friend, Ni

Jom mengembara sebentar...


Kita mengembara melihat bagunan-bagunan yang mempunyai senibina yang pelik, unik dan cantik di dunia....

Kita mulakan dengan bangunan ini....


1. Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)




2. The Torre Galatea Figueras (Spain)





3. Forest Spiral – Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)

4. The Crooked House (Sopot, Poland)

5. Mammy’s Cupboard (Natchez, MS, United States)

6. The Ufo House (Sanjhih, Taiwan)

7. Shoe House (Pennsylvania, United States)



8. Kettle House (Texas, United States)



9. Wonderworks (Pigeon Forge, TN, United States)




10. Kansas City Public Library (Missouri, United States)



11. The Basket Building (Ohio, United States)

12. Stone House (Guimarães, Portugal)



Cantikkan???? Pelbagai bentuk ada.
Seni itu indah, ia telah disampaikan dan diperlihatkan melalui senibina-senibina yang hebat ini dengan cukup menarik dan unik. Harap seronok meninjaunya...


Salah faham

Ikuti perbualan melalui sms ini.....
(bermesej dengan rakan baruku, orang Kelantan untuk mendapatkan maklumatnya)

Aku : Assalamualaikum...
Dia : Waalaikumussalam
Aku : pa kabo?
Dia : siht...
Aku : Li bt gapo?
Dia : duk kemah rmh kit
Aku : ( ???) Li bt gapo gak?
Dia : duk kemah rmh la
Aku : (???) nok tnyo ni, Li bt gapo sbnrnyo?
Dia : Pah kemah, duk sajo la ni..awk bt gapo?
Aku : ( akhirnya aku trsenyum dan trgelak sendiri...akibat kesalahfahaman ini)

Agak2 apalah salah fahamnya...

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Aku : Li binti gapo?
Dia : La....ptut la duk tnyo duo tigo kali...rupanya slh fhm..hehehe
Aku : Hehehe xpo2..

Itulah salah fahamnya...bt yang dimaksudkan di sini binti bukan 'buat' hihi..
biasanya kalau buat diringkaskan begini 'wat' @ 'wt'..

Tapi mesej ni memang mengelikan hati aku sebab aku tak terfikir langsung dengan pemahaman rakanku yang sebegitu..
K, pastikan mesej ringkas yang dihantar difahami oleh rakan2 anda supaya tidak berlaku kesalahfahaman.

:-D saja2 rehatkan minda setelah penat bekerja...

Tuesday, March 15, 2011

Terima kasih buat Diana


Terima kasih Diana krn bagi award ni..dan sudi menjalinkan ukhuwwah walaupun di alam maya ni. Comel2 letak kat mana2 blog pasti cantik sebab warna hitam masuk je dlm apa2 warna..Thanks again..hehe


Follow blog tersohor: Ben Ashaari dan Akal Vs Emosi

Malam ni cam nak follow dua blogger tersohor ni. Aku ni...segan ga nak follow2 blog org tersohor ni...almaklumlah, blog aku ni tak sehebat mana pun...cuma aku berharap apa yg aku sampaikan kat sini ada manafaatnya utk semua org yg singgah membaca di blog aku ni.

Dalam minggu ni je baru nak melebarkan sayap hehe...nak kenal mengenal dan ber'blog walking' kat blog2 blogger ni. Selama ni, singgah tp tak tegurpun, bukan kerana sombong cuma tak bersedia lagi...

Ni le dua blogger yg selalu di sebut-sebut oleh setiap blog yg aku lawati Ben Ashaari dan Akal Vs Emosi...harap boleh beri tunjuk ajar di dlm dunia blogger ni.

Nak cerita pasal apa aku buat blog, aku dah pun buat satu entry utk tu ' Kenapa aku buat blog '. Sesiapa nak tahu blh je baca. Jadi dah tak perlulah aku cerita lagi perkara yg sama. Sesiapa yg nak follow Al-Wardah juga dialu-alukan, sama2 kita kongsikan maklumat utk manafaat bersama.

ok, nak follow ni...







Monday, March 14, 2011

Fokus2

Jom tengok! Cuba lihat betul2, apa yang anda nampak?
Adakah visual ini bergerak?? atau.....



Sila beri komen anda...