Alhamdulillah...

Tengahari tadi aku dipanggil menghadap bos...tapi sebenarnya aku boleh menduga apa yang bakal dikatakannya nanti..adalah 7 orang yang dipanggil menghadapnya.
So tekaan aku tepat..bos aku mengucapkan tahniah kpd kami semua di atas prestasi yang ditunjukkan pada tahun lepas. Kami adalah antara yang terpilih untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010.

Gerak hatiku memang tepat, so aku tidak terkejut dengan pengumuman itu...aku bukannya tidak bersyukur dengan pengiktirafan tersebut...tapi luka lama masih berparut, tidak bisa hilang begitu sahaja. Hanya yang rapat dengan aku sahaja yang tahu kenapa hatiku pernah terluka. Mereka juga tahu bagaimana cara aku bekerja. Jangan risau walaupun hati aku terluka, aku masih lagi ikhlas dalam menunaikan tanggungjawabku. Langsung di hatiku tidak terdetik untuk mendapat pengiktirafan tersebut walaupun rakan-rakanku mengatakan aku sememangnya layak bahkan dari dulu lagi. Jadi perasaan aku sebenarnya biasa sahaja, hambar...( bukan aku sombong...jgn fikir aku sebegitu)
Kalau difikirkan betapa sedihnya aku tidak mempunyai perasaan gembira bila menerimanya. Pelikkan? Orang lain dapat anugerah gembira je, senyum pun sampai ke telinga tapi aku lain pulak sikapnya.

Aku orang pertama yang diberi surat pemberitahuan anugerah tersebut oleh bos aku. Apakah aku berada di dalam list yang pertama atau yang terakhir??? Ops tak baik aku berfikiran negatif..so aku adalah yang pertama layak (agaknya).

Walau bagaimanapun aku tidak lupa untuk mengucapkan terimakasih kepada bos aku kerana mencalon dan memilih aku bersama teamnya seterusnya melayakkan aku menerima pengiktirafan tersebut. Sesungguhnya aku insan kerdil yang tidak layak utk menerimanya...tapi kalau penerimaan itu bisa menggembirakan hati orang-orang yang berada di sekelilingku, aku terimanya dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Apapun aku akan bertugas seperti biasa sebagaimana aku bertugas sebelum ini. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah S.W.T yang mengurniakan nikmat ke atas makhluknya...

Tahniah!!! Buat rakan-rakan aku yang turut mendapat APC bagi tahun 2010. Semoga kalian semua meneruskan tugas dengan penuh semangat dan berdedikasi sebagaimana sebelum ini...
Kita bekerja hanya kerana Allah S.W.T...


Inilah rupa sijil APC aku nanti

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. boleh mnduga tuh..confident betol..boleh tahu dpt apc..
    taniah~!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post