Wednesday, March 9, 2011

Khabar duka...


Pg td aku dikejutkan dgn berita keluarga sepupuku kemalangan..yang melibatkan suaminya brsama 3 org anknya. Mereka menunggang motosikal. Akupun tak berapa pasti kesahihannya.Tapi apa yg aku tahu mcm tulah. Suaminya pergi ke kedai bersama 3 org anknya, kemudian dilanggar dengan sebuah kereta kancil dari arah belakang. Dia bersama dua anaknya koma. Kemalangan ini berlaku pada 5 Mac 2011, aku tak berapa pasti bila sebab aku tak berkesempatan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang kejadian tersebut. Akupun pelik kenapa aku baru diberitahu hari ini? Ma aku ckp dia rasa cam berat je nak beritahu aku, tak tahu knpa, pada hal dia tahu aku org yg paling hampir dgn hospital yg suami sepupu aku dan ank2nya di tempatkan. Hmmm tak kisah la, yg penting ptg tadi aku sudah pergi melawat suami sepupuku itu, setelah meminta izin daripada GPK KOKO kerana hari ini ada aktiviti kokurikulum kat sekolah. Aku tidak pergi ke sana sendirian, mujur ada kwn aku yg sudi meneman. Aku bkn fasih sgtpun bdr Melaka tu. Tapi pagi tadi juga aku diberitahu anaknya yang berumur 4 thn telah meninggal dunia...Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Jenazah anknya dibawa balik ke Trg utk disemadikan, pg tadi juga. Aku difahamkan 2 anknya lagi dah dibawa keluar dari hospital blk juga ke Trg. Akupn tak dapat nak memastikan kebenarannya, sebab aku tak nak ganggu sepupuku yg dlm keadaan emosi yg tak berapa stabil tu. Aku berdoa semoga suaminya cepat sedar dan sembuh seperti sediakala. Pengajaran yang aku nak ambil dari insiden ini adalah walaupun jarak tmpt yg hendak kita tuju itu adalah dekat, jgn sekali2 mempertaruhkan nyawa kita dengan membonceng motosikal lebih dari sepatutnya. Ajal tu sebnrnya tak mengenal itu semua tetapi apa yang berlaku adalah penyebabnya. Kadang-kadang orang yang mematuhi undang2pun blh trkorban gara2 kelalaian org lain. .. Ada org memandu laju tetapi dengan sebab laju dia boleh terkorban...Ada org memandu perlahan tetapi dengan sebab perlahan dia juga blh terkorban. Apa yang penting sentiasalah beringat2 ketika memandu atau menunggang motosikal. Paling penting sekali ialah mesti membaca doa ketika menaiki kenderaan. Mudah-mudahan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah S.W.T.





3 comments:

dean said...

Alfatihah..jangan la kita amalkan gaya pemanduan F1

Al-Wardah said...

kecuali di litar mbp

dean said...

ish2..pe r..seboleh2 nk F1