Berjinak-jinak sebagai komposer



Selamat pagi, semoga hari ini pengunjung2 blog Al-Wardah sentiasa ceria dan dirahmati Allah S.W.T sentiasa...

Kat bawah sana tu ha...aku uploadkan video pertandingan nasyid yang aku cipta lagunya, just lagu yang pertama je. Sebab lagu ciptaan aku yang ke dua payah sikit dia orang ni nak masukkan lagu dengan menggunakan kompang dan alat muzik yang tak berapa canggih kepunyaan sekolah kami huhu... So lagu ke dua tu orang lain punyalah. Tapi lagu pertama syaratnya mestilah original dan menepati tema. Yang ke dua tu ada kelonggaran sikit. Tapi tetap ciptaan sendiri, walaupun bukan aku yang cipta. Hehe...bayangkanlah hanya satu malam aku buat lirik dan lagunya..memang amazing punya. Tak tidur satu mlm..Entah kenapa tahun lepas, aku agak bersemangat nak cipta lagu nasyid tu..Mungkin group nasyid aku ni bersemangat..

Kadang-kadang aku 'give up' nak hantar wakil pertandingan nasyid sebab peralatan muzik kurang lengkap dan tidak secanggih sekolah2 lain. Nak tahu.... group nasyid aku ni, terus lemah semangat bila melihat kumpulan nasyid sekolah lain yang begitu gah dengan peralatan muzik mereka membuat persembahan. Punyalah dia orang ni menggigil2 terus tak 'confident' nak buat persembahan. Hai....kenalah bagi semangat balik kat dia orang..." tak semestinya peralatan kita tak secanggih mereka kita tak boleh menang. Try your best...kita adalah yang terbaik!!! ". Punyalah bagi semangat kat dia orang, walhal aku pun sebenarnya 'gabra' semacam gak. Tapi biasalah depan 'student' mana boleh tunjuk kita lemah, nanti dia orang lagi lemah, betul tak?

Aku akui dia orang kurang latihan. Ada juga yang tak boleh datang waktu sesi latihan dan macam2 ragam lagilah. Aku ingat beberapa kali je 'team' dia orang 'complete' dalam satu group, kalau tak ada je yang tercicir. Tapi...kalau diperhatikan, mereka buat persembahan ada juga kesilapan.Aku tahu dia orang ni masih lemah semangat masa buat persembahan, kurang 'confident'. Apa pun mereka sudah cuba buat yang terbaik dan akhirnya dapat juga tempat ke 4 (walaupun ada hakim yang ingat kumpulan nasyid sekolah aku ni mendapat tempat ke 3) dari 13 atau 14 buah sekolah yang menyertainya...hehe lupa lak. Alhamdulillah, kira baguslah tu sebab kurang peralatan muzik dan peralatannya tak secanggih sekolah2 lain. Mencipta sejarah juga tu...thanks, syabas dan tahniah!!! buat semua ahli kumpulan nasyid di bawah bimbingan ku..'Shautul Shabab'.... dan tak lupa juga buat guru-guru yang membantu aku serta bekas pelajarku yang membantuku mengajar cara pergerakan mereka di atas pentas. Terima kasih banyak2, jasa kalian tetap ku kenang.

Okay, selamat menikmati alunan nasyid dari kumpulan Shautul Shabab......
Jap2! Tapi sebelum tu kenalah pause halwa telinga tu dulu...kalau tak macam mana nak menghayati...


Pertandingan Nasyid Maal Hijrah Peringkat Daerah 1431H/2010M

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post