Jenis Sihir dan Rawatannya



Sihir mempunyai pelbagai jenis dan ada pelbagai cara untuk merawat mereka yang terkena sihir. Di bawah ini adalah panduan untuk merawat mereka yang terkena sihir yang saya perolehi untuk manafaat kita semua. Setidak-tidaknya untuk merawat orang-orang yang berada di sekeliling kita yang terkena panahan sihir ini.
v Sihir pemisah (perceraian) ~ baca ayat Ar-Rukyah As-Syar'iyyah dan dimandikan dengan air yang dibaca ayat itu
v Sihir percintaan (penunduk) ~ baca ayat Ar-Rukyah as-Syar'iyyah 7 kali dan keseluruhannya. Amalan ini perlu diulang dan dibaca ayat Kursi 7 kali pada air untuk diminum
v Sihir membatal atau menunda perkahwinan ~ lelaki dimandikan air yang dibaca surah Ar-Rahman setiap Jumaat dan bagi wanita, dimandikan air dibaca surah Al-Hasyr setiap Jumaat ketika imam berada di atas mimbar masjid (khutbah)
v Sihir mengikat lelaki dan wanita ~ 7 helai daun bidara ditumbuk dalam lesung batu, disiram dengan air dibaca ayat Kursi dan diberi minum 3 teguk, air selebihnya dimandikan
v Sihir dimandulkan ~ ditulis surah Al-Jumuaah pada tembikar tanah liat, kemudian dihapuskan dengan air dan dimandikan pada bulan Islam dalam bahagian ke dua
v Sihir pukau ~ laung azan, baca ayat Kursi, zikir tertentu yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. bertaawwuz dan menyebut mana-mana nama Allah
v Sihir gila ~ baca seluruh ayat Ar-Rukyah As-Syar'iyyah ke atas pesakit 3 kali berturut-turut. Keseluruhan surah Al-Baqarah, Hud, Al-Hijr, As- Sofat, Qaaf, Ar-Rahman, Al-Mulk, Al-Jin, Al-A'la, Al-Zalzalah, Al-Humazah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Rakam semua surah dan perdengar kepada pesakit 3 kali sehari selama sebulan. Biasakan pesakit berada di tempat terang, di bawah cahaya dan jauhkan daripada mengambil pil
v Sihir sakit anggota badan ~ baca ayat Ar-Rukyah As-Syar'iyyah 3 kali sehari, masing-masing 7 kali Al-Fatihah, ayat Kursi dan al-muawwazah serta surah Al-Jin dan sekali surah Ad-Dukhan. Amalkan 3 kali sehari dan sapukan minyak habbatussauda pada tempat sakit atau dengan minyak zaitun yang dibaca ayat Ar-Rukyah As-Sar'iyyah
v Sihir pendarahan ~ baca ayat Ar-Rukyah As-Syar'iyyah pada air, diberi minum serta mandi 7 hari berturut-turut sebelum maghrib
v Sihir santau ~ daun nangka muda atau daun pisang muda ditepuk pada belakang pesakit dengan dibaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ayat Ar-Rukyah As-Syar'iyyah, surah Al-Hasyr ayat 21-24
v Sihir penutup ~ pasang cd Ar-Rukyah As-Syar'iyyah di tempat kerja di waktu pagi dan petang. Baca Al-Quran beramai-ramai serta direnjis air yang dibaca ayat itu di sekitar tempat kerja.
Wallahu'alam....

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post