Sunday, March 13, 2011

Kenapa aku buat blog???

Assalamualaikum semua...hari ini aku ingin bercerita kenapa aku buat blog. Pada mulanya aku melihat seorang rakan sekerjaku yang punya blog, dia ada basic it lah. Aku ni lak 'zero' it. Tp nak kata 'jahil' sangat tu taklah. Setakat buka tutup pc, arrange apa2 yg patut tu bolehlah. Time aku sekolah dulupun memang aku minat dgn komputer ni. Kat sekolah menengah dulu, waktu mula2 komputer diperkenalkan akulah Pengerusi Kelab Komputer sekolah. Hehe cikgu sendiri pilih aku sebab, aku ke hulu ke hilir ikut cikgu aku tanya bila nak buka Kelab Komputer sekolah, terlebih bersemangat. Waktu tu hanya ada satu unit komputer sahaja. Aktif? mestilah sebab aku pengerusinya hehe...sempat lagi aku dan ajk kelab melahirkan sebuah majalah yang dinamakan 'KELKOM'. Itulah kenangan terindah yang aku lakarkan semasa menyertai Kelab Komputer sekolahku. Cikgu hanya lihat dan nasihat sahaja, yang lain semua usaha kami. Kami...kalau nak memajukan persatuan kami kena berdikari..hmm tak macam sekarang guru mesti ada bersama pelajar, kadang2 tu mcm guru yang kena 'handle' bknnya pelajar. Hmm..cukuplah cerita pasal keaktifan aku dgn kelab kat sekolah.



Sekarang berbalik semula kenapa aku buat blog. Tadi ada aku beritahu pasal rakanku ada blogkan? Jadi, aku mintalah dia ajar aku buat kalau ada masa. Tapi cikgu zmn skrg ni lagi sibuk berbanding time aku sekolah dulu. Akhirnya tunggu punya tunggu, masa tak muncul2 hehe... Akhirnya aku pun mulalah 'ngakah' kat internet cari cara2 nak buat blog. Bukan susah 'search' je dpt la...tutorial dlm bi. Akupun buatlah langkah2 yang diarahkan...akhirnya berjaya juga. Aku buat blog awal tahun lepas. Dan post pertama aku sajak yang aku cipta masa aku masuk pertandingan sajak di sekolah menengah. Kemudian aku postkan lirik nasyid yang aku cipta untuk pertandingan nasyid peringkat daerah sempena Sambutan Maal Hijrah tahun lepas. Walaupun mendapat tempat ke 4, itu adalah permulaan yang baik bagi seorang pencipta lagu yang baru berjinak2 ni hehehe...Tapi hakim2 ni, ada cakap kat aku sepatutnya sekolah aku layak tempat ke 3. Tapi tak mengapalah...itupun aku sgt2 bersyukur sebab selama ni tak pernah dapat ranking tu pun..Takpa, nanti kalau ada masa aku postkan untuk tatapan pengunjung2 blog Al-Wardah ni.

Kemudian aku berhenti untuk seketika sebab 'mood' tak ada. Aku memang minat bidang seni, tapi taklah semua jenis seni aku minat. Yang sesuailah..seperti penulisan ni. Aku nak berblogging nipun sebab nak menjadikannya satu 'mehnah' atau wadah di dalam menyampaikan info terutamanya tentang Islam sebab itu adalah medanku. Namun aku tetap insan biasa....So, aku taklah nak jadikan blog aku khusus untuk itu, ada ketika aku ingin meluahkan apa yang menyesakkan dada aku ni.... Jadi apa2 yang baik yang aku lakarkan di blogku ini, sesiapapun boleh mengambilnya selagi ia memberi manafaat buat semua. Aku tak suka lokek ilmu...tapi kalau sudi 'follow me', utk silatturrahim....ahlan wasahlan!!!




Hehe...berbalik tak ada 'mood' tadi..hmm suatu hari adalah seseorang bertanyakan blog aku. Aku cakap ada tapi tak aktif...so diapun memberi galakan kat aku, dari situ aku bersemangat kembali dan dia menjadi 'guru'ku secara tak langsung. First sekali aku diajar macam mana nak buat widget...sekali ajar je aku dah 'expert'. hehe tak adalah, biasa aje. Terimakasih byk2...jasamu tetap ku kenang. Selepas tu aku berblogwalking sampailah mataku terhenti pada sebuah blog ' http://bicarafarah.blogspot.com/ ' ni alamat blognya. Aku suka baca post2 dia. Byk infonya.... Aku lihat tutorial miss farah ni. Aku tengok dia ni taklah lokek ilmu, ajar je apa2 tentang blog. . Hehe tapi ada juga yang aku tak faham....so tak beranilah cuba. Apapun, terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu. Ada juga aku godek2 sendiri...




Macam aku beritahu tadi, aku berbloggingpun untuk berkongsi tentang maklumat yang aku tahu sama juga dengan awak semua. Aku buat bukan untuk cari glamour. Tentang follower tak ramai tu, mungkin aku berblogwalking tapi tak tegur, dia orang tak tahulah aku pernah melawat blog dia orang, so mcm mana nak followkan? Akupn tak follow ramai orang lagi, takpa tak perlu gopoh. Maaflah semua, bukan aku ni sombong tapi mungkin belum bersedia nak menghadapinya sebab aku ni bukannya 'terror' sangat dalam bidang it.




Aku tengok blog awak semua canggih2...malu lak nak 'promote' blog aku..huhu Tapi yang sudi berkunjung, terima kasih banyak2...walaupun tak tegur. Tapi lepas ni jangan segan2 tegurlah aku kat 'shoutmix' tu hehe..aku ni jenis 'open minded' cuma agak 'humble' kit. (hehe...gelak kat diri sendiri)

Okay, rasanya cukuplah aku meluahkan isi hatiku tentang kenapa aku buat blog. Terima kasih kerana membaca edisi di pagi Ahad ni.









3 comments:

dean said...

uhuhu...nice entry..semoga maju dalam dunia blog..

dyana said...

yes2!

Al-Wardah said...

hehe terima kasih..tp byk lagi perlu belajo