RINGANNYA MENINGGALKAN SOLAT!

Jom sama-sama kita menghayati enam persoalan yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah kepada murid-muridnya.

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini? ". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab:72). Tumbuhtumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? ". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Mungkin ada antara kalian telah biasa mendengar enam persoalan ini, tapi apa yang nak ku 'highlight' di sini ialah persoalan yang ke lima iaitu perkara yang paling ringan di dunia ~ meninggalkan solat.





Akhir-akhir ini kita sentiasa disajikan dengan perbuatan yang tidak bermoral dari kalangan masyarakat Islam seperti bersekedudukan, berzina, membuang anak, meliwat, mencuri, menagih dadah dan sebagainya. Perbuatan ini jarang sekali kita dengar ia berlaku dari kalangan orang bukan Islam khususnya di dalam kes pembuangan bayi yang menurut statistik terkini setiap 15 ke 17 minit lahirnya seorang bayi luar nikah. Sedarkah kita mengapa ini terjadi di dalam masyarakat Islam kita hari ini? Kerana perkara yang menjadikan utuhnya agama kita iaitu solat tidak lagi dipedulikan oleh mereka. Maksud firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. "




Cukup ringan generasi hari ini yang meninggalkan solat lantaran menuruti kehendak hawa nafsu yang sentiasa mengarah kepada perbuatan yang tidak bermoral itu. Bukan aku ingin menuduh tetapi itulah jawapan yang sering aku bertanya kepada para pelajarku. " Siapa yang masih tak cukup solat lima waktu? ". Apa jawapan mereka? " Tak cukup cikgu.." Ada yang jawab 3 waktu je, ada yang 4 waktu, ada yang 2 waktu, ada yang tak pernah langsung....huhu sungguh menyedihkan bukan? Orang Islam tetapi mereka inilah juga yang akan meruntuhkan agama. Maksud hadis Rasulullah S.A.W : " Solat itu tiang agama ".


Tapi yang peliknya, kalau ditanya siapa yang nak masuk Syurga semua angkat tangan tapi bila tanya bab solat, tanpa segan silu angkat tangan mengaku tak cukup solat. Kalau ada seorang atau dua yang mengaku solat penuh dalam satu kelas tu, memang cukup bertuah. Aku memang 'blur' tang ni...hanya mampu berdoa semoga para pelajarku diberi hidayah oleh Allah S.W.T selagi mereka bernafas di muka bumi Allah S.W.T.

Tapikan...pelik ya, dahlah tak solat, tak malu pula menggunakan segala nikmat disediakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ni. Sepatutnya tinggal atas bumi nipun mereka yang tak solat ni tak layak sebab tak tahu bersyukur kepada Allah S.W.T kan?

Baiklah, sekarang cuba kita calculate dalam sehari kita mempunyai berapa minit? 1440 minit kan? Kita hanya membutuhkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk menunaikan solat dan untuk lima waktu kita hanya perlu mengambil sekurang-kurangnya hanya 25 minit untuk menunaikan ibadah tersebut. Sukar ke untuk kita melaksanakan kewajipan yang merupakan 'passport' buat kita untuk melayakkan diri kita dihisab di Padang Mahsyar kelak? Jangan mimpilah dengan hanya berbuat baik kepada orang lain kita mampu diberi ruang untuk mendiami Syurga Firdaus di akhirat nanti. Sedangkan bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri, Abu Thalib yang sanggup berkorban dan pertahankan bagindapun tidak layak menghuninya.

Pernah aku menonton pemilihan protege untuk program mentor kat TV3 tu...ada yang sanggup menangis-nangis kerana tak terpilih menjadi protege kepada artis yang menjadi mentor tu..macam meratap kematian layaknya. Kalaulah ini tangisan untuk orang yang merasakan dirinya tak layak untuk menghuni Syurga Allah S.W.T alangkah bahagianya. Tapi sayang seribu kali sayang tangisan itu bukan untuk itu.

Memang benar nasihat Nabi Musa A.S semasa Rasulullah S.A.W diberi perintah untuk menunaikan solat ketika Mikraj baginda ke langit. Apabila dikurangkan perintah solat oleh Allah S.W.T dari 50 waktu kepada 5 waktu baginda mengatakan kepada Rasulullah S.A.W: " Umatmu masih tidak mampu untuk menunaikannya ". Tepat sekali pernyataan Nabi Musa A.S dan terbukti sekarang ada di antara umat Islam yang masih tidak mampu menunaikannya. Kalau 50 waktu tak tahulah....macam mana agaknya. Namun begitu, barang siapa menunaikan solat cukup lima waktu Allah S.W.T samakannya dengan solat 50 waktu juga. Beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ingatlah solat yang khusyuk itulah yang akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Alang-alang solat biarlah berkualiti dan jangan biarkan kerana solat kita membuatkan kita dilaknat oleh Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya di dalam Surah Al-Mauun, ayat 4-5: " Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya. "



Begitulah ringannya meninggalkan solat bagi mereka yang buta hatinya. Dan ketahuilah dosa orang yang meninggal solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan itu adalah lebih besar daripada seribu kali orang yang berzina. Justeru itu janganlah kita lalai dari mendirikan solat supaya kita tidak terjebak di dalam perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Kalau nak dikupaskan bab solat ni, tak abih satu hari satu malampun...jadi sekadar ini sahaja untuk peringatan kita semua.

BAGI YANG MASIH TERTUTUP PINTU HATI DARIPADA MENUNAIKAN SOLAT, DEKAT-DEKATKANLAH DIRI ANDA DENGAN PARA ULAMAK, SENTIASALAH MEMBERI RUANG MASA UNTUK DIRI ANDA MENDENGAR TAZKIRAH DARI MEREKA ATAU MENGUNJUNGI BLOG-BLOG YANG MEMBERI PENGISIAN ROHANI. SEMOGA MENDAPAT PETUNJUK. MEMANG SEBAGAI MANUSIA KITA SENTIASA PERLU DIBERI INGATAN WALAUPUN DIA SEORANG YANG ALIM. KERANA FITRAH MANUSIA MEMANG 'PELUPA'. ASAL PERKATAAN MANUSIA ADALAH DARI PERKATAAN BAHASA ARAB 'NASIA' MAKSUDNYA LUPA, JADI TIDAK HAIRANLAH KITA SALING PERLU INGAT MENGINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN. WALLAHU'ALAM.....


2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Betol tuh...semasa saya membimbing rakan-rakan semasa kem generasi muslim.diorang tak reti nak solat..nak baca ayat dalam sembahyang pon tak reti..kalau tak reti..mesti automatik akn tinggalkn kan solat.

    macam mana nanti nak menghadap Allah s.w.t.rasa simpati pada diorang

    adakah mereka islam hanya pada nama dan kad pengenalan??

    semoga meraka mendapat hidayah dari Allah S.W.T
    Insya Allah

    bak kata ayah saya : malang sungguh kalo kahwin dengan orang yang tak jaga solatnya..

    ReplyDelete
  2. so bila sampai masa nanti, carilah yang beragama supaya tidak susah di kemudian hari..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post