Saturday, April 30, 2011

Jom jamu mata...


Kita lihat siapa di antara mereka yang paling cantik dan ellegant....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Adakah anda sudah bersedia untuk menghakiminya?

v
v
v
v
v


Baiklah peserta pertama dari Amerika...

v
v
v
v
v
v
v





American Shorthair



Ashera



Chausie



Manx



Persian Cat



Ragdoll



Sandcat



Scottish Fold



Toyger



Like2...toyger kiutnyeeee...



Turkish Angora


Hehehe....comel2 tak? I love cat very much!

Chegu Zubir Promote Blog Saya



Assalamualaikum semua...saje je ptg2 ni ber'blog walking' utk berziarah. Tup2...terjumpalah blog Cg Zubir ni. Cam best je blog ni, nengok2 ada segmen ni lak. Sebenarnya tak pernah sertaipun segmen camni. Nilah pertama kali nak join segmen promosi ni.

Tujuan nak join segmen ni, untuk berkongsi ilmu, bertukar pendapat atau buah fikiran di samping meningkatkan kenalan. Secara tidak langsung, sebenarnya blog juga boleh dijadikan wadah dalam menyampaikan ilmu dan menerima ilmu yang bermanafaat, ada kalanya boleh juga bersantai dgn lawak jenaka blogger2 ni di kala stress hehe..

Jadi rasanya entry yg sesuai utk diiklankan entry ni kot..
Best tak best tak tahulah, rakan2 yang boleh menilai..layannnn

Bagi rakan2 yang berkunjung ke blog ni, samada follwer Wardah atau sekadar 'silent reader' dialu2kan untuk menyertai segmen Cg Zubir ni jika ingin kembangkan lagi kenalan anda. Apa2pun terjahlah ke link ini Chegu Zubir untuk join. Selamat Mencuba!

Well done.... Akhir kata terima kasih buat Cg Zubir krn mengendalikan segmen ini. Dan menggerakkan hati Wardah untuk menyertainya.


Friday, April 29, 2011

Benarkah Bahtera Nabi Nuh AS diperbuat daripada Kayu Kokka?

Salam pagi Jumaat...Semoga semua pengunjung2 blog Al-Wardah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

Sebenarnya pagi ni, Al-Wardah begitu teruja apabila membaca satu artikel di dalam sebuah buku berkaitan dengan bahan yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS iaitu Kayu Kokka. Semua orang ingin tahu dan melihat bagaimanakah rupanya pokok Kayu Kokka ini kan? Tapi malangnya semuanya itu dusta belaka.

Di bawah ini adalah propaganda yang dimainkan oleh orang2 tertentu untuk melariskan jualannya dengan menamakan kayu yang dijual itu adalah Kayu Kokka dan mempunyai khasiat2 tertentu.

" Kayu Kokka adalah kayu yang paling tinggi mutunya di antara jenis kayu2 yang terdapat di atas muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman2 nabi yang terdahulu lagi. Ia telah digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS dan juga tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuib AS.

Kayu Kokka mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Kayu kokka yang paling baik mutunya adalah dari Turki. Ia juga boleh didapati di negara2 lain seperti Nigeria dan Mesir.

Di antara rahsia dan kelebihan Kayu Kokka menurut pengalaman orang yang telah memakai dan menggunakannya ialah:

  1. Rumah yang memilikinya aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur, letakkannya di bawah bantal atau rendam di dalam air dan diberi minum.
  3. Sakit gigi, rendamkannya di dalam air suam kemudian berkumur dan minum ia.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot, gosok2kannya ke bahagian sakit.
  5. Demam, sakit kuning, kerongkong, tonsil dan ruam, rendamkannya kemudian minum atau titiskan ke dalam mulut.
  6. Ibu dalam pantang, bawa bersama semasa tidur, untuk cepat sembuh rendam di dalam air suam dan minum.
  7. Termakan santau, terkena racun atau sakit batu karang, rendamkan ia di dalam air dan minum.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Sekiranya terkena gigitan binatang berbisa, letakkan ia di tempat yang terkena gigitan itu, Insyaallah akan hilang bisanya.
  10. Jika di bawa bersama ketika berjumpa dengan orang yang zalim, Insyaallah akan menjadi tenang dan aman
.......................di hujung ayat2 di atas semua ada perkataan Insyaallah yang menunjukkan kemujaraban penggunaannya "



Inilah pokok yang didakwa sebagai pokok Kayu Kokka
sebenarnya adalah pokok palma

Hajat di hati ingin menambahkan pengetahuan berkenaan Kayu Kokka ini, mulalah 'searching' tapi tiba2 terbacalah artikel di bawah ini ( tersentak sekejap), agaknya kalau tidak tergerak di hati ini untuk mencari pengetahuan yang lebih berkenaan Kayu Kokka ni, tertipu juga Al-Wardah.

~> Kajian mendapati nama kokka tidak pernah wujud
> Apa yang didakwa kayu kokka sebenarnya spesies pokok Palma
> Tiada bukti mengesahkan pokok yang didakwa kayu kokka ada keistimewaan tertentu
> Mengaitkan kokka sebagai bahan membuat bahtera Nabi Nuh as sangat diragui kerana pokok berkenaan tidak mampu bertahan di atas air
> Pokok sebenar digunakan Nabi Nuh bagi membina bahtera dan tongkat baginda ialah kayu daripada pokok ‘Pine Cypress’

Jadi sesiapa yang pernah percaya akan keajaiban Kayu Kokka ni, bolehlah terjah ke alamat2 ini :

Sebenarnya pada pandangan Al-Wardah, tak juga menjadi satu kesalahan untuk seseorang itu berikhtiar dengan sesuatu seperti makan ubat apabila sakit. Kalau kita percaya ubat itu boleh menyembuhkan sakit, ia juga boleh menjadi syirik. Tetapi ubat itu dibuat setelah kajian2 dan penyelidikan dibuat dan hasilnya ubat itu boleh membantu menyembuhkan sakit dengan izin Allah SWT. Begitu juga kalau hasil kajian dan penyelidikan berkenaan pokok Kayu Kokka tersebut benar, tetapi yang menjadi isu di sini, pokok itu tidak pernah wujud hasil kajian penyelidik2 tertentu. Dan kita tidak boleh mempercayai ia berkhasiat secara membuta tuli shaja. Inilah yang menjadi silapnya dan pokok yang didakwa banyak khasiat itu sebenarnya adalah pokok yang tidak berguna menurut pengkajinya.... Wallahu'alam




Thursday, April 28, 2011

Tempat turunnya Nabi Isa AS

Mungkin ada di antara kita tertanya2 di manakah tempat Nabi Isa akan turun dari langit apabila tiba saatnya nantikan? Baiklah kerana kurang peka kadangkala kita lupa untuk mencari tahu di mana tempatnya. Supaya input yang akan aku berikan ini berkembang, jadi entry aku pada petang ini adalah berkenaan tempat Nabi Isa akan turun nanti dan juga bagaimana baginda menentang Dajjal Laknatullah itu. Semoga sama2 kita mendapat manafaat....




Sebagaimana yang kita semua sedia maklum apabila Hari Qiamat hampir berlaku maka akan muncul Dajjal untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini. Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahadi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahadi , setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal,


Beliau akan turun di kalangan kelompok yang diberi pertolongan oleh Allah SWT yang berperang untuk menegakkan kebenaran dan bersatu padu untuk menghadapi Dajjal. Nabi Isa AS akan turun pada waktu sedang diiqamat solat, lantas baginda solat di belakang pemimpin kelompok itu. Pemimpin kelompok yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahadi. Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahadi.


Dikisahkan setelah Nabi Isa AS selesaikan menunaikan solat, baginda berkata : “Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah SWT, iaitu Dajjal.” Lalu mereka pun keluar, kemudian baginda dilihat oleh Dajjal yang laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu Nabi Isa dilihat oleh Dajjal, Dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di air. Kemudian Dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Nabi Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Nabi Isa membiarkan saja hal ini maka Dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Nabi Isa berkata kepadanya :”Sesungguhnya aku berhak untuk mengajar kamu dengan satu pukulan.” Lalu Nabi Isa AS menombak dan membunuhnya, maka Nabi Isa AS memperlihatkan kepada semua orang darah Dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sedarlah para pengikut Dajjal dari kalangan Yahudi , bahawa Dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan Dajjal (Dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah Dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi Isa.

Masa tinggal Nabi Isa di bumi ini setelah turun dari langit menurut riwayat adalah selama 7 tahun dan menurut sebahagian riwayat yang lain lagi selama 40 tahun. Setelah itu wafat pula Imam Mahadi dan Al-Qathani yang melanjutkan kepimpinannya. Tidak lama setelah itu, terbitlah matahari dari barat dan binatang yang melata yang keluar dari perut bumi yang memberikan tanda kufur dan iman ke atas setiap manusia. Ketika itu setiap mukmin segera mengetahui bahawa itulah detiknya kemunculan angina lembut dari Yaman yang akan mencabut nyawa setiap mukmin. Setelah itu, tidak ada seorangpun manusia yang masih memiliki keimanan kecuali akan menemui ajalnya. Ketika seluruh penduduk manusia tidak lagi menyebut nama Allah, itulah kondisi seburuk-buruk manusia dan kepada merekalah Qiamat akan terjadi.... Wallahu'alam


Bendera Negara Syria

Wednesday, April 27, 2011

Tarian Poco Poco...gawat


Aku sebenarnya jahil sikit bab tarian poco poco ni, sebab aku tak pernah buatpun. Tapi mutakhir ini ada kedengaran tarian ini difatwakan haram oleh mufti-mufti tertentu dan ada yang mengharuskan malahan ada yang menghalalkan. Jadi mana satu fatwa yang nak dipakai. Pada pendapat aku la...keluarkan satu fatwa cukuplah, tak payah banyak2, buat pening sahaja. Tapi apa kuasa yang aku ada, jadi cara yang terbaik adalah jangan lakukan tarian poco poco ini sebab yang utama kita dapati tarian itu ditarikan membentuk salib.

Sepengetahuan aku, tarian ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia sebagaimana yang pernah digembar gemburkan sebelum ini, mungkin untuk mengaburi pandangan umat Islam khususnya. Keghairahan masyarakat Islam untuk menarikan tarian ini bermula pada tahun 2009 (agaknya)..kononnya ia adalah senaman baik untuk tubuh badan. Sebenarnya dengan melakukan ibadah solat sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik kepada kesihatan sebagaimana yang dikaji oleh para saintis bahawa solat adalah satu terapi yang berkesan untuk pelbagai penyakit khususnya darah tinggi, jantung dan seumpamanya.

Baiklah kita sambung info tadi, tarian poco poco ini ditarikan oleh orang2 Kristian ketika menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Dan pergerakan yang mereka lakukan adalah berbentuk salib. Mungkin kita tidak perasan, masyarakat kita hari ini suka mengikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa terlebih dahulu. Inilah cara musuh2 Islam menyucuk jarum halus mereka supaya kita leka dan lalai terhadap perintah Allah SWT tanpa kita sedari sedikitpun. Kita akan hanya tersedar apabila disedarkan oleh seseorang yang bertanggungjawab untuk tidak melihat diri kita semua hanyut dengan permainan dan gurauan jahat musuh2 Islam. Kita sepatutnya sedar jika kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama yang lain maka kita merestui agama itu. Amalan yoga suatu ketika dahulu juga pernah menjadi kegilaan masyarakat kita dalam melakukan senaman untuk menjaga kesihatan tetapi akhirnya difatwakan haram kerana menyerupai amalan agama Hindu.

Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”

Ertinya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam perlu mengekalkan ketrampilan sebagai seorang muslim yang sejati. Mereka dilarang menyerupai golongan musyrikin.

Justeru itu buatlah pilihan yang terbaik dengan tidak menarikan lagi tarian poco poco ini, andaikata rakan2 semua pernah menarikannya. Dan ingatlah sesungguhnya orang2 Yahudi mahupun Nasrani tidak akan berhenti untuk menghancurkan umat Islam di atas muka bumi ini dengan cara apa sekalipun kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah kaum yang terbaik dan menjadi pilihan Allah SWT.

Fatwa Mufti Negeri Perak itu adalah pilihan aku. Haramkan poco poco kerana sebab2 yang aku nyatakan tadi. Contohilah Imam Shafie dari segi kehalusan mengeluarkan hukum. Wallahu'alam...

Wow! Ikan apa tu?


Jom relekskan otak yang sedang semak dan
kusut dgn melihat gambar2 ikan yang jarang kita lihat. Aha...nak scuba diving? Hehe tak adanya...scuba kat blog ni je la....jom2...



Viperfish dari jarak dekat, lihat giginya yang panjang dan tajam,
eee...sungguh menakutkan




Ini rupa viperfish dari sisi, buruk je..




Ni, namanya Tigerfish
Lihat mulutnya yang ternganga tu, sapa berani makan la...




Tigerfish dari sisi dan jarak dekat,
Tengoklah giginya...



Snakehead Fish ( Ikan kepala ular?? )



Snakehead fish ini boleh hidup di daratan yang lembab dalam jangka masa yang lama,
merangkak dengan menggunakan badan dan siripnya...




Ha....lihatlah bentuk kepalanya yang semacm ular ni..



Piranha dari jarak yang dekat



Tengok tu...giginya yang tersusun tajam




Ikan Piranha, ikan yang terkenal dgn keganasannya dan berbahaya buat semua,
cuba lihat giginya tu...ish3 tajamnya



Gulper Eel ( Belut Gulper )
Cuba lihat, mulutnya lebih besar dari badannya, boleh panjang hingga 6 kaki




Gulper Eel dari jarak dekat




Moray Eel ( belut Moray )




Belut Moray ini boleh panjang sehingga 13 kaki




Green Mooray ( warna kuning, cmne lak blh nm hijau ya..)
Macam buta je matanya...




Fangtooth Fish ( ikan bertaring)




Eeee...semcm jek rupa ikan ni ek, sama dgn spesis di atas




Dragonfish




Termasuk di dalam golongan ikan2 yang menakutkan, dragonfish




Conger Eel ( Belut Conger)




Tengah bersantai di atas batu...




Anglerfish, perut di dlm mulutnya




Lihat dari sisi rupa Anglerfish ini....




Tidak ada ikan yang seseram ikan ini, ia berkeliaran di laut dalam. Ikan ini dinamakan Anglerfish (ikan pemancing) kerana cara ia menangkap mangsa yang unik dgn menggunakan bahagian badannya yang menonjol keluar dari kepalanya yang mirip kail pancing. Yang peliknya ia mampu mengeluarkan cahaya.

Subhanallah!! Maha Suci Allah yang mencipta makhluk di atas muka bumi ini dengan pelbagai bentuk dan rupa yang kadangkala tak pernah terlintas di fikiran kita jika kita tidak melihatnya sendiri. Lihat sahajalah ikan2 tadi...rupapun menakutkan, nak makan pun kena fikir sepuluh kali...silap2 'mun' dulu hehe....

Semoga apa yang dipaparkan di entry pagi ini, menarik minat pengunjung2 blog ini. Silap haribulan terus pergi ke Tioman Island nak scuba diving hehe....kalau jumpa spesis ikan ni berhati2 lah ya.

Tuesday, April 26, 2011

Yang Arif!






“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi).

Jadi sesiapa yang berminat untuk menjadi hakim tu, fikirlah berkali2 kerana bukan senang nak menjadi hakim yang betul2 adil. Jangan kerana mengejar harta dan pangkat serta kemewahan kita membelakangi kebenaran. Memang selalunya, orang yang mencari rezeki Allah SWT dengan cara yang betul susah untuk menjadi kaya dengan cepat. Harta dan pangkat itu adalah fitnah duniawi yang boleh mejurus hidup kita sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan. Cukuplah sekadar harta yang kita ada untuk membolehkan diri kita melakukan amal ibadah kepada Allah SWT dengan lebih baik lagi......Semoga peringatan ringkas ini dapat memberi manafaat untuk semua..Wallahu'alam

Friday, April 22, 2011

Kajian cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran



Hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti
nombor,astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran :

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889
peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!

Sekadar berkongsi dari rakan yang lain..

Crazy but not stupid!!!






One truck driver was doing his usual load

delivery at a mental hospital,

by parking his vehicle beside an open drain.



He discovered a flat Tyre when he was

about to return from the mental hospital.

He jacked up the truck and removed

the flat Tyre to fix the spare Tyre.



When he was about to fix the spare Tyre,

he accidentally dropped all the four bolts

in the open drain.



As he cannot fish the bolts in the open drain,

he started to panic as to what should be done?



Just then, one patient happened to walk past

him and asked the driver as to why

he was looking troubled.



The driver thought to himself,

since there is nothing much he can do

or this mental joker can.

Just to keep the bugging away,

the truck driver informed the whole episode

to the mental patient and gave

a helpless look.


The patient just laughed at the truck driver

and said you just cannot even fix

such a simple problem?

No wonder you are destined to remain

a truck driver for life.


The truck driver was astonished to

hear such a compliment from a mental guy.


Here is what you can do said the mental guy.


Take one bolt from each of the

remaining three Tyre's/wheels and fix it

on to this Tyre. Then drive down to the

nearest workshop and replace the

missing ones.

Isn't it simple my friend!!!!


The truck driver was so impressed

with this quick fix answer and asked

the patient, how come you are so smart

and intelligent and you are here at the mental hospital?


The patient replied...

hello friend! I stay here because

I am crazy but not stupid.



No wonder, there are some people,

who behave like the Truck Driver,

thinking that others are just stupid.

So, BROTHERS AND SISTERS, though you all are learned

and wise, but, just watch out, there

could be some CRAZY guys in our

professional / personal lives, who

could give us lot of quick fixes

and brush our wisdom.


The moral of the story is -
Just do not conclude that you know everything and do not judge people by mere looks/attire stature or academic background.


Maksud firman Allah SWT di dalam Surah Luqman: 18,

" Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri . "




Wednesday, April 20, 2011

Ariana's story 1st GA



Assalamualaikum semua...hari ni aku ada masa sikit, jadi aku ingin menghargai rakan blog aku ni, akak Ariana dgn menyertai contest yang dianjurkannya.
Aku nak story sikit pasal dia ni. Pada aku dia ni seorang yang baik, mudah mesra walaupun kami hanya bersua di blog sahaja. Dia suka komen apa2 aje entry yang aku post. Aku cukup menghargai. Walaupun aku ni boleh dikatakan jaranglah juga komen post akak, tapi dia masih sudi mengomen post yang aku buat. Ok la tu, memang akak betul2 ikhlas dgn aku... dan aku rasa bukan dengan aku sahaja tetapi mungkin dengan semua rakan blognya juga. Sebenarnya aku ni bukan taknak komen tapi kerana tak selalu buka blog sekarang, kalau buka pun sempat baca kejap je..khas buat akak, terima kasih kerana sudi jadi rakan blogku dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim serta dapat bertukar2 pandangan di dalam hal2 yang boleh memberi manafaat untuk semua.


Tarikh penyertaan : 9hb April hingga 9hb Mei
(satu bulan)
Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai contest ni..masih banyak masa lagi..jom join ramai2

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah lihat syarat2nya dan hadiah2nya yang cukup menarik, silalah klik di sini Ariana's story.
Selamat menyertai!!! Good Luck!!!
Ok sekarang ni aku nak tag kat dak yg spotting ni, dean

Friday, April 15, 2011

Hebatnya menghormati azan...




Diriwayatkan tentang kisah Siti Zubaidah yang merupakan seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah sebaik sahaja beliau terdengar seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah beliau meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah SWT mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah: " Allah SWT mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur."

Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah SWT berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka....."

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah SWT akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya......"

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK...

Kalimah Lailahaillallah ialah yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah SWT dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...

"Ya Allah, Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami... insyaAllah,, Amin ya rabbal 'alamin...


Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi satu pengajaran dan bermanafaat buat kita semua...

Wallahu'alam...