Friday, April 29, 2011

Benarkah Bahtera Nabi Nuh AS diperbuat daripada Kayu Kokka?

Salam pagi Jumaat...Semoga semua pengunjung2 blog Al-Wardah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

Sebenarnya pagi ni, Al-Wardah begitu teruja apabila membaca satu artikel di dalam sebuah buku berkaitan dengan bahan yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS iaitu Kayu Kokka. Semua orang ingin tahu dan melihat bagaimanakah rupanya pokok Kayu Kokka ini kan? Tapi malangnya semuanya itu dusta belaka.

Di bawah ini adalah propaganda yang dimainkan oleh orang2 tertentu untuk melariskan jualannya dengan menamakan kayu yang dijual itu adalah Kayu Kokka dan mempunyai khasiat2 tertentu.

" Kayu Kokka adalah kayu yang paling tinggi mutunya di antara jenis kayu2 yang terdapat di atas muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman2 nabi yang terdahulu lagi. Ia telah digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS dan juga tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuib AS.

Kayu Kokka mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Kayu kokka yang paling baik mutunya adalah dari Turki. Ia juga boleh didapati di negara2 lain seperti Nigeria dan Mesir.

Di antara rahsia dan kelebihan Kayu Kokka menurut pengalaman orang yang telah memakai dan menggunakannya ialah:

  1. Rumah yang memilikinya aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur, letakkannya di bawah bantal atau rendam di dalam air dan diberi minum.
  3. Sakit gigi, rendamkannya di dalam air suam kemudian berkumur dan minum ia.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot, gosok2kannya ke bahagian sakit.
  5. Demam, sakit kuning, kerongkong, tonsil dan ruam, rendamkannya kemudian minum atau titiskan ke dalam mulut.
  6. Ibu dalam pantang, bawa bersama semasa tidur, untuk cepat sembuh rendam di dalam air suam dan minum.
  7. Termakan santau, terkena racun atau sakit batu karang, rendamkan ia di dalam air dan minum.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Sekiranya terkena gigitan binatang berbisa, letakkan ia di tempat yang terkena gigitan itu, Insyaallah akan hilang bisanya.
  10. Jika di bawa bersama ketika berjumpa dengan orang yang zalim, Insyaallah akan menjadi tenang dan aman
.......................di hujung ayat2 di atas semua ada perkataan Insyaallah yang menunjukkan kemujaraban penggunaannya "



Inilah pokok yang didakwa sebagai pokok Kayu Kokka
sebenarnya adalah pokok palma

Hajat di hati ingin menambahkan pengetahuan berkenaan Kayu Kokka ini, mulalah 'searching' tapi tiba2 terbacalah artikel di bawah ini ( tersentak sekejap), agaknya kalau tidak tergerak di hati ini untuk mencari pengetahuan yang lebih berkenaan Kayu Kokka ni, tertipu juga Al-Wardah.

~> Kajian mendapati nama kokka tidak pernah wujud
> Apa yang didakwa kayu kokka sebenarnya spesies pokok Palma
> Tiada bukti mengesahkan pokok yang didakwa kayu kokka ada keistimewaan tertentu
> Mengaitkan kokka sebagai bahan membuat bahtera Nabi Nuh as sangat diragui kerana pokok berkenaan tidak mampu bertahan di atas air
> Pokok sebenar digunakan Nabi Nuh bagi membina bahtera dan tongkat baginda ialah kayu daripada pokok ‘Pine Cypress’

Jadi sesiapa yang pernah percaya akan keajaiban Kayu Kokka ni, bolehlah terjah ke alamat2 ini :

Sebenarnya pada pandangan Al-Wardah, tak juga menjadi satu kesalahan untuk seseorang itu berikhtiar dengan sesuatu seperti makan ubat apabila sakit. Kalau kita percaya ubat itu boleh menyembuhkan sakit, ia juga boleh menjadi syirik. Tetapi ubat itu dibuat setelah kajian2 dan penyelidikan dibuat dan hasilnya ubat itu boleh membantu menyembuhkan sakit dengan izin Allah SWT. Begitu juga kalau hasil kajian dan penyelidikan berkenaan pokok Kayu Kokka tersebut benar, tetapi yang menjadi isu di sini, pokok itu tidak pernah wujud hasil kajian penyelidik2 tertentu. Dan kita tidak boleh mempercayai ia berkhasiat secara membuta tuli shaja. Inilah yang menjadi silapnya dan pokok yang didakwa banyak khasiat itu sebenarnya adalah pokok yang tidak berguna menurut pengkajinya.... Wallahu'alam




3 comments:

ariana's said...

So..tak benarlah ye..? thanx for sharing..

Al-Wardah said...

Kalo ikut pengkaji tu, cam tu la..sama2

dean said...

yeke??

ntah la no komen