Hebatnya menghormati azan...




Diriwayatkan tentang kisah Siti Zubaidah yang merupakan seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah sebaik sahaja beliau terdengar seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah beliau meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah SWT mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah: " Allah SWT mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur."

Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah SWT berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka....."

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah SWT akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya......"

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK...

Kalimah Lailahaillallah ialah yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah SWT dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...

"Ya Allah, Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami... insyaAllah,, Amin ya rabbal 'alamin...


Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi satu pengajaran dan bermanafaat buat kita semua...

Wallahu'alam...




3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. yup2..entry yg bermanfaat! weldone

    ReplyDelete
  2. Terimakasih di atas perkongsian ilmu yang baik ini..teruskan..:)

    ReplyDelete
  3. dean, ariana: terima kasih, semoga mendpt manafaat bersama..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post