Koleksi peribadi hasil ciptaan sendiri

AKIDAH KUKUH SYAKHSIAH TERPUJI


Setiap insan pasti berhajat

Mencari sinar kebahagiaan

Mewarnai peribadi

Berasaskan Tauhidullah


Iman itu letaknya di hati

Menjadi benteng nafsu durjana

Mengimarah hidup insani

Demi menuju destinasi ukhrawi

* Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyun ... Ya Qayyum


Hidup di dunia hanya sementara

Menjadi tempat mengumpul bekalan

Menongkah arus yang mendatang

Bagi mencapai keredhaan Ilahi


Chorus:

Jalinan iman dan amal

Mewujudkan akhlak mulia

Memangkin hidup sejahtera

Semoga kita dirahmati

Limpahilah kami Ya Allah

Akidah kukuh syakhsiah terpuji

* Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyun...Ya Qayyum


Indahnya hidup bersyariat

Menjadi contoh yang terbaik

Menyeru ummah di kala kelam

Agar sama beroleh kemenangan


Hidup di dunia hanya sementara

Menjadi tempat mengumpul bekalan

Menongkah arus yang mendatang

Bagi mencapai keredhaan Ilahi


Ulang Chorus:


Jalinan iman dan amal

Mewujudkan akhlak mulia

Memangkin hidup sejahtera

Semoga kita dirahmati

Limpahilah kami Ya Allah

Akidah kukuh syakhsiah terpuji

* Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyun...Ya Qayyum


Created by mieza; 18032011


JASA IBUBAPA


Haaa...aaa....haa...aaaa 2x

Mari marilah wahai teman

Sejenak kita ingat mengingat

Jasa ibubapa tiada tandingan

Mengasuh mendidik hingga dewasa

Mengasuh mendidik hingga dewasa


Haaa...aaa....haa...aaaa

Taatilah mereka sebaiknya

Tanpa mereka siapalah kita

Pasti tak melihat atau merasa

Nikmat dariMu Ya Ilahi.

Nikmat dariMu Ya Ilahi


Haaa...aaa....haa...aaaa

Hargailah mereka sebenarnya

Tanpa mereka hilang pedoman

Pasti tak akan hidup tenteram

Dalam menyusuri rona kehidupan

Dalam menyusuri rona kehidupan


Chorus:

Ku akui ku fahami

Betapa besar pengorbananmu

Sebagai anak ku kan berbangga

Lahir dari keduamu

Ku memohon ku meminta

Engkaulah tempat ku mengadu

Ampunilah mereka kurniakan mereka

Sebaik-baik tempat di sisiMu

Sejahtera mereka...

Itulah harapanku...


Haa...aaa....Haa...aaa

Kudusnya kasih sayang dari mereka

Bagaikan lautan yang tak bertepian

Olehlah itu jangan abaikan

Bila dewasa jagai mereka

Bila dewasa jagai mereka


Ulang Chorus:


Ku memohon ku meminta

Engkaulah tempat ku mengadu

Ampunilah mereka kurniakan mereka

Sebaik-baik tempat di sisiMu

Sejahtera mereka...

Itulah harapanku...


Created by Mieza; 03042011


Hak Cipta Terpelihara


Dicipta dan dipertandingkan sempena Festival Nasyid Peringkat Daerah pada 7 April 2011.

Walaupun kalah dari segi suara, namun aku redha dengan keputusannya. Sebenarnya frust ga, kalau beza markah suara tu sikit je tak kisah sangat, tapi banyak juga. Ku akui, biasanya kemenangan akan lebih memihak kepada kumpulan nasyid lelaki. Tahun lepas aku hantar peserta lelaki, Alhamdulillah dapat juga tempat ke 4. Nampak gayanya tahun depan kena hantar peserta lelakilah balik...


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post