Wednesday, April 27, 2011

Tarian Poco Poco...gawat


Aku sebenarnya jahil sikit bab tarian poco poco ni, sebab aku tak pernah buatpun. Tapi mutakhir ini ada kedengaran tarian ini difatwakan haram oleh mufti-mufti tertentu dan ada yang mengharuskan malahan ada yang menghalalkan. Jadi mana satu fatwa yang nak dipakai. Pada pendapat aku la...keluarkan satu fatwa cukuplah, tak payah banyak2, buat pening sahaja. Tapi apa kuasa yang aku ada, jadi cara yang terbaik adalah jangan lakukan tarian poco poco ini sebab yang utama kita dapati tarian itu ditarikan membentuk salib.

Sepengetahuan aku, tarian ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia sebagaimana yang pernah digembar gemburkan sebelum ini, mungkin untuk mengaburi pandangan umat Islam khususnya. Keghairahan masyarakat Islam untuk menarikan tarian ini bermula pada tahun 2009 (agaknya)..kononnya ia adalah senaman baik untuk tubuh badan. Sebenarnya dengan melakukan ibadah solat sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik kepada kesihatan sebagaimana yang dikaji oleh para saintis bahawa solat adalah satu terapi yang berkesan untuk pelbagai penyakit khususnya darah tinggi, jantung dan seumpamanya.

Baiklah kita sambung info tadi, tarian poco poco ini ditarikan oleh orang2 Kristian ketika menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Dan pergerakan yang mereka lakukan adalah berbentuk salib. Mungkin kita tidak perasan, masyarakat kita hari ini suka mengikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa terlebih dahulu. Inilah cara musuh2 Islam menyucuk jarum halus mereka supaya kita leka dan lalai terhadap perintah Allah SWT tanpa kita sedari sedikitpun. Kita akan hanya tersedar apabila disedarkan oleh seseorang yang bertanggungjawab untuk tidak melihat diri kita semua hanyut dengan permainan dan gurauan jahat musuh2 Islam. Kita sepatutnya sedar jika kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama yang lain maka kita merestui agama itu. Amalan yoga suatu ketika dahulu juga pernah menjadi kegilaan masyarakat kita dalam melakukan senaman untuk menjaga kesihatan tetapi akhirnya difatwakan haram kerana menyerupai amalan agama Hindu.

Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”

Ertinya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam perlu mengekalkan ketrampilan sebagai seorang muslim yang sejati. Mereka dilarang menyerupai golongan musyrikin.

Justeru itu buatlah pilihan yang terbaik dengan tidak menarikan lagi tarian poco poco ini, andaikata rakan2 semua pernah menarikannya. Dan ingatlah sesungguhnya orang2 Yahudi mahupun Nasrani tidak akan berhenti untuk menghancurkan umat Islam di atas muka bumi ini dengan cara apa sekalipun kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah kaum yang terbaik dan menjadi pilihan Allah SWT.

Fatwa Mufti Negeri Perak itu adalah pilihan aku. Haramkan poco poco kerana sebab2 yang aku nyatakan tadi. Contohilah Imam Shafie dari segi kehalusan mengeluarkan hukum. Wallahu'alam...

3 comments:

dean said...

nk mnari pon xgeti

Al-Wardah said...

kaki bangku memg camtu hehe

ariana's said...

banyak lagi cara lain nak exercise kan..:)