Thursday, April 28, 2011

Tempat turunnya Nabi Isa AS

Mungkin ada di antara kita tertanya2 di manakah tempat Nabi Isa akan turun dari langit apabila tiba saatnya nantikan? Baiklah kerana kurang peka kadangkala kita lupa untuk mencari tahu di mana tempatnya. Supaya input yang akan aku berikan ini berkembang, jadi entry aku pada petang ini adalah berkenaan tempat Nabi Isa akan turun nanti dan juga bagaimana baginda menentang Dajjal Laknatullah itu. Semoga sama2 kita mendapat manafaat....




Sebagaimana yang kita semua sedia maklum apabila Hari Qiamat hampir berlaku maka akan muncul Dajjal untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini. Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahadi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahadi , setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal,


Beliau akan turun di kalangan kelompok yang diberi pertolongan oleh Allah SWT yang berperang untuk menegakkan kebenaran dan bersatu padu untuk menghadapi Dajjal. Nabi Isa AS akan turun pada waktu sedang diiqamat solat, lantas baginda solat di belakang pemimpin kelompok itu. Pemimpin kelompok yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahadi. Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahadi.


Dikisahkan setelah Nabi Isa AS selesaikan menunaikan solat, baginda berkata : “Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah SWT, iaitu Dajjal.” Lalu mereka pun keluar, kemudian baginda dilihat oleh Dajjal yang laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu Nabi Isa dilihat oleh Dajjal, Dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di air. Kemudian Dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Nabi Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Nabi Isa membiarkan saja hal ini maka Dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Nabi Isa berkata kepadanya :”Sesungguhnya aku berhak untuk mengajar kamu dengan satu pukulan.” Lalu Nabi Isa AS menombak dan membunuhnya, maka Nabi Isa AS memperlihatkan kepada semua orang darah Dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sedarlah para pengikut Dajjal dari kalangan Yahudi , bahawa Dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan Dajjal (Dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah Dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi Isa.

Masa tinggal Nabi Isa di bumi ini setelah turun dari langit menurut riwayat adalah selama 7 tahun dan menurut sebahagian riwayat yang lain lagi selama 40 tahun. Setelah itu wafat pula Imam Mahadi dan Al-Qathani yang melanjutkan kepimpinannya. Tidak lama setelah itu, terbitlah matahari dari barat dan binatang yang melata yang keluar dari perut bumi yang memberikan tanda kufur dan iman ke atas setiap manusia. Ketika itu setiap mukmin segera mengetahui bahawa itulah detiknya kemunculan angina lembut dari Yaman yang akan mencabut nyawa setiap mukmin. Setelah itu, tidak ada seorangpun manusia yang masih memiliki keimanan kecuali akan menemui ajalnya. Ketika seluruh penduduk manusia tidak lagi menyebut nama Allah, itulah kondisi seburuk-buruk manusia dan kepada merekalah Qiamat akan terjadi.... Wallahu'alam


Bendera Negara Syria

2 comments:

dean said...

lepas dajal mati...

turn..yakjud makjud dari sebuah gunung..

dan meminum sebuah telaga kew laut.
smpi kering..

berlaku huru hara di bumi..
dan Baginda berdoa kepada Allah s.w.t
agar menghantar bala kepada mereka..

Allah s.w.t telah mnghantar serangga n gigit pada tengkuk yakjud makjud,,

yakjud makjud mati..dunia penuh dengan bau2 yang kurang menyenangkan..

n baginda berdoa agar menurunkn ujan..selama 40 hari rasanya

tuk mghilangkn bau-bau tuh,..

selepas baginda wafat..
wujud satu kaum yang mnymbah baginda.sebagai tuhan,,

baginda memerintah didunia 40 hari.
shaja..

pastuh kuar lah haiwan melata..
mencari orang yang melakukan maksiat..

haiwan ni blh berckp...
n matahri akan terbit pada tmpt terbenam..pada masa tuh,,

pintu taubat sudah ditutup...
n betol dgn ntry diatas..

orang islam akan dicabut nyawa dengan angin lembut..walaupon ada sebesar zarah ingt Allah..nyawanya nya akn dicabut,,

sehinggalah tinggal orang yang jahat sahaja berada didunia,,

kiamat tak akn berlaku selagi ada orang menyebut nama Allah..

hanya orang yang benar2 jahat akan merasakan kiamat beso iaitu..
bintang berjatuhan..gunung berterbangan seperti debu..langit pecah,

n orang didunia akn terpegun melihat ke arah langit ternmpak seperti bunga mawar..

matahari digulung2..
matahri tidak akan lenyap..
krana matahari akan berada di alam akhirat..yakini di padang masyar,,
n didalam neraka..

kaum yang mnyembah selain Allah seperti patung n matahari akn dibawa sekali oleh mereka di neraka kelak..

wallah ualam!
drpd pengetahuan sy yang bnyk mmbca
tntang tanda-tanda kiamat beso..

peace yaw~

P/s : jika ada kesilapan harap ditego..huhu


n

Al-Wardah said...

perkongsian ilmu yg baik...tq