Yang Arif!






“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi).

Jadi sesiapa yang berminat untuk menjadi hakim tu, fikirlah berkali2 kerana bukan senang nak menjadi hakim yang betul2 adil. Jangan kerana mengejar harta dan pangkat serta kemewahan kita membelakangi kebenaran. Memang selalunya, orang yang mencari rezeki Allah SWT dengan cara yang betul susah untuk menjadi kaya dengan cepat. Harta dan pangkat itu adalah fitnah duniawi yang boleh mejurus hidup kita sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan. Cukuplah sekadar harta yang kita ada untuk membolehkan diri kita melakukan amal ibadah kepada Allah SWT dengan lebih baik lagi......Semoga peringatan ringkas ini dapat memberi manafaat untuk semua..Wallahu'alam

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post