Tuesday, May 31, 2011

Doa untuk menyembuhkan penyakit

Assalamualaikum semua...

Setiap yang sihat pasti akan sakit...
cuma cepat atau lambat saja kan?
Dan tepat sekali kesakitan yang Allah SWT kurniakan adalah sebagai ujian dariNya untuk kita.
Sama ada kita mengeluh atau kita terima dengan ikhlas...
Manusia ni ibarat jentera juga, makin kerap digunakan, adalah masanya nanti akan 'shock' kat mana2. Kita kena akui organ yang ada di dalam badan kita pun ada tempoh penggunaannya juga, jadi ada kala ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Sebab itulah di dalam satu tahun ada satu bulan perut diperintahkan rehat oleh Allah SWT, iaitu pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa. Antara hikmahnya ialah untuk memberi kerehatan kepada perut kita dari berkerja tanpa henti sepanjang masa.
Oleh itu, pada hari ini aku nak kongsi bersama rakan2 semua doa2 yang boleh kita minta dari Allah SWT untuk kesembuhan penyakit yang dialami sendiri oleh kita atau orang lain. Bacalah doa2 ini semasa fizikal kita atau orang lain sakit, semoga ia memberi kesan yang baik juga untuk ketenangan mental dan memantapkan lagi keimanan kita ke Hadrat Allah Azza Wajalla.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna hijau :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari “. ( Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

~sumber u.z
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua....Aminn..

Friday, May 27, 2011

Cuti sekolah datang lagi!!!!


Rupanya, lama gak aku tak corat coret kat blog aku ni...masuk seminggu ya...bz sgt la..Takpa hari ni, aku luangkan masa sikit. Rindu juga kat semua orang ni..hehe


Esok dahpun bermula cuti persekolahan pertengahan penggal pertama. Tapi esok aku ada buat kelas tambahan dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 12.30 tgh. Nak 'cover' utk balik kampung nanti. Kalau tak macam ada rasa bersalah je...bkn apa sebab 'alah bisa tegal biasa'




Seronoknya bila tiba musim cuti sekolah ni kan.....Ada orang cakap kerjaya sebagai guru ni best sebab bila cuti sekolah, gurupun leh cuti...Tol ke? Hanya yg berkerja sebagai guru sahaja yg blh memberi jwpnnya.

Bagi aku lebih kurang je...sebab masa cuti ni aku kena habiskan waktu menanda krts exam yg melambak ni..Kalau tak, cuti memang tak tenang hehe...



So walaupun cuti...kerja tetap berjln selagi tidak selesai. Aku ni bukan jenis yg boleh mengadap krts jwpn ni sehari suntuk..Boleh 'mun' dibuatnya..hihi.. Gambar kat atas tu baru sebhgian..ada sebhgian lagi lbh kurg mcm tu..Tapi separuh dah siap la. Tinggal ni saja lagi..tp msih byk juga.
Jwpn pelajar bknnya ikut skema, mcm2 jwpn diberinya. Ada satu soalan tu aku nak tergelak besar bila ada sebahagian yg jwb 'Ah Long'. Nak tahu, soalannya berkait rapat dgn bunga atau pinjaman yg meminta bayaran lbh jika lewat membyr. Aku terfikir gak apa Ah Long ni...hehe rupa2nya pemberi pnjaman lintah darat. Boleh pula pelajar2 aku ni terfikir nak beri jwpn mcm tu. Tu lah bahananya bila guru ajar otak ke lain...
Entahlah ya, kadang2 bila mengenangkan jwpn pelajar. Aku terfikir gak, aku ni tak pandai ajar ke atau pelajar yg tak belajar?...hmmm tak apalah tak payah fikir..biar aku je yg fikir dan cari kelemahan serta cara nak mengatasinya.

Ha'ah...pagi tadi sekumpulan pelajar perempuan dari tingkatan ehem2..(tak perlulah aku catatkan di sini) ada jumpa aku. Aku ni guru tingkatan merekapun bukan, tapi dia org ni mengadu pasal ada seorang rakan dia orang meniru sewaktu peperiksaan. Mungkin aku ni sesuai utk dijadikan tempat mengadu mereka kot, al-maklumlah guru yg 'caring' hehe..(perasan lak di sini hikhik) Ada la, teknik dia meniru tu, kononnya nak mendahului rakan2 di dalam kelas. Bahan bukti yg pelajar tu meniru ada pada aku dan siap ada beberapa org lg yg boleh jd saksi. Dia org mengadu sebab tak puas hati dgn perbuatan kawan dia tu. Memanglah...org sakit kepala menjawab dia setengah jam dah siap. Pastu boleh tidur lagi. Memang dia orang sakit hati lah! So aku cakap kat dia orang, 'think posotive', jika kawan awk yg meniru tu mendapat markah yang paling tinggi sekalipun dia bukanlah pelajar yg pandai tetapi itu adalah hasil penipuan terhadap diri sendiri. Peduli apa dia dapat nombor satupun kalau bukan hasil usaha diri dia sendiri kan? kan?...Insyaallah, aku janji dgn dia orang aku akan cuba bincang dgn guru tingkatan mereka dan juga guru kaunseling untuk membantu kawan mereka tu supaya ia tidak menjadi satu kebiasaan dan boleh merosakkan diri pelajar itu sendiri.

Sebenarnya menipu ni termasuk di dalam dosa besar tau...tapi sebab dia bkn semcm zina, minum arak atau mencuri, jadi para pelajar ni tak fikir dosa atau tidak. Janji dia boleh jawab periksa sudah. Bagi yang membaca entry ini, aku cuma nak mengingatkan jika ada di antara rakan2 anda berbuat sedemikian nasihatilah dia dengan sebaik2nya. Janganlah menggunakan cara yang tidak sihat ini demi untuk mencapai cita2 kerana ia pasti tak akan bertahan lama bahkan boleh merosak dan menghancurkan masa depan diri sendiri.

Sorry3... :)..coretan aku ni ada tergelincir sikit dari landasan...aku cuma sekadar nak berkongsi sahaja,k. Jangan marah nanti cepat tua! hehe....

Kembali kepada entry aku pada ptg ni...Insyaallah, aku ada juga plan nak balik kampung. Ingat nak balik minggu pertama cuti tetapi terpaksa ditunda sebab ada hal yg tidak dapat dielakkan..Jawabnya minggu ke dua lah aku balik. Aku ni rindu sangat dgn makanan tempatan negeri aku. Tahun lepas aku kempunan nak makan pulut panggang. Pada hal masih byk lagi yg belum dipanggang tapi semua dah kena tempah, sedihnya hukhuk.. Insyaallah, aku balik kali ni, akan kupastikan aku dapat makan juga huhu...Pulut panggang kat kampung aku dipanggil 'pulut lepa'....yummy3!!!



Ni semasa dipanggang, blh lihat rupa alat pemanggangnya....


Rupa pulut panggang yg telah siap dipanggang


panas2 sedap makan tau...nilah rupa kat dalamnya....
Jom3....silakan!


Ini kuihpun 'my favourite'...namanya Penganan
Tapi tak blh makan byk2, manis...aku memang tak kisah makan aje..hehe

Oklah tu cerita pasal kuih...sikit2 sudah, nanti kecur liur lak hehe..

Buat rakan2 yang bercuti, cuti sekolah ke, cuti semester ke....aku nak ucapkan "Selamat Bercuti !!!". Jagalah diri anda semua....kerana ' malang tidak berbau '..

Apapun terima kasih kerana sudi membaca entry aku yang bercampur aduk macam rojak ni..

SELAMAT BERCUTI…!!!










Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini. Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.


24 buried alive in landslide at orphanage


24 buried alive in landslide at orphanage

Berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, di atas insiden yang berlaku ini. Semoga mangsa2 yang meninggal dunia dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT dan di tempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman. Semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi segala ujian dari Allah SWT ini. Marilah kita berdoa semoga mangsa yang masih tertimbus ditemui dengan selamat. Sehingga kini, 6 orang mangsa lagi belum ditemui. Dan semoga apa yang berlaku ini menjadi satu iktibar dan peringatan buat kita semua....Mudah2an dengan apa yang berlaku dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Wednesday, May 18, 2011

Corat Coret Sambutan Hari Guru 2011





Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU,
Hilangnya di RINDU,
Ilmunya di BURU,
Nasihatnya di SERU,
Tingkahlakunya di TIRU
Dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu…


************************************
********************************
******************************
***************************
************************
**********************
********************
******************
***************
*************
***********
********
*****
***
*

“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU! “
~ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ~
........khusus buat semua rakan2 guru dan rakan2 blog yang bertitle guru. Tidak lupa juga buat guru2 yang mengajar aku sehingga aku berjaya. Maaflah kerana baru hari ini aku berkesempatan melafazkannya di blog aku ni. Terlalu sibuk? Mungkin...Sebenarnya semenjak dua menjak ni aku sedang menghadapi krisis hidup sikit tapi Alhamdulillah segalanya telah pulih dan bertambah baik dgn izin Allah SWT.



Gambar di atas ni (maaf gambar 'blur' je..hehe tapi yg pasti aku memang ada dlm gambar tu), kami (wargapendidik) sedang menunggu untuk sesi perarakan masuk ke Dewan Jubli Perak sekolah kami. Biasalah dah jadi tradisi acara ' perarakan masuk ' ni, setiap kali merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Terasa gak nak jadi macam orang2 besar jalan atas 'red carpet' hehe...tapi aku nak beritahu sambutan untuk acara ni kurang memuaskan...( siap komen lagi ni ) atau mungkin aku sedang 'moody' kot. Tapi memang betol, biasa ada gak para pengawas sibuk letak bunga rossete kat tudung kami...Ni tahun kosong jek huhu...takpa no halnya..

Macam2 acara yang dirancang untuk guru2...antaranya pertandingan badminton mengikut rumah2 sukan sekolah kami, bemain bola jaring dgn memakai kain pelekat utk guru2 lelaki, bermain futsal utk guru2 perempuan dgn memakai kain batik, sukaneka dan ada jamuan yg disediakan oleh pelajar2 mengikut tingkatan.

Nak tahu aku main apa? Aku main futsal hehe...tak pernah seumur hidupku main permainan ni. Inilah pertama kali main. Nasib pandai gak tendang bola hehe



Nengok gambar kat atas ni, bersemangat tol kwn2 aku ni nak main futsal, nak2 yg sebelah Ah Moi hehe...aku biasa je saja 'spotting'. Segan pun ada sebenarnya nak main ni, tp selamba je le..'apy2'. Dgn tak ada 'warm up', pakai terjah je main ni huhu...mula la termengah2 di prtghn masa, pastu beberapa kali gak aku terjatuh sebab tergelincir atas rumput yg basah. Aku elak tak nak main badminton, rupanya main ni lagi teruk huhu...habis sakit dan bisa2 badan aku sampai hari ni. Nilah penangan main futsal! Walaupun kalah, ok apa? Kalah dengan cara yang terhormat, dapat juga aku jaringkan satu gol, kalah lak dgn kbykn pasukan lawan tu dah biasa main. Apapun tahniah buat diri sendiri dan pasukan aku krn dpt main dgn penuh semangat kesukanan hehe... walaupun 2-1.

Selepas tu main sukaneka pula. Tak yah cerita la...biasa2 je. Tamat sudah permainan, ke jamuan kelas la pula. Aku hanya pergi ke kelas2 yg aku mengajar je la..Minta maaf sebab ada kelas yg aku tak hadir, bukan sebab tak nak tapi tiada undangan dan aku segan la nak pergi...kot2 tak cukup nanti hehe..tapi Alhamdulillah, mereka ingat gak kat aku siap tapau dan bagi hadiah lagi. Sebenarnya tak terlaratpun nak makan. Pergi byk2 kelas, kelas pertama je aku makan...kelas2 lain semua bertapau. Apapun terima kasih buat para pelajarku yg dikasihi kerana bersusah payah menyediakan jamuan untuk guru2. Semuanya best! Tinggal lagi tak cukup ruang hendak diisi hehe...

Selepas tu, persembahan para pelajar dan guru pula di dewan..Aku tak buat persembahanpun...malas. Tapi aku minta kumpulan nasyid yg aku latih buat persembahan. Sebenarnya aku tak berapa confident mrk buat persembahan hari tu, sebab banyak masalah. Antaranya vokalis ke 2 menarik diri dan tamborin hilang. Persis seperti apa yg berlaku semasa mereka hendak mewakili sekolah ke pertandingan festival nasyid daerah baru2 ni. Pasal vokalis tu pula....memang dia beritahu aku mak ayah dia dah tak kasi bernasyid lagi. Akupun tak tahu di mana silapnya. Agaknya kalau masuk AF, Mentor ke boleh kot? Gerampun ada gak rasanya.. Kemudian dia cakap nak pujuk mak ayah dia balik. Tapi jwpnnya hampa, sebab untuk nada yg tinggi aku hanya harapkan dia. Yang paling sedihnya mlm Isnin tu, mak dia siap bagi msj kat aku lagi: " Salam sy mak kpd (si fulanah), ckgu yg nsyd kan...urm sy nk ckp yg sy x bley bg (fulanah) nsyid..sbb yg mse nsyid kat (nama sekolah) da b'jnji x nk nyanyi lg...sy mnta maaf ssangat.. " Dah la masa tu aku ada masalah, tambah lg dgn msj ni. Nak je aku jwb, bknnya dgn nsyd tak sampai 10 minit membuatkan anak awk dpt straight A PMR. Tapi sabar je la...takkan aku nak mendoakan yg tak baik lak buat pelajar aku..Tak kisahlah pelajar sakitkan hatipun. Akupun jawab mcm ni: " Wslm..x apalah kalo dah macm tu, sebenarnya persembhn nsyd tu utk sambutan hari guru esk..". Pastu mak dia bls blk: " Owh..minta maaflah..Selamat Hari Guru ya cg.." Hmm...nmpk sgt mak diapun rasa brsalah. Salah ke nak buat persembahan utk menggembirakan guru2 yg mengajar? Jadi kpd ibu2 ingatlah, tanpa guru siapalah anak2 anda! Kalau guru menyuruh atau mengajar perkara yg tak betul, tak apalah tak nak bagipun, ni bernasyidpun salah...apa la. Jadi byklah yg cacatnya persembahan nasyid mereka dgn mood yg bercelaru tu. Adalah salah seorang pelajarku yg juga kumpulan nasyid ni, mesej kat wall fb aku... " mtk mf yek ckg c0z xdpt wt yg trbaek~ ". Walaupun hati ni ada juga kecewa kerana aku mengharapkan yg terbaik meskipun kurang seorang ahli, aku cakaplah kat dia, tak ingin sekali aku mengecewakan dia dgn perasaan aku ni, krn mereka telah sudi membuat persembahan tu; " xpa...awk seme dah cbe..apapun cg bangga dgn awk semua walau byk hlgn dan dugaan tuk kita semua, kamu semua masih tabah... " dia balas begini lak, bangga kejap hehe " cyg ckg! ckg mmhmi~ slmt ayi guru, smge bhgie slalu~ "

Ok, dah habis persembahan2....terima kasih semua di atas persembahan yg cukup menarik. Nak2 sketsa keletah guru BM dan pelajar2nya (lakonan para pelajar tingkatan 2 kot) yg mengajar tajuk "perkataan berlawanan". Cukup mencuit hati mereka yg menonton. Memang bakat terpendam...hehe

Akhirnya, jamuan dari Kelab Guru..makan lagi hihi...
Memang kekenyangan tollah hari tu...



Sabda Rasulullah SAW:" Sesungguhnya Allah, malaikat, penduduk langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia. " (Riwayat At-Tarmizi)
Berbahagialah menjadi pendidik, menyampaikan ilmu yang baik kepada insan sejagat. May Allah, Ya 'Alim bless us His Khalifah in delivery His Ilmu.
Terima kasih kerana meluangkan waktu membaca entry aku pada pagi ini...Semoga kalian semua ceria di hari ini.

Saturday, May 14, 2011

Menghina Ulama Bak Bertih Jagung

Assalamualaikum semua...Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan semoga sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT.

Mungkin rakan2 dapat menangkap maksud yang tersirat di sebalik tajuk entry aku ni. Sebenarnya, sudah lama aku terpanggil untuk mencoretkan keluhan dan kekesalan hati perihal mereka yang suka menghina ulama' ni. Cukup seronok mereka yang jahil ini menghina ulama' tanpa rasa segan2. Cubalah nilai diri sendiri dahulu sebelum nak menghukum ulama' tersebut sesat atau apa2 ke. Iyup! Lidah memang tak bertulang, nak bercakap sewenang2nya saja bak bertih jagung....(bayangkan je la mcm mana bunyi bertih jagung ketika dimasak)




Kita fahamkan dahulu apa maksud ulama'. Ulama' adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab. Mufradnya 'alim maksudnya seorang yang berpengetahuan dan ulama' adalah perkataan jamak yang menunjukkan maksudnya ramai orang yang berpengetahuan. Tetapi kebiasaan kita menggunakannya untuk merujuk kepada seorang ulama' yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan agamanya di dlm pelbagai bidang, yang kuat beribadah dan ketaqwaannya kepada Allah SWT serta keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara terjebak di dalam perkara2 yang syubhah. Ulama' juga dikenali dengan jihad, dakwah dan pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah SWT.

Aku tak nak bercerita panjang tentang ni, kalau ada sesiapa yang belum jelas lagi dgn penerangan aku ni boleh rujuk sendiri...k. Ada banyak perbincangan yang dibuat berkenaan pengertian ulama' ni.

Mutakhir ni, kedapatan mereka yang menjadikan penghinaan dan kata2 nista terhadap ulama' sebagai hobi. Walaupun latar belakang keagamaannya tipis atau boleh dikatakan 'zero' mereka sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Di sini aku cuma nak mengingatkankan mereka, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu elok atau tidak sebelum menuduh orang lain tu jelek. Sesungguhnya mereka yang menghina ulama', hukumnya adalah murtad dan orang murtad jika dinasihat sehingga 3 kali, masih tidak mahu bertaubat dengan taubat nasuha perlu dijatuhkan hukuman bunuh. Murtad adalah ibarat penyakit barah yang apabila tidak dibuang ia akan menjalar ke seluruh badan. Akhirnya ia akan membunuh...!! Dinisbahkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam, maka ia boleh memecahbelah dan menghancurkan masyarakat Islam seluruhnya dan kita bakal melihat siapa yang untung di sini? Sudah semestinya musuh Islam yang ingin melihat kehancuran Islam. Janganlah kerana pangkat, harta dan kemewahan kita sanggup menyatakan yang batil dari yang hak. Memang berkata yang benar itu adalah pahit tetapi tetapi dgn hanya kelancangan lidah disebabkan satu perkataan yang tidak benar boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan serta berlakunya fitnah. Hebat atau tak lidah ni, dgn hanya satu perkataan ia boleh membawa kpd kehancuran.

Ingatlah maksud sabda Rasulullah SAW: " Ulama' itu adalah pewaris nabi ". Jika kita tidak menghormati atau mendengar dari mereka kepada siapa lagi kita harus mendapat bimbingan? Sedangkan kenyataan ini sudah dijelaskan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Sesudah baginda, ulama'lah yang menuntun kita semua ke jalan yang benar. Tanpa mereka masih kekalkah sinar Islam sehingga sekarang? Bersyukurlah dengan adanya para ulama', Islam dapat berkembang dan bersinar hingga ke hari ini.

Justeru janganlah kita mengetepikan ulama' dan menolak ajaran Islam sebagaimana pemerintahan Kerajaan Turki pada tahu 1924, iaitu di bawah pemerintahan Mustapha Kamal Artartuk, Bapa Sekular Turki. Akhirnya apa yang terjadi terhadap dirinya?

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama'2 Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama'2 sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!


Anda semua boleh baca sejarah kerajaan Turki di bawah pemerintahan beliau dengan lebih ditir.

Nauzubillahimin zalik.....
Semua ini adalah satu peringatan dan pengajaran kepada kita semua supaya menghormati dan mencintai mereka yang membawa kebenaran ajaran Islam dan jangan sewenang2nya kita hendak menghina mereka.Sebelum ia menjadi seumpama pemimpin Turki ini, kembalilah ke jalan Allah SWT, sebelum Malaikat Maut datang menjemput dan sebelum pintu taubat tertutup rapat. Dan sesungguhnya sesiapa yang melihat wajah ulama', Allah SWT menjanjikan pahala buat mereka.

Akhirnya, berfikirlah sebelum melemparkan kata2 nista buat orang yang membimbing, memperjuang dan menegakkan ajaran Islam....




Wednesday, May 11, 2011

Kata2 indah


Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya…


********
Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya



Saturday, May 7, 2011

Hebatnya insan bergelar ibu

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak tulis kisah seorang yang bergelar ibu.
Siapa tak da ibu...sila angkat kaki...just kiding, k. Mana boleh tak ada ibukan?

Kita semua lahir dari insan yang bergelar ibu. Bukan senang menjadi seorang ibu ni, banyak keperitan, kesusahan dan segala macam bentuk pengorbanan yang ditanggungnya. Pendek kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya anak perempuan sahaja yang boleh merasainya. Anak lelaki? sampai kiamatpun tak leh merasai apa yang dialami oleh ibunya. Baik ayah mahupun suami....jadi empati je la.

Justeru itu dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari; Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya kepada baginda:" Siapakah yang paling berhak untuk aku melayan dengan sebaik-baiknya? " Jawab banginda: " Ibumu." Dia bertanya lagi: " Kemudian siapa? " Jawab baginda: " Ibumu. " Dia bertanya lagi:" Kemudian siapa? " Baginda menjawab: " Ibumu. " Dia bertanya lagi: " Kemudian siapa? " Jawab baginda: " Ayahmu. "

Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan ketinggian martabat seorang ibu melalui hadis di atas. Oleh itu sebagai anak kita seharusnya mentaati dan melakukan segala apa yang dipinta oleh ibu kita, jangan sesekali kita mengingkarinya selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perkara ya g bertentangan dengan syariat. Walau setebal mana keimanan dan ketaqwaan seseorang terhadap Allah SWT, dia akan tetap menerima pembalasan sekiranya mengecilkan hati ibunya. Ini dapat kita mengambil iktibar melaui kisah yang berlaku kepada Juraij, seorang hamba Allah yang cukup kuat ketaqwaannya terhadap Allah SWT.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.
Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya.Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki,aku akan menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij,tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya.

Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa: “Ini adalah anak Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?” Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayui itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing”.

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij,menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”


Hadith di atas menunjukkan betapa besar kedudukan ibu bapa ke atas seorang anak dan betapa pentingnya bagi seorang anak untuk berbuat baik kepada ibu bapanya. Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat ibunya, bagaimana pula dengan kita yang sering leka mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat ibu bapa kita? Tetapi solat yang didirikan oleh Juraij dari apa yang aku faham adalah solat sunat dan jika kita dipanggil oleh ibubapa kita ketika kita sedang solat sunat, hendaklah kita dahulukan menyahut panggilan mereka kita. Tetapi kalau solat wajib perlu diteruskan. Wallau'alam.

Dikesempatan ini, aku nak berkongsi serba sedikit tentang kisah ibu aku. Ibu aku seorang yang cukup penyayang, walaupun dia seorang yang suka berleter. Apa yang dia leteri itu, semuanya adalah untuk kebaikan anak2nya. Kalau tak nak dengar ibu aku berleter, buat je apa yang dia suruh dan dengar apa yang dia cakap. Ibu aku dah masuk usia 70 an, Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun ada juga penyakit seperti darah tinggi, tapi ditahap berjaga2lah. Hmm.. jangan tersilap makan sudah, berpusing satu rumah..

Masa aku kecik2 dulu, ibuku selalu masak makanan kesukaan aku. Contohnya 'ikan masak sepuh', memang 'hao liao' punya...hehe ikan tu dipanggang dulu kemudian ditabur cili hidup yang telah ditumbuk, adalah campur bahan2 lain sikit...asal dengar je aku nak balik mesti dah tersedia masakan ni...sayang ma...

Ibu aku juga terer masak nasi dagang...aku punya nasi dagang ada spesel kit ( diasingkan dari yang lain sebab aku tak makan bawang yang tak bland )....apapun nasi dagang ibu aku ni memang terbaik punya dari kg ladang. Kalau tak percaya cuba la hehe

K, aku ada satu cerita betul2 pada aku memang berkat mulut ibuku...
Ceritanya camni, lepas aku abih buat ijazah, ibu aku suruh aku terus sambung diploma pendidikan, almaklumlah orang perempuan lebih baik jadi cikgu katanya...sebenarnya dia tak tahu masa aku dpt temuduga diploma pendidikan kat universiti yang aku belajar, aku buat main2 je..jawabpun tak bersungguh. Sebab aku memang tak nak....aku nak kerja sambilan dulu kononnya. Alasan...huhu penat dah belajar nak rehat dulu. Aku adalah juga cakap camtu kat ibu aku. Tahu apa dia jawab, nanti dah dapat duit tak nak belajar lagi. Betul kot?

Tak lama lepas tu, dapatlah surat yang aku memang 'confirm' aku tak dapat sambung buat diploma tu.. suka bukan main lagi. (hehe ada gak orang camni ek) Akupun ingat nak la masuk kelas jahitan. Sedang aku 'prepare' nak masuk kelas jahitan, ada pulak panggilan dari salah sebuah universiti lain di Malaysia ni, yang tawarkan aku diploma pendidikan. Bayangkanlah aku tak pernah mohon, tiba2 dapat panggilan tu..hairan bin ajaib aku dibuatnya. Bukan apa, biasanya kalau kita belum dapat ijazah dari universiti yang kita belajar, kita tak boleh mohon diploma pendidikan kat universiti lain. Tapi lain pulak dengan kes aku ni, mohon tidak tup2 dapat panggilan temuduga dengan telefon lagi tu, bukan pakai surat, surat ambil kat sana masa temuduga hehe.... Mengenangkan ibu aku berhajat benar nak aku jadi cikgu. Akupun pergilah menghadiri temuduga dan ujian bertulis yang disediakan oleh pihak universiti tu. Bersungguhlah aku masa ditemuduga dan menjawab ujian tu.. Dipendekkan cerita aku akhirnya masuklah ke universiti tersebut untuk menjadi seorang guru. Apa yang aku nak 'highlight' di sini ialah kerana doa ibuku, aku mendapat tawaran dari universiti yang aku tak pernah mohon..begitu mustajabnya doa ibuku... Alhamdulillah, berkat doanya aku menjadi seorang guru sekarang...satu tugas yang cukup mulia dan begitu mencabar di abad ini. Sebenarnya banyak peristiwa yang pelik, lucu, geram semasa aku nak mengambil diploma pendidikan ni. Insyaallah kalau ada kesempatan aku tulis entry sempena hari guru nanti...bagaimana akhirnya aku boleh menjadi guru ni.

Akhir sekali, buat ibuku...ma yang tercinta, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini, memberi aku sebuah penghidupan. Mengasuh, mengajar dan mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna. Tanpamu, siapalah aku...Segala kata2mu adalah azimat buat diriku yang masih jauh lagi perjalanan hidup ini.. Selamat Hari Ibu! buat Maimunah...
Tapi bagiku dan aku percaya rakan2 semuapun setuju, setiap hari adalah hari ibu kan? Tak semestinya hari ni saja nak ucapkan terima kasih pada ibukan? Walaupun berjauhan...aku pasti akan menelefon ibuku untuk bertanya keadaannya. Pagi tadipun aku baru telefon dia...ceria je suaranya sebab dapat mendengar suara anaknya ni hehe...
Okl...cukuplah entry untuk hari ni...see u!






Aishah

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

( 1 )
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )
( ulang 2 )