Friday, May 6, 2011

Accident

Pagi ni, dalam perjalanan ke sekolah. Aku ternampak penunggang motosikal terbaring, mungkin terlanggar treler sebab ada treler yang berhenti kat situ. Ku pandang sepintas lalu, aku dapati macam pelajar sekolahku berdasarkan baju yang dipakainya. So, tanpa berfikir panjang lagi akupun terus memberhentikan kereta di hadapan treler dan terus mendapatkan pelajar berkenaan.

Bila aku lihat wajahnya, rupanya dia adalah pelajar aku sendiri yang berada di Tingkatan 5. Ketika itu dia sedang dipangku oleh seorang lelaki dan di sisinya ada seorang lelaki yang aku kira dia adalah pemandu treler tersebut. Mukanya berdarah akibat luka, darah juga mengalir dari hidungnya, mulutpun cedera. Aku lihat taklah parah sangat tapi takut juga nak kata dia dalam keadaan tak serius sebab ada pendarahan hidung, mana tahu ada gegaran kat otak dia ke. Biasanya macam tulah. Cuma tengok waktu tu, mata dia kejap buka kejap nak tutup. Aku ingatkan dia supaya dia jangan pejamkan matanya bimbang dia tak sedar nanti. Aku cuba tanya dia apa yang sebenarnya terjadi. Tapi bila melihat keadaan dia yang agak payah untuk bercakap terus aku suruh dia jangan bercakap. Dia ada juga cakap tangan kiri dia sakit. Memang ada kesan geseran pada kawasan berhampiran pergelangan tangannya. Aku tak pasti, tapi mungkin patah kot. Menurut pemandunya, pelajar aku tu langgar dia dari belakang. Betullah tu, sebab jalan tu sehala... yang salah mestilah yang belakang.

Kesian pulak, minggu depan dah mula peperiksaan setengah tahun...sebenarnya pelajar tersebut seorang yang berperwatakan paling baik di dalam kelasnya yang terdiri dari kalangan pelajar2 yang agak nakal. Dia seorang yang cukup menghormati guru dan fokus ketika belajar. Dia antara pelajar yang aku boleh harap lulus dengan baik di dalam subjek aku, begitu juga dengan subjek2 yang lain.

Semalam dia tak datang sekolah, rupanya dia pergi ke JPJ nak ambl lesen P dia. Hari ni, hari pertama dia bawa motor menggunakan lesen P dia. Malang memang tidak berbau...

Ouch...sambung balik, lepas tu aku tanyalah mereka yang berada di situ samada dah telefon ambulan atau belum. Mereka jawab dah....tapi belum sampai2 lagi. Bunyinya cam lama bebeno, sebab salah seorang dari mereka suruh tahan je mana2 kereta yang lalu untuk bawa dia ke hospital. Buat apa nak tahan kereta lain, pelajar akukan? aku je lah yang hantar, aku mengomel dalam hati. Jadi aku pun beritahu mereka biar aku sahaja yang menghantar dia. Kemudian aku pusing kereta aku menghala jalan ke hospital. Nak pusing bukan dekat, memakan masa lebih kurang 5 minit juga. Sebaik sahaja aku sampai di jalan sebelah, aku dapati ambulanpun dah sampai. Aku pun tak jadilah hantar dia. Aku pusing balik ke jalan yang menghala ke sekolah aku dan berhenti di tempat kejadian untuk melihat perkembangan pelajar aku tu. Setelah dia dimasukkan ke dalam ambulan dan diberi bantuan yang sepatutnya. Dia minta untuk bercakap dengan aku. Akupun naiklah ke dalam van ambulan untuk mendengar apa yang nak dia cakap kepadaku. " Cikgu, saya takut terjadi apa2 kat saya. Saya minta maaf jika saya ada buat salah dan dosa kat cikgu dan tolong sampaikan juga salam kemaafan saya kepada cikgu2 lain yang mengajar saya...", dia punya suarapun jelas tak jelas saja. Aku pulak naik risau bila dia cakap macam tu. Nasib pagi ni aku cukup kuat untuk menghadapi situasi tersebut. Aku cakap dengan dia, " Awak jangan cakap macam tu. Sekarang cuba awak mengucap". Diapun mengucap...dan aku memintanya supaya berzikir dan sentiasa ingat kepada Allah SWT dan jangan ingat hal lain.

Beg sekolahnya aku bawa dan ingat selepas solat asar aku nak menjenguknya ke hospital sambil hantar beg dia sekali.

Aku berdoa semoga tiada apa2 yang tidak diingini berlaku ke atas dia. Sampai di sekolah, 'punch card' memang merah la dah 7.33 am huhu...tak kisahlah yang penting Puan Pengetua tahu kenapa aku lewat. Pagi ni ada budaya Al-Quran...rakan aku yang terpaksa menjadi bidan terjun menyampaikan tazkirah menggantikan ustaz yang tidak dapat datang. Apa lagi terus dia sampaikan tazkirah dengan tajuk " musibah". Jadi apabila kita mendengar sesuatu musibah hendaklah kita ucap ' Inna lillahi wainna ilaihi raji'un ". Dia buat tajuk tu bersesuaian dengan insiden yang baru berlaku pada pagi ini, kerana dia yang mula2 tahu tentang kemalangan pelajar aku ni setelah aku telefon dia suruh beritahu pihak pentadbir yang aku lewat ke sekolah sebab nak hantar pelajar yang kemalangan tu.

Tengahari tadi, aku mendapat khabar dari kakaknya mengatakan dia patah tangan dan retak tulang belakang, yang lain tak serius sangat. Alhamdulillah....Allah SWT masih panjangkan umurnya, mungkin ada hikmah buat dirinya Insyaallah.

Doakan semoga pelajarku itu cepat sembuh, k.





3 comments:

Obat Sakit 2011 said...

kasian pelajar itu
tak apa terlambat asal selamat saja

Al-Wardah said...

memg kesian...x dpt nak ambl peperiksaan isnin ni..

dean said...

da selamat lom pljr tuh