Tuesday, May 31, 2011

Doa untuk menyembuhkan penyakit

Assalamualaikum semua...

Setiap yang sihat pasti akan sakit...
cuma cepat atau lambat saja kan?
Dan tepat sekali kesakitan yang Allah SWT kurniakan adalah sebagai ujian dariNya untuk kita.
Sama ada kita mengeluh atau kita terima dengan ikhlas...
Manusia ni ibarat jentera juga, makin kerap digunakan, adalah masanya nanti akan 'shock' kat mana2. Kita kena akui organ yang ada di dalam badan kita pun ada tempoh penggunaannya juga, jadi ada kala ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Sebab itulah di dalam satu tahun ada satu bulan perut diperintahkan rehat oleh Allah SWT, iaitu pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa. Antara hikmahnya ialah untuk memberi kerehatan kepada perut kita dari berkerja tanpa henti sepanjang masa.
Oleh itu, pada hari ini aku nak kongsi bersama rakan2 semua doa2 yang boleh kita minta dari Allah SWT untuk kesembuhan penyakit yang dialami sendiri oleh kita atau orang lain. Bacalah doa2 ini semasa fizikal kita atau orang lain sakit, semoga ia memberi kesan yang baik juga untuk ketenangan mental dan memantapkan lagi keimanan kita ke Hadrat Allah Azza Wajalla.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna hijau :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari “. ( Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

~sumber u.z
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua....Aminn..

2 comments:

Jangan Kalot said...

Assalamualaikum,
Anda dijemput untuk mengunjungi blog santai kami.
Sudilah untuk kita saling ‘follow-memollow’
Ini adalah satu entry kami yang terhangat.
cara cara menghilangkan pipi tembam
Diharap pengenalan blog yang baru sebulan jagung ini akan merapatkan silaturrahim antara kita. 

Dari,
Admin JanganKalot. 
Terima Kasih.

SuzlenaZulaihaJusoh said...

As Salam, terima kasih byk2 atas pgkongsian ini... mohon share yer.