Cuti sekolah datang lagi!!!!


Rupanya, lama gak aku tak corat coret kat blog aku ni...masuk seminggu ya...bz sgt la..Takpa hari ni, aku luangkan masa sikit. Rindu juga kat semua orang ni..hehe


Esok dahpun bermula cuti persekolahan pertengahan penggal pertama. Tapi esok aku ada buat kelas tambahan dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 12.30 tgh. Nak 'cover' utk balik kampung nanti. Kalau tak macam ada rasa bersalah je...bkn apa sebab 'alah bisa tegal biasa'




Seronoknya bila tiba musim cuti sekolah ni kan.....Ada orang cakap kerjaya sebagai guru ni best sebab bila cuti sekolah, gurupun leh cuti...Tol ke? Hanya yg berkerja sebagai guru sahaja yg blh memberi jwpnnya.

Bagi aku lebih kurang je...sebab masa cuti ni aku kena habiskan waktu menanda krts exam yg melambak ni..Kalau tak, cuti memang tak tenang hehe...



So walaupun cuti...kerja tetap berjln selagi tidak selesai. Aku ni bukan jenis yg boleh mengadap krts jwpn ni sehari suntuk..Boleh 'mun' dibuatnya..hihi.. Gambar kat atas tu baru sebhgian..ada sebhgian lagi lbh kurg mcm tu..Tapi separuh dah siap la. Tinggal ni saja lagi..tp msih byk juga.
Jwpn pelajar bknnya ikut skema, mcm2 jwpn diberinya. Ada satu soalan tu aku nak tergelak besar bila ada sebahagian yg jwb 'Ah Long'. Nak tahu, soalannya berkait rapat dgn bunga atau pinjaman yg meminta bayaran lbh jika lewat membyr. Aku terfikir gak apa Ah Long ni...hehe rupa2nya pemberi pnjaman lintah darat. Boleh pula pelajar2 aku ni terfikir nak beri jwpn mcm tu. Tu lah bahananya bila guru ajar otak ke lain...
Entahlah ya, kadang2 bila mengenangkan jwpn pelajar. Aku terfikir gak, aku ni tak pandai ajar ke atau pelajar yg tak belajar?...hmmm tak apalah tak payah fikir..biar aku je yg fikir dan cari kelemahan serta cara nak mengatasinya.

Ha'ah...pagi tadi sekumpulan pelajar perempuan dari tingkatan ehem2..(tak perlulah aku catatkan di sini) ada jumpa aku. Aku ni guru tingkatan merekapun bukan, tapi dia org ni mengadu pasal ada seorang rakan dia orang meniru sewaktu peperiksaan. Mungkin aku ni sesuai utk dijadikan tempat mengadu mereka kot, al-maklumlah guru yg 'caring' hehe..(perasan lak di sini hikhik) Ada la, teknik dia meniru tu, kononnya nak mendahului rakan2 di dalam kelas. Bahan bukti yg pelajar tu meniru ada pada aku dan siap ada beberapa org lg yg boleh jd saksi. Dia org mengadu sebab tak puas hati dgn perbuatan kawan dia tu. Memanglah...org sakit kepala menjawab dia setengah jam dah siap. Pastu boleh tidur lagi. Memang dia orang sakit hati lah! So aku cakap kat dia orang, 'think posotive', jika kawan awk yg meniru tu mendapat markah yang paling tinggi sekalipun dia bukanlah pelajar yg pandai tetapi itu adalah hasil penipuan terhadap diri sendiri. Peduli apa dia dapat nombor satupun kalau bukan hasil usaha diri dia sendiri kan? kan?...Insyaallah, aku janji dgn dia orang aku akan cuba bincang dgn guru tingkatan mereka dan juga guru kaunseling untuk membantu kawan mereka tu supaya ia tidak menjadi satu kebiasaan dan boleh merosakkan diri pelajar itu sendiri.

Sebenarnya menipu ni termasuk di dalam dosa besar tau...tapi sebab dia bkn semcm zina, minum arak atau mencuri, jadi para pelajar ni tak fikir dosa atau tidak. Janji dia boleh jawab periksa sudah. Bagi yang membaca entry ini, aku cuma nak mengingatkan jika ada di antara rakan2 anda berbuat sedemikian nasihatilah dia dengan sebaik2nya. Janganlah menggunakan cara yang tidak sihat ini demi untuk mencapai cita2 kerana ia pasti tak akan bertahan lama bahkan boleh merosak dan menghancurkan masa depan diri sendiri.

Sorry3... :)..coretan aku ni ada tergelincir sikit dari landasan...aku cuma sekadar nak berkongsi sahaja,k. Jangan marah nanti cepat tua! hehe....

Kembali kepada entry aku pada ptg ni...Insyaallah, aku ada juga plan nak balik kampung. Ingat nak balik minggu pertama cuti tetapi terpaksa ditunda sebab ada hal yg tidak dapat dielakkan..Jawabnya minggu ke dua lah aku balik. Aku ni rindu sangat dgn makanan tempatan negeri aku. Tahun lepas aku kempunan nak makan pulut panggang. Pada hal masih byk lagi yg belum dipanggang tapi semua dah kena tempah, sedihnya hukhuk.. Insyaallah, aku balik kali ni, akan kupastikan aku dapat makan juga huhu...Pulut panggang kat kampung aku dipanggil 'pulut lepa'....yummy3!!!



Ni semasa dipanggang, blh lihat rupa alat pemanggangnya....


Rupa pulut panggang yg telah siap dipanggang


panas2 sedap makan tau...nilah rupa kat dalamnya....
Jom3....silakan!


Ini kuihpun 'my favourite'...namanya Penganan
Tapi tak blh makan byk2, manis...aku memang tak kisah makan aje..hehe

Oklah tu cerita pasal kuih...sikit2 sudah, nanti kecur liur lak hehe..

Buat rakan2 yang bercuti, cuti sekolah ke, cuti semester ke....aku nak ucapkan "Selamat Bercuti !!!". Jagalah diri anda semua....kerana ' malang tidak berbau '..

Apapun terima kasih kerana sudi membaca entry aku yang bercampur aduk macam rojak ni..

SELAMAT BERCUTI…!!!










11 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. kesian ckgu..haha.sy pun sbuk cti2 ni.byk tuition!PMR plak 2.lma xjenguk al wardah.rindu2!

    ReplyDelete
  2. hehe...iye ke? pa kabo? xpa fkos2 tuk PMR ya..

    ReplyDelete
  3. mana boleh.tiru kalo sekadar tnya2 xlah melampau sgt, ni siap nengok nota....buat apa???

    ReplyDelete
  4. Salam. pe kabar. lama tak jumpa..

    Selamat hari Guru! sori agak lewat sikit..

    Sedapnya pulut panggang tu..:)

    ReplyDelete
  5. Ariana: Wslm kak, kabo baik. iye lama tak jmpa, akak menghilg ke mne hehe..terima kasih, sma la, Slmt Hari Guru gak...iyup, memg best pulut panggang tu, kat Trg inti serunding ikn seblh pt barat ni, inti serunding udang kering bkn taste huhu

    Anden: terima kasih..

    ReplyDelete
  6. yg anden fauzan 2,ank mrid ckgu ke?huhu

    ReplyDelete
  7. kabo baik.haha.ok2

    ReplyDelete
  8. hehe..nengok anden terus lupa jwb.nk knl ke?

    xla kat blog ne semua knln maya mcm awk ga, kalo ada ank murid xla fllwer ciput cmne hik3..

    ReplyDelete
  9. ehem2...aha boleh jer nak kenal heheee (den vog= anden fauzan)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post