Hebatnya insan bergelar ibu

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak tulis kisah seorang yang bergelar ibu.
Siapa tak da ibu...sila angkat kaki...just kiding, k. Mana boleh tak ada ibukan?

Kita semua lahir dari insan yang bergelar ibu. Bukan senang menjadi seorang ibu ni, banyak keperitan, kesusahan dan segala macam bentuk pengorbanan yang ditanggungnya. Pendek kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya anak perempuan sahaja yang boleh merasainya. Anak lelaki? sampai kiamatpun tak leh merasai apa yang dialami oleh ibunya. Baik ayah mahupun suami....jadi empati je la.

Justeru itu dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari; Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya kepada baginda:" Siapakah yang paling berhak untuk aku melayan dengan sebaik-baiknya? " Jawab banginda: " Ibumu." Dia bertanya lagi: " Kemudian siapa? " Jawab baginda: " Ibumu. " Dia bertanya lagi:" Kemudian siapa? " Baginda menjawab: " Ibumu. " Dia bertanya lagi: " Kemudian siapa? " Jawab baginda: " Ayahmu. "

Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan ketinggian martabat seorang ibu melalui hadis di atas. Oleh itu sebagai anak kita seharusnya mentaati dan melakukan segala apa yang dipinta oleh ibu kita, jangan sesekali kita mengingkarinya selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perkara ya g bertentangan dengan syariat. Walau setebal mana keimanan dan ketaqwaan seseorang terhadap Allah SWT, dia akan tetap menerima pembalasan sekiranya mengecilkan hati ibunya. Ini dapat kita mengambil iktibar melaui kisah yang berlaku kepada Juraij, seorang hamba Allah yang cukup kuat ketaqwaannya terhadap Allah SWT.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.
Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya.Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki,aku akan menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij,tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya.

Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa: “Ini adalah anak Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?” Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayui itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing”.

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij,menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”


Hadith di atas menunjukkan betapa besar kedudukan ibu bapa ke atas seorang anak dan betapa pentingnya bagi seorang anak untuk berbuat baik kepada ibu bapanya. Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat ibunya, bagaimana pula dengan kita yang sering leka mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat ibu bapa kita? Tetapi solat yang didirikan oleh Juraij dari apa yang aku faham adalah solat sunat dan jika kita dipanggil oleh ibubapa kita ketika kita sedang solat sunat, hendaklah kita dahulukan menyahut panggilan mereka kita. Tetapi kalau solat wajib perlu diteruskan. Wallau'alam.

Dikesempatan ini, aku nak berkongsi serba sedikit tentang kisah ibu aku. Ibu aku seorang yang cukup penyayang, walaupun dia seorang yang suka berleter. Apa yang dia leteri itu, semuanya adalah untuk kebaikan anak2nya. Kalau tak nak dengar ibu aku berleter, buat je apa yang dia suruh dan dengar apa yang dia cakap. Ibu aku dah masuk usia 70 an, Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun ada juga penyakit seperti darah tinggi, tapi ditahap berjaga2lah. Hmm.. jangan tersilap makan sudah, berpusing satu rumah..

Masa aku kecik2 dulu, ibuku selalu masak makanan kesukaan aku. Contohnya 'ikan masak sepuh', memang 'hao liao' punya...hehe ikan tu dipanggang dulu kemudian ditabur cili hidup yang telah ditumbuk, adalah campur bahan2 lain sikit...asal dengar je aku nak balik mesti dah tersedia masakan ni...sayang ma...

Ibu aku juga terer masak nasi dagang...aku punya nasi dagang ada spesel kit ( diasingkan dari yang lain sebab aku tak makan bawang yang tak bland )....apapun nasi dagang ibu aku ni memang terbaik punya dari kg ladang. Kalau tak percaya cuba la hehe

K, aku ada satu cerita betul2 pada aku memang berkat mulut ibuku...
Ceritanya camni, lepas aku abih buat ijazah, ibu aku suruh aku terus sambung diploma pendidikan, almaklumlah orang perempuan lebih baik jadi cikgu katanya...sebenarnya dia tak tahu masa aku dpt temuduga diploma pendidikan kat universiti yang aku belajar, aku buat main2 je..jawabpun tak bersungguh. Sebab aku memang tak nak....aku nak kerja sambilan dulu kononnya. Alasan...huhu penat dah belajar nak rehat dulu. Aku adalah juga cakap camtu kat ibu aku. Tahu apa dia jawab, nanti dah dapat duit tak nak belajar lagi. Betul kot?

Tak lama lepas tu, dapatlah surat yang aku memang 'confirm' aku tak dapat sambung buat diploma tu.. suka bukan main lagi. (hehe ada gak orang camni ek) Akupun ingat nak la masuk kelas jahitan. Sedang aku 'prepare' nak masuk kelas jahitan, ada pulak panggilan dari salah sebuah universiti lain di Malaysia ni, yang tawarkan aku diploma pendidikan. Bayangkanlah aku tak pernah mohon, tiba2 dapat panggilan tu..hairan bin ajaib aku dibuatnya. Bukan apa, biasanya kalau kita belum dapat ijazah dari universiti yang kita belajar, kita tak boleh mohon diploma pendidikan kat universiti lain. Tapi lain pulak dengan kes aku ni, mohon tidak tup2 dapat panggilan temuduga dengan telefon lagi tu, bukan pakai surat, surat ambil kat sana masa temuduga hehe.... Mengenangkan ibu aku berhajat benar nak aku jadi cikgu. Akupun pergilah menghadiri temuduga dan ujian bertulis yang disediakan oleh pihak universiti tu. Bersungguhlah aku masa ditemuduga dan menjawab ujian tu.. Dipendekkan cerita aku akhirnya masuklah ke universiti tersebut untuk menjadi seorang guru. Apa yang aku nak 'highlight' di sini ialah kerana doa ibuku, aku mendapat tawaran dari universiti yang aku tak pernah mohon..begitu mustajabnya doa ibuku... Alhamdulillah, berkat doanya aku menjadi seorang guru sekarang...satu tugas yang cukup mulia dan begitu mencabar di abad ini. Sebenarnya banyak peristiwa yang pelik, lucu, geram semasa aku nak mengambil diploma pendidikan ni. Insyaallah kalau ada kesempatan aku tulis entry sempena hari guru nanti...bagaimana akhirnya aku boleh menjadi guru ni.

Akhir sekali, buat ibuku...ma yang tercinta, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini, memberi aku sebuah penghidupan. Mengasuh, mengajar dan mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna. Tanpamu, siapalah aku...Segala kata2mu adalah azimat buat diriku yang masih jauh lagi perjalanan hidup ini.. Selamat Hari Ibu! buat Maimunah...
Tapi bagiku dan aku percaya rakan2 semuapun setuju, setiap hari adalah hari ibu kan? Tak semestinya hari ni saja nak ucapkan terima kasih pada ibukan? Walaupun berjauhan...aku pasti akan menelefon ibuku untuk bertanya keadaannya. Pagi tadipun aku baru telefon dia...ceria je suaranya sebab dapat mendengar suara anaknya ni hehe...
Okl...cukuplah entry untuk hari ni...see u!






Aishah

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

( 1 )
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )
( ulang 2 )

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. gary sayang ibu gary sangat2.. x dapat bayangkan manusia mana yang sanggup biarkan mak mereka kat rumah org2 tua..x berhati perut langsung..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post