Thursday, May 5, 2011

Mawar Putih Untuk Mama



Masa aku sekolah rendah dulu, waktu PJ biasanya cikgu bagi pilihan nak gi padang ke duk dlm kelas. Kami lebih suka duk dlm kelas....nak tahu buat apa? Hehehe....buat persembahan nyanyian. Antara yang ke depan buat persembahan tu aku la..di bawah ni lirik lagu yang biasa aku dendangkan untuk kawan2ku...Cukup bermakna dan khusus buat ibuku yang tercinta.....Alhamdulillah, beliau masih dianugerahi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Dah tua, biasalah ada juga penyakit yang biasa dihidapi oleh semua spt darah tinggi. Hari ni, aku hanya buat entry utk lagu sahaja...Insyaallah, sempena Hari Ibu aku akan buat satu entry berkaitan dgn ibuku. Dan aku percaya rakan2 yang lain pun akan buat entry yang sama kan? Kerana semua lahir dari insan yang bergelar ibu.

K, sekarang layan je lagu 'favourite' aku ni hehe...dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini.
~ Kalau tak tahu melodinya, cari je la kat you tube...mesti ada punya ~


Kau sinaran bulan

Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Ni, gambar ibuku yang tercinta

2 comments:

ariana's said...

Mawar putih untuk Mama tu pun lagu feveret kita dulu2..mmg best senikata dia..

dean said...

mcm xbest jeq