Sunday, May 1, 2011

Nabi melihat dua orang yang kena seksa di dalam kubur. Siapakah gerangan mereka ini?

Tatkala jenazah dikebumikan di liang lahad dan semua yang menghantarnya pulang, maka datanglah dua malaikat bertanya kpdnya. Soalan2 yg bakal ditanya tu, sebenarnya dah bocor kat dunia lagi...tapi masih ada yang tak mampu menjawabnya walaupun sudah dibaca,didengar dan dihafaz berulang2 kali di atas dunia ini kerana mereka tidak pernah megerjakan perintah Allah SWT malahan mengingkari segala larangan Allah SWT. Justeru itu ingatlah bahawa di alam barzakh nanti hanya amalan kita yang akan menjawab setiap persoalan mungkar dan Nakir.

Di dalam sebuah hadis ada menceritakan perihal Rasulullah SAW pernah melihat dua orang yang sedang diseksa di dalam kubur. Mereka diseksa bukan kerana kesalahan berat , yang seorang gara-gara tidak mahu beristinja' (tidak cuci sesudah kencing) dan seorang lagi gara-gara suka menyebarkan fitnah.

Faktor yang pertama tadi ialah kerana meninggalkan taharah. Nampak macam remeh tetapi hukumnya adalah wajib. Apabila seseorang tidak membersihkan kemaluannya setelah kencing bererti badannya dalam keadaan bernajis dan sudah pasti tidak memugkinkan dia megerjakan solat. Jadi pastikan tubuh badan benar2 bersih sebelum mendirikan solat, jika tidak ibadah tersebut hanya sia2 sahaja.

Faktor yang ke dua pula ialah kerana menyebarkan fitnah. Kesan daripada fitnah ini amatlah dahsyat kerana ia boleh memporak perandakan masyarakat, kadangkala boleh membawa kepada pembunuhan. Jauhilah dari terlibat dengan fitnah ini kerana Allah SWT ada berfirman yang bermaksud " Memfitnah itu lebih dahsyat dari membunuh ". Jangan kerana mengejar harta, pangkat dan kemewahan fitnah dijadikan alat untuk menyekat peluang orang lain.




Visual di atas adalah mayat seorang remaja lelaki yang meninggal dunia ketika usia 18 tahun di Semenanjung Tanah Arab. Mayatnya telah digali semula selepas 3 jam dikebumikan kerana keluarganya mahu membuat otopsi bagi mengetahui punca kematiannya. Tetapi apa yang dilihat, mayatnya seolah2 baru terkena seksaan kerana ada kesan pukulan dan darah yang masih baru mengalir darinya. Difahamkan bahawa pemuda ini meninggalkan solat dan sentiasa mengingkari perintah Allah SWT. Jadi ambillah pengajaran dari apa yang Allah SWT pertontonkan kepada kita selagi pintu taubat masih terbuka, kembalilah kepada jalanNya. Laksanakanlah segala perintah Allah SWT selagi kita masih bernafas di dunia yang fana ini.

Semoga tazkirah ringkas ini dapat memberi iktibar kepada kita semua ke arah menjadi muslim dan muslimah sejati...dan sentiasa berada di atas jalanNya.

2 comments:

dean said...

nih pon da tw da..

hmm...hah..bc tuh..

jgn fitnah2

Al-Wardah said...

iye..sape lak nk fnth awk?