Propagandakah atau kebenaran khabar kematian Osama bin Laden?

Sejak semalam, dunia heboh memperkatakan tentang kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden setelah menyaksi dan mendengar pengumuman dari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.. Tetapi dalam masa yang sama ada yang tidak mempercayai kesahihan berita tersebut. Berikut adalah petikan laporan akhbar yang aku baca berkenaannya.


Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata Presiden Barack Obama.
Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu di Pakistan, malam tadi.
Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu.
Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin.

Jom...sapa terer , buktikan kesahihan gambar yang dikatakan mayat Osama bin Laden di bawah...




Visual ni, aku dpt dari member aku punya kawan...






Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam.
Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.
AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar.


Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.
Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup.
AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil.
~ menurut sumber berita Jakarta
(copy dari Chegu Zubir)

Nak caya ke tak caya...
mungkin ada udang di sebalik batu..
entah apa lagi agenda Amerika disebalik apa yang berlaku...
Wallahu'alam.

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. maybe Amerika mls dah nk buru osama..haha

    hmm..pndai org nih wat pkai adobe

    ReplyDelete
  2. tang mulut tu yg kantoi sgt tu...

    ReplyDelete
  3. dean: tol tu..
    j.m.r: memg, lom terer menipu tu...

    ReplyDelete
  4. hmmm..mcm2 la dunia skrg..tqa sndri blur btul ke x hal ini.. hmmmm..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post