Thursday, June 30, 2011

rehat seketika atau selamanya?

Assalamualaikum...
dah lama aku tak corat coretkan? tapi ada ke yg rindu corat coretku?
hehehe... gurau je siapa lak nk rindu..

aku tak dpt nk coret panjang2 pagi ni...
walaupun banyak perkara yang nak aku kongsi di sini tapi aku belum mampu lagi berbuat demikian.
aku just nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd rakan2 blog yg tidak jemu2 melwt al-wardah walaupun dah lama aku tak post kat sini...aku menghargai sangat2 kunjungan kalian...ingat tu...hihi

aku juga nak beritahu yang aku akan berehat seketika...tak tahulah sampai bila...
mungkin sehingga semangatku kembali...
aku rajin menulis blogpun krn 'my spirit'...

kalau sudi doakan juga aku dapat kembali sihat seperti biasa...
daa....salam ukhuwwah buat semua..



Monday, June 20, 2011

belum pulih lagi

hari ni aku ingat dah boleh pergi sekolah. nampaknya aku tak boleh lagi...harap2 esok bolehlah.
hmmm nak cuti ni, berkali2 fikir tapi kalau aku ke sekolah sekadar duduk saja tak boleh mengajar baik tak payah pergi makin teruk lagi adalah...

pagi tadi pergi lagi ke klinik, masih ada lagi demam...patut la tak larat, buat kerja sikit dah tercungap2..nasib baik tak ada semput huhu...

cuma aku ni, pantang rasa ok sikit mulalah duduk tak diam...tu pasal la demam tak baik2...
kalau orang tengokpun macam sihat je..hehe

k, semoga rakan2 semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya....



Friday, June 17, 2011

tak sihat

Alhamdulillah...sehingga saat ini aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di muka bumi ini...
Dlm satu minggu ni, aku memang tak sihat...tekanan darah rendah, sistem penghadaman tidak bagus dan badan tak bape sihat. Baru je naik sekolah dah tak sihat pulak..

Tetapi selagi aku berdaya, aku akan menjalankan tugasku. Mungkin aku ni jenis yang tidak mudah give up termasuklah dgn penyakit. Suka memaksa diri selagi boleh sehingga mereka yang berada di sekelilingku tak tahu aku di dalam keadaan tidak sihat sebab lagakku macam orang sihat.
Minggu pertama sekolah ni, aku just bincang jawapan yang betul dgn para pelajar. Dalam keadaan mamai2 dan tidak bertenaga aku teruskan jua tanggungjawabku. Berjalanpun sebenarnya tak stabil...ni mungkin akibat tekanan darah rendah...aku hampir pitam di dalam kelas semasa mengajar pada hari Rabu. Terpaksalah aku duduk. Minta jauhlah dari mengalami pitam ketika aku berjalan. Belum pernah lagi aku sampai tahap tu.

So hari ni...aku tak kerja sebab sudah sampai kepada peringkat tidak berdaya dan tak boleh memaksa diri lagi.
Selepas solat subuh (sujud sajdah), aku sambung tidur sehingga pukul 11.30 pg...tapi dalam keadaan kejap2 jaga. Memang rehat habis la...
Alhamdulillah...adalah kemajuan sikit, bolehlah jenguk blog ni sekejap. Tapi tak boleh berlamalah...
Selepas ni nak makan ubat dan sambung rehat...tidur balik...huhu

Semoga aku cepat sembuh dan bertenaga seperti biasa...kerana masih banyak lagi tanggungjawabku.
Doakan aku ya..
Cukup sampai di sini corat coretku untuk hari ini.
Semoga jumpa lagi!
Salam Hari Jumaat buat semua...


Doa ketika sakit

Bismillahirrahmanirrahim...

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana bulan penuh pagi esok 16 Jun 2011

Pada awal pagi esok 16 Jun 2011 akan berlaku gerhana bulan penuh dan ia dijangkakan paling lama dalam satu abad kebelakangan ini.
Bermula dari jam 2.26 am hingga 6.04 am dan waktu kemuncaknya adalah pada jam 4.25 am.


Gerhana Bulan 16 Juni 2011

Semoga dengan berlakunya kejadian ini menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita semua terhadap Allah SWT.
Ingatlah, semua yang berlaku ini adalah sebagai bukti tanda kekuasaan Allah SWT dan kita seharusnya mengambil iktibar daripadanya.

Jom! Sama2lah kita mengimarahkan malam ini dengan solat sunat gerhana bulan beramai2.
Sesiapa yang hendak menunaikan di masjid atau surau yang berdekatan dialu2kan, manakala yang jauh atau ada halangan untuk pergi boleh sahaja melaksananya di rumah sendiri. Tetapi paling afdhal menunaikannya adalah di masjid yang didirikannya solat Jumaat. Hukum melakukan solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakkad.

Selamat menunaikannya!!!













Karikatur sebuah akhbar yang didakwa menghina Islam



Iktibar yang boleh kita ambil daripada penerbitan karikatur ini......

Jikalau jahil tentang hukum Islam, janganlah sembarangan kita mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengannya kerana ia boleh mengundang sensitiviti bagi umat Islam, khususnya bagi yang arif tentan hukum hakam Islam. Isi kandungan di dalam karikatur ini jelas2 menghina hukum Islam.

Petikan kenyataan yang Al-Wardah ambil dari sebuah laman web:

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Jelas sekali perbuatan rogol dan zina itu berbeza dari segi untuk memutuskan hukumannya.
dan untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah pergi ke alamat ini;

Saturday, June 11, 2011

masakan special: nasi beriani



Alhamdulillah, aku dah selesai masak masakan yang aku beritahu kat entry sebelum ni..
menu masakan aku hari ni, nasi beriani kurma ayam kampung.

sebenarnya dah lama tak masak. dulu masakpun sikit je, satu periuk masak je. ni aku masak 4kg satu periuk besar...penat abih...huhu

masak ni bukannya ada hari istimewa apapun. sebenarnya aku buat khusus untuk bonda aku yang tercinta...dia teringin nak makan ayam kampung....jadi aku buatlah kurma ayam kampung. dah ramai2 tu, aku buatlah banyak sekali. lagi satu...aku ni tak reti nak masak sikit2 takut tak cukup..memang teruk tol kan?

tak tahulah apa rasanya, sedap ke tak tapi yang pasti boleh dimakan. aku ni bukan pakarpun dalam masakan ni. masak nasi minyakpun pakai campak2 je, yang penting habis dimakan...hehe

nak tahu sedap ke tak, aku kena tunggu reaksi mak aku petang nanti huhu..
kalau dia boleh makan habis sodap la tu.
jom...layan jap gambo2 yang aku ambil ni...hehe


mula menumis bahan2 yang diperlukan


masukkan air setelah semua bahannya ditumis


baru masukkan beras basmathi ni...


nasi beriani yang telah siap dimasak


kurma ayam kampung


pencut


siap untuk dimakan

hmmm...penat sudah...aku nak rehat dulu...


hati berbunga...

selamat pagi semua!
semoga ceria sentiasa...

hati berbunga...cerialah ni...hehe

sebenarnya malam tadi aku betul2 frust sebab senarai follower aku hilang, ingat aku nak lelong je kat entry pagi ni..."sesiapa yang follow Al-Wardah, sila follow balik"..
malam tadi tidur jam 5 pagi, sebab mengodak sana sini utk dapatkan balik list follower aku,
adalah aku terjah satu blog...lupa lak nama blog tu, macam dari Indonesia je...(terima kasih banyak2 kerana beri jalan buat aku menyelesaikan masalah ini). Inysaallah nanti aku cuba cari balik blog tu. sebab sekarang aku tak boleh lama2 nak masak masakan special hari ni...hehe
sebenarnya aku saja test je, tak confidentpun...tapi blogger tu cakap tunggu je sehingga list tu keluar balik. aku tak confident sebab blogger tu buat aku rasa tak confident dengan tutorial dia hik3...

Alhamdulillah...aku saja je buka blog aku ni, tanpa megharappun...sekali aku tengok senarai follower aku muncul balik...berbunga balik hati aku...ceria sungguh...hmmmm tambah2 pagi ni dah ada orang yang menceriakan kembali hari aku yang penuh kesyahduan sebelum ni...terima kasih...!!!!


sayang semua follower Al-Wardah....kalau tak masakan sedih bila list rakan2 semua tiba2 hilang..
hilang tu, kononnya nak tukar template baru...lain nak buat lain lak jadinya hehe...
tu la belum expert lagi...nak buat tak nak belajar, pakai redah je, ni lah akibatnya huhuh..

ok...cukup setakat ini dulu..ti tak sempat lak aku masak. daaa


Wednesday, June 8, 2011

Ceritera balik kampung



Assalamualaikum semua!!!!

Aha...dah lama aku tak update blog ni. Sebenarnya, baru2 ni aku balik kg, mcm yg aku prnh beritahu di dlm entry aku yg lepas. Balik jap je, lbh kurang 5 hari, tak boleh berlama2 sbb kerja lom siap lg hehe. Tapi seronok sebab dah lama tak balik kg, hampir 7 bln rasanya. Alhamdulillah apa yg aku hajati semuanya dapat.

Aku bertolak hari Khamis, tu pun dah ptg. Mcm biasalah msti aku berlabuh di rmh kakak aku di Jln Gambang dulu, baru aku sambung prjlnan ke KT. Sampai je, terus ke cafe kakak aku di Ktn, Jln Beserah kot. Kalau dari Beserah sblm traffic light tu sebelah kiri. Nama cafe dia, Weda Cafe. Baru je beroperasi dalam 2 bulan lbh kot. Kat bawah ni gambarnya. Hmm...sesiapa yang ada kat Ktn atau yg memang tinggal di Ktn bolehlah cuba masakan kat sana. Harganya berpatutan....jangan lupa cuba, ok! Kalau yang kepingin nak makan nasi dagang dan nasi lemak lauk ikan tongkol dari Trg, bolehlah cuba di sini. Dia punya sup2 pun 'power' gak. Hehe sempat promote lagi...Oh, ya...bagi sesiapa yg tinggal di Ktn ni dan biasa dengar Radio Malaysia Pahang, owner Weda Cafe ni adalah bekas DJ RMP, Wan Thuwaibah Ghazali (sekarang dah pencen).


Weda Cafe: dari jam 8 pg hingga 12 tgh mlm
Gambar owner tu...perasan tak?

gambar ni diambil dari jln Beserah nak menuju ke pusat bandar Ktn,
ke kiri menuju Pantai Telok Chempedak kalau terus ke Tanjung Lumpur lah.

Hehe...cukuplah aku promote Weda Cafe ni...

Esoknya aku teruskan perjalanan ke KT. Di KT...ahaa mcm2 aktivitilah buat. Mula2 sekali, tak lupa aku menziarahi pusara Ayahandaku yang tercinta di Perkuburan Tok Wan Pelam. Sebelum balik, sekali lagi aku ziarahi pusara Al-Marhum Ayahanda...sukar sekali nak meninggalkannya...

Suasana di kawasan persekitaran rumah aku cukup berubah, dah banyak rumah2 milik orang2 melayu yg telah dirobohkan, ke manalah mereka ni tinggal sekarang, ya. Yang masih belum diroboh aku lihat milik Mak Nik, pengusaha batik, songket dan tembaga. ah!demi pembangunan???

Tahun depan agaknya rumah tempat kelahiran aku lak. Projek utk besarkan Hospital Besar Kuala Terengganu kalau tak silap aku la..Masa aku balik tahun lps, katanya tak jadi..tup2 balik kali ni katanya jadi lak. Biasalah rumah milik org melayu senang je nak ambil. Bukannya ganti tanah, ganti duit je..tupun RM65 sekaki. Patut dalam RM100 lbh kat situ...hmm entahlah kalau 'fight' dpt ke tak. Rumah warisan...memang rumah tu tak ada siapapun yg tinggal sekarang cuma ada orang sewa sebelah. Mak aku biasa akan balik ke rumah tu bila ada anak2 dia balik, kalau tak mana boleh, takut nanti dia tinggal sendiri ada apa2 susah. Mak aku ni ikut anak2 je tinggal. Nasib baik dia jenis yang suka ikut anak2, kalau jenis yang sayang nak tinggal rumah dia, parah dibuatnya...hmm siapa nak jaga kan. Rumah aku ni ada sejarahnya..ia bekas istana Sultan Terengganu. Bila nak buat Istana Maziah, maka dirobohkanlah istana kayu ni, jadi Al-Marhum Ayahanda aku beli sebahagian kecil (kecil2pun besar juga) untuk buat ibu rumah kami, kayu cengal semuanya. Kalau terhantuk kepala berdesing, bengang kejap...hehe Tapi tahun depan dah nak kena roboh, tapi kami ingat kayu2 tu nak buat surau yang kami wakafkan tanahnya (tanah pusaka) untuk Jbtn Agama Trg untuk dibuat surau..Kalau tak sayang juga sebahagian ibu rumah tu, ayahanda aku guna untuk mengajar ilmu agama...dah mcm surau kecil dlm rumah kami. Tu cadangannya lah...apa yg bakal terjadi wallahu'alam.

Kebetulan balik kg ni, rakan aku dari Muar datang melancong ke sini. Aku bawalah dia ronda2 Pasar Payang dan kami ke Pantai Tok Jembal untuk menikmati makanan laut yang digoreng dengan tepung. Kalau kat sini dikenali dgn 'celup tepung'. Contohnya ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung dan lain2. Banyak gerai2 yang menjualnya di sini. Ramai betul pengunjung yang berkunjung di sini. Macam ada pesta pulak. Sebenarnya memang dah lama aku tak datang ke sini...hehe..tercengang2 rakan aku, katanya: datang dari manalah dia orang ni? Biasalah musim cuti sekolah memang penuh...nak parking keretapun tak ada tempat. Gerai2 ni terletak bersebelahan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Pemandangan di sinipun cukup menarik dan cukup meriah. Sama lebih kurang Pantai Batu Burok yang terletak berhampiran rumah aku.

Malam sebelum aku balik ke sini, sempat juga aku meronda ke dataran Shahbandar, ada ekspo jualan...ada jual handbag Siam, tudung2 yg ada awning, makanan2 ringan dan ada fun fair dari euro. memang meriah tol la...Nak jalan2 ke sinipun, jalan dah banyak berubah...sehala sana, sehala sini....pening aku dibuatnya.

Sebelum bertolak balik...aku singgah membeli pulut panggang berhampiran Sekolah Kebangsaan Ladang. Pulut panggang kat situ 'best'...panas2. Penjual dia beritahu hari ni banyak tempahan, jadi dia tak banyak jual. Aku siap oder lagi takut tak dapat sebab balik tahun lepas aku nak beli dah semua kena tempah. Nak tahu... kat gerai dia ni, Yang Di Pertuan Agong pun suka makan pulut panggang dia. Hari yang aku beli tu, baginda ada oder 100 biji...mungkin untuk minum petang kot. Ok la tu, walaupun gerainya kecil tapi ada kualiti kan?

Macam biasa sebelum meneruskan perjalanan balik ke destinasi aku ni. Singgah rumah kakak aku satu malam lagi. Esoknya selepas sarapan di cafenya...sarapan nasi lemak ikan tongkol, memang best punya..baru teruskan perjalanan balik ke sini...

Itulah serba sedikit ceritera aku balik kampung pada kali ni.

Maaflah...plotnya tunggang langgang hehe...yang penting aku dapat bercerita sikit dan update blog aku ni. Apapun terima kasih krn sudi meluangkan masa untuk baca entry kali ini!!!