Ceritera balik kampung



Assalamualaikum semua!!!!

Aha...dah lama aku tak update blog ni. Sebenarnya, baru2 ni aku balik kg, mcm yg aku prnh beritahu di dlm entry aku yg lepas. Balik jap je, lbh kurang 5 hari, tak boleh berlama2 sbb kerja lom siap lg hehe. Tapi seronok sebab dah lama tak balik kg, hampir 7 bln rasanya. Alhamdulillah apa yg aku hajati semuanya dapat.

Aku bertolak hari Khamis, tu pun dah ptg. Mcm biasalah msti aku berlabuh di rmh kakak aku di Jln Gambang dulu, baru aku sambung prjlnan ke KT. Sampai je, terus ke cafe kakak aku di Ktn, Jln Beserah kot. Kalau dari Beserah sblm traffic light tu sebelah kiri. Nama cafe dia, Weda Cafe. Baru je beroperasi dalam 2 bulan lbh kot. Kat bawah ni gambarnya. Hmm...sesiapa yang ada kat Ktn atau yg memang tinggal di Ktn bolehlah cuba masakan kat sana. Harganya berpatutan....jangan lupa cuba, ok! Kalau yang kepingin nak makan nasi dagang dan nasi lemak lauk ikan tongkol dari Trg, bolehlah cuba di sini. Dia punya sup2 pun 'power' gak. Hehe sempat promote lagi...Oh, ya...bagi sesiapa yg tinggal di Ktn ni dan biasa dengar Radio Malaysia Pahang, owner Weda Cafe ni adalah bekas DJ RMP, Wan Thuwaibah Ghazali (sekarang dah pencen).


Weda Cafe: dari jam 8 pg hingga 12 tgh mlm
Gambar owner tu...perasan tak?

gambar ni diambil dari jln Beserah nak menuju ke pusat bandar Ktn,
ke kiri menuju Pantai Telok Chempedak kalau terus ke Tanjung Lumpur lah.

Hehe...cukuplah aku promote Weda Cafe ni...

Esoknya aku teruskan perjalanan ke KT. Di KT...ahaa mcm2 aktivitilah buat. Mula2 sekali, tak lupa aku menziarahi pusara Ayahandaku yang tercinta di Perkuburan Tok Wan Pelam. Sebelum balik, sekali lagi aku ziarahi pusara Al-Marhum Ayahanda...sukar sekali nak meninggalkannya...

Suasana di kawasan persekitaran rumah aku cukup berubah, dah banyak rumah2 milik orang2 melayu yg telah dirobohkan, ke manalah mereka ni tinggal sekarang, ya. Yang masih belum diroboh aku lihat milik Mak Nik, pengusaha batik, songket dan tembaga. ah!demi pembangunan???

Tahun depan agaknya rumah tempat kelahiran aku lak. Projek utk besarkan Hospital Besar Kuala Terengganu kalau tak silap aku la..Masa aku balik tahun lps, katanya tak jadi..tup2 balik kali ni katanya jadi lak. Biasalah rumah milik org melayu senang je nak ambil. Bukannya ganti tanah, ganti duit je..tupun RM65 sekaki. Patut dalam RM100 lbh kat situ...hmm entahlah kalau 'fight' dpt ke tak. Rumah warisan...memang rumah tu tak ada siapapun yg tinggal sekarang cuma ada orang sewa sebelah. Mak aku biasa akan balik ke rumah tu bila ada anak2 dia balik, kalau tak mana boleh, takut nanti dia tinggal sendiri ada apa2 susah. Mak aku ni ikut anak2 je tinggal. Nasib baik dia jenis yang suka ikut anak2, kalau jenis yang sayang nak tinggal rumah dia, parah dibuatnya...hmm siapa nak jaga kan. Rumah aku ni ada sejarahnya..ia bekas istana Sultan Terengganu. Bila nak buat Istana Maziah, maka dirobohkanlah istana kayu ni, jadi Al-Marhum Ayahanda aku beli sebahagian kecil (kecil2pun besar juga) untuk buat ibu rumah kami, kayu cengal semuanya. Kalau terhantuk kepala berdesing, bengang kejap...hehe Tapi tahun depan dah nak kena roboh, tapi kami ingat kayu2 tu nak buat surau yang kami wakafkan tanahnya (tanah pusaka) untuk Jbtn Agama Trg untuk dibuat surau..Kalau tak sayang juga sebahagian ibu rumah tu, ayahanda aku guna untuk mengajar ilmu agama...dah mcm surau kecil dlm rumah kami. Tu cadangannya lah...apa yg bakal terjadi wallahu'alam.

Kebetulan balik kg ni, rakan aku dari Muar datang melancong ke sini. Aku bawalah dia ronda2 Pasar Payang dan kami ke Pantai Tok Jembal untuk menikmati makanan laut yang digoreng dengan tepung. Kalau kat sini dikenali dgn 'celup tepung'. Contohnya ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung dan lain2. Banyak gerai2 yang menjualnya di sini. Ramai betul pengunjung yang berkunjung di sini. Macam ada pesta pulak. Sebenarnya memang dah lama aku tak datang ke sini...hehe..tercengang2 rakan aku, katanya: datang dari manalah dia orang ni? Biasalah musim cuti sekolah memang penuh...nak parking keretapun tak ada tempat. Gerai2 ni terletak bersebelahan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Pemandangan di sinipun cukup menarik dan cukup meriah. Sama lebih kurang Pantai Batu Burok yang terletak berhampiran rumah aku.

Malam sebelum aku balik ke sini, sempat juga aku meronda ke dataran Shahbandar, ada ekspo jualan...ada jual handbag Siam, tudung2 yg ada awning, makanan2 ringan dan ada fun fair dari euro. memang meriah tol la...Nak jalan2 ke sinipun, jalan dah banyak berubah...sehala sana, sehala sini....pening aku dibuatnya.

Sebelum bertolak balik...aku singgah membeli pulut panggang berhampiran Sekolah Kebangsaan Ladang. Pulut panggang kat situ 'best'...panas2. Penjual dia beritahu hari ni banyak tempahan, jadi dia tak banyak jual. Aku siap oder lagi takut tak dapat sebab balik tahun lepas aku nak beli dah semua kena tempah. Nak tahu... kat gerai dia ni, Yang Di Pertuan Agong pun suka makan pulut panggang dia. Hari yang aku beli tu, baginda ada oder 100 biji...mungkin untuk minum petang kot. Ok la tu, walaupun gerainya kecil tapi ada kualiti kan?

Macam biasa sebelum meneruskan perjalanan balik ke destinasi aku ni. Singgah rumah kakak aku satu malam lagi. Esoknya selepas sarapan di cafenya...sarapan nasi lemak ikan tongkol, memang best punya..baru teruskan perjalanan balik ke sini...

Itulah serba sedikit ceritera aku balik kampung pada kali ni.

Maaflah...plotnya tunggang langgang hehe...yang penting aku dapat bercerita sikit dan update blog aku ni. Apapun terima kasih krn sudi meluangkan masa untuk baca entry kali ini!!!





2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Nak try lah restoren ni nanti..dekat je ni..:)
    Tau sgt pengacara K.Wan tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalo camtu bgus la..gi cuba cpt2 hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post