Karikatur sebuah akhbar yang didakwa menghina Islam



Iktibar yang boleh kita ambil daripada penerbitan karikatur ini......

Jikalau jahil tentang hukum Islam, janganlah sembarangan kita mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengannya kerana ia boleh mengundang sensitiviti bagi umat Islam, khususnya bagi yang arif tentan hukum hakam Islam. Isi kandungan di dalam karikatur ini jelas2 menghina hukum Islam.

Petikan kenyataan yang Al-Wardah ambil dari sebuah laman web:

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Jelas sekali perbuatan rogol dan zina itu berbeza dari segi untuk memutuskan hukumannya.
dan untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah pergi ke alamat ini;

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post