masakan special: nasi beriani



Alhamdulillah, aku dah selesai masak masakan yang aku beritahu kat entry sebelum ni..
menu masakan aku hari ni, nasi beriani kurma ayam kampung.

sebenarnya dah lama tak masak. dulu masakpun sikit je, satu periuk masak je. ni aku masak 4kg satu periuk besar...penat abih...huhu

masak ni bukannya ada hari istimewa apapun. sebenarnya aku buat khusus untuk bonda aku yang tercinta...dia teringin nak makan ayam kampung....jadi aku buatlah kurma ayam kampung. dah ramai2 tu, aku buatlah banyak sekali. lagi satu...aku ni tak reti nak masak sikit2 takut tak cukup..memang teruk tol kan?

tak tahulah apa rasanya, sedap ke tak tapi yang pasti boleh dimakan. aku ni bukan pakarpun dalam masakan ni. masak nasi minyakpun pakai campak2 je, yang penting habis dimakan...hehe

nak tahu sedap ke tak, aku kena tunggu reaksi mak aku petang nanti huhu..
kalau dia boleh makan habis sodap la tu.
jom...layan jap gambo2 yang aku ambil ni...hehe


mula menumis bahan2 yang diperlukan


masukkan air setelah semua bahannya ditumis


baru masukkan beras basmathi ni...


nasi beriani yang telah siap dimasak


kurma ayam kampung


pencut


siap untuk dimakan

hmmm...penat sudah...aku nak rehat dulu...


2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post