tak sihat

Alhamdulillah...sehingga saat ini aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di muka bumi ini...
Dlm satu minggu ni, aku memang tak sihat...tekanan darah rendah, sistem penghadaman tidak bagus dan badan tak bape sihat. Baru je naik sekolah dah tak sihat pulak..

Tetapi selagi aku berdaya, aku akan menjalankan tugasku. Mungkin aku ni jenis yang tidak mudah give up termasuklah dgn penyakit. Suka memaksa diri selagi boleh sehingga mereka yang berada di sekelilingku tak tahu aku di dalam keadaan tidak sihat sebab lagakku macam orang sihat.
Minggu pertama sekolah ni, aku just bincang jawapan yang betul dgn para pelajar. Dalam keadaan mamai2 dan tidak bertenaga aku teruskan jua tanggungjawabku. Berjalanpun sebenarnya tak stabil...ni mungkin akibat tekanan darah rendah...aku hampir pitam di dalam kelas semasa mengajar pada hari Rabu. Terpaksalah aku duduk. Minta jauhlah dari mengalami pitam ketika aku berjalan. Belum pernah lagi aku sampai tahap tu.

So hari ni...aku tak kerja sebab sudah sampai kepada peringkat tidak berdaya dan tak boleh memaksa diri lagi.
Selepas solat subuh (sujud sajdah), aku sambung tidur sehingga pukul 11.30 pg...tapi dalam keadaan kejap2 jaga. Memang rehat habis la...
Alhamdulillah...adalah kemajuan sikit, bolehlah jenguk blog ni sekejap. Tapi tak boleh berlamalah...
Selepas ni nak makan ubat dan sambung rehat...tidur balik...huhu

Semoga aku cepat sembuh dan bertenaga seperti biasa...kerana masih banyak lagi tanggungjawabku.
Doakan aku ya..
Cukup sampai di sini corat coretku untuk hari ini.
Semoga jumpa lagi!
Salam Hari Jumaat buat semua...


Doa ketika sakit

Bismillahirrahmanirrahim...

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Rajin2 lah makan ubat n take care..moga cepat sembuh ye..dan dpt menjalankan tugas sprti biasa..

    ReplyDelete
  2. Akak, terima kasih

    Dean, terima kasih...eh bnda pa lak syyh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post