Sunday, July 31, 2011

Ramadhan...Akhirnya menjelma jua

Alhamdulillah...akhirnya Ramadhan yang ditunggu2 menjelma jua
dan kita dapat melangkahnya bersama2.
Ada di antara kita yang tidak sempat untuk menemui
Ramadhan pada tahun ini kerana telah terlebih dahulu menghadap Ilahi.
Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu
Ramadhan yang dirindui....imarahkanlah ia dgn perbanyakkan amalan2
yg telah disarankan oleh Rasulullah SAW...di sepanjang bulan ibadah ini.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi
kita lebih keberkatan dan kerahmatan serta maghfirah dari Allah SWT.



Ya Ramadan!, by Noor Syed

In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind

A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It's a continuous training to strengthen our Imaan.

Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past

Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind

Akhir kalam,

" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!! "

buat semua umat Islam walau di mana jua anda berada..

Syukur kepadaMu, Ya Allah...

Alhamdulillah....

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana masih memberi aku kekuatan untuk aku bangkit lagi pada pagi ini. Semalaman aku tidak boleh bangun dan berdiri kerana semua angin yang ada di dalam badan aku lari ke bahagian perut. Oh! Sakitnya tidak terkata...ingin sahaja aku melalak dan menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan tapi...apa guna. Biarlah kesakitan itu menjadi kifarah buat dosa2 yang mungkin aku lakukan sama ada sedar atau tidak.

Semoga ujian demi ujian yang aku hadapi akan meningkatkan lagi ketaqwaanku terhadapNya. Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dan melaluinya dengan tenang. Amin Ya Rabbal Alamin....





Ashraf gagal jadi Aleesha meninggal

Assalamualaikum...semua.
Semoga hari ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Wardah rasa ramai di antara kita mengikuti kisah pemuda ini, yang menguji sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia kerana beliau ingin menukarkan namanya daripada Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana di dalam MYkadnya setelah membuat pembedahan menukarkan jantinanya di Thailand dua tahun lalu dengan memfailkannya di mahkamah.

Wardah cukup terkejut apabila membaca berita mengenai kematian beliau melalui salah sebuah akhbar laman web. Beliau meninggal akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Sebelum ini ibunya menyatakan beliau berada di dalam kemurungan selepas permohonan yang difaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar nama wanita ditolak pada 18 Julai lalu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba2Nya.

Sebenarnya Wardah cukup bersimpati dengan insan2 seperti beliau yang agak kurang pengetahuan agama tentang perkara ini. Harus diingatkan, sebagai seorang muslim kita tidak boleh melakukan perbuatan haram ini walaupun perlakuan diri seorang lelaki itu seperti seorang perempuan, kerana jantina tidak menafikan hak itu semua. Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu...apa yang dijadikan oleh Allah SWT pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali kita mencabar kuasa Allah SWT kerana dengan kalimat 'Kun Fa Yakun' ~ jadilah, maka jadilah....segala apa yang dikehendaki olehNya.

Sekiranya masih ada lagi di luar sana yang berhasrat untuk menukar jantina dan kurang arif tentang hukum agama, janganlah segan2 merujuk golongan ulamak dan Insyaallah mereka boleh membimbing anda semua. Masalah yang berlaku ialah mereka tidak mahu mendekati golongan ini dan selesa mendekati golongan yang menyokong dan meredhai perbuatan mereka, sepatutnya mereka yang didekati oleh golongan ini perlu memberi nasihat yang baik yang boleh menuntun mereka kembali ke jalan Allah SWT. Setiap dari kita berkewajipan di dalam membetulkan sesuatu yang tidak betul mengenai urusan agama jika kita di kalangan orang2 yang mengetahuinya, jika tidak diam itu adalah lebih baik daripada menyampaikan sesuatu yang tidak benar.

Semoga apa yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Ashraf memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Dan Wardah mendoakan semoga beliau sempat bertaubat kepada Allah SWT sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Amin...

Berita terkini yang Wardah 'copy' dari sebuah akhbar laman web:

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Tak sempat

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

- Bernama

Kita semua tidak tahu apa yang bakal berlaku di penghujung kalimah terakhir kita sebelum nyawa berpisah dari jasad...Jadi janganlah kita semua terpengaruh dek apa yang zahir ternampak oleh pancaindera kita untuk menilai seseorang sama ada dia baik atau tidak. Jadi marilah sama2 kita berdoa ke Hadrat Ilahi semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diterima olehNya.


Semoga roh Mohd Ashraf Hafiz dicucuri rahmat oleh Allah SWT...
~ Al-Fatihah ~

Dan...buat keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini.


Ingatan buat diri yang masih dalam kekurangan:

"Tuhanku aku tidak layak masuk SyurgaMu namun tak upaya menghadapi api nerakaMu.....Terimalah taubatku dan ampunkan dosa2ku.. Sesungghnya Engkau Maha Pengampun dosa2 besar".

Friday, July 29, 2011

Nasihat Ramadhan ~ Nada Murni


Jom! Kita layan nasyid ni....
hayati dan semoga kita semua mendapat manafaat bersama..



video

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MELANGKAH KE BULAN RAMADHAN DAN DAPAT MENUNAIKAN IBADAH INI DENGAN SEMPURNA DAN IKHLAS..

Wednesday, July 27, 2011

MARHABAN...YA, RAMADHAN!!!

Assalamualaikum semua....!

Hiasilah wajah-wajah anda semua dengan senyuman... :-)

Sya'ban bakal meninggalkan kita, dalam beberapa hari sahaja lagi.....

Ramadhan yang ditunggu-tunggu pula bakal menjelma tidak lama lagi...

Ramadhan ialah bulan yang mulia, bulan rahmat, bulan maghfirah....bulan untuk memohon keampunan, bulan untuk bermujahadah...bulan beribadah.

Alhamdulillah...panjatkanlah kesyukuran kita terhadap Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan dapat terus menikmati segala nikmat dariNya. Mudah-mudahan kita semua dapat sama-sama melangkah ke bulan yang mulia ini. Insyaallah...

Persiapkanlah diri kita untuk bertemu dengannya, untuk kita merawat rohani kita yang pastinya ada luka di sana sini. Luka yang boleh menjejaskan ketaqwaan kita terhadap Rabbul Jalil. Di dalam bulan inilah, peluang untuk kita merawat luka yang ada dengan melakukan amal sebanyak-banyaknya kerana pada bulan ini syaitan semuanya diikat. Justeru itu, mudahlah bagi kita untuk melakukan amal dengan seikhlas hati. Namun begitu, berwaspadalah kerana nafsu yang berada di dalam diri kita adalah sahabat yang paling akrab dengannya dan boleh melalaikan kita di dalam menunaikan ibadah terhadap Allah SWT.

Ketahuilah, berpuasa di bulan Ramadhan itu adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Tiada siapapun yang terkecuali melainkan mereka yang diharuskan berbuka kerana sebab-sebab tertentu.

Maksud firman Allah SWT:

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa ". ( Al-Baqarah: 183-184)

Terdapat banyak fadhilat atau kelebihan di dalam bulan Ramadhan. Di dalam beberapa hadis Rasulullah SAW ada menerangkan tentang kelebihan-kelebihan tersebut, antaranya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. ~ Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi ~

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. ~ Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi ~

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. ~ Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi ~

4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ~ Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi ~

Secara ringkasnya, semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk sama-sama kita menghidupkannya dengan segala amalan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana berikut:

1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

3. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

4. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

5. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiyah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

6. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

7. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

8. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

9. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

10. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Amal ibadah yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk disempurnakan sepanjang bulan Ramadhan, sebagaimana di dalam khutbah terakhir baginda pada bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Ingatlah! Janganlah kita mengikut hawa nafsu yang sentiasa menjurus ke arah maksiat dan penderhakaan terhadap Allah SWT. Berpuasalah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, bukannya kerana mengikut orang lain atau kerana terpaksa. Sesungguhnya, balasan bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja adalah cukup pedih.

Dibawakan sebuah kisah dari sahabat Abu Umamah Al Bahili RA. Beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.”

Berazamlah, bagi mereka yang berkenaan untuk melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini dengan sempurna pada tahun ini (1432H). Semoga dibukakan pintu hati oleh Allah SWT buat anda semua. Dan ambillah kesempatan sebelum nafas terhenti dengan bertaubat kepada Allah SWT, mudah-mudahan dengan demikian segala amalan yang dilakukan diterima olehNya.

Sebelum aku membuat noktah terakhir pada entry ini, ingin aku berkongsi sedikit kisah tentang Almarhum bapaku. Beliau meninggal di dalam usia 80 tahun. Semua anaknya dilatih berpuasa semenjak umur 6 tahun lagi, begitu juga dengan mendirikan solat sunat terawih secara berjamaah. Mungkin aku antara mereka yang beruntung mempunyai seorang bapa yang mempunyai ilmu agama yang cukup utuh di dalam dirinya. Alhamdulillah...

Di sini bukan tentang anak-anaknya yang ingin aku ceritakan. Tetapi aku ingin ceritakan betapa kagumnya aku melihat kegigihan Almarhum bapaku menunaikan solat sunat terawih dari aku kecil hinggalah ke saat terakhir bersama beliau. Selama itu jugalah, aku tidak pernah melihat beliau meninggalkan solat sunat terawih walaupun sehari. Tidak kira sama ada dia sihat, uzur atau penat. Di dalam 2 atau 3 tahun terakhir aku bersama beliau, sudah nampak perbezaan keadaan kesihatan beliau apabila melihat cara dia menunaikan solat terawih. Kalau sebelum ini dia mampu berdiri tanpa berpegang atau bertongkat pada sesuatu, Ramadhan terakhir aku bersama beliau, dia memegang kerusi dengan tangan kanannya untuk berdiri ketika melakukan solat sunat terawih. Cuba bayangkan di dalam keadaan yang beliau sendiri rasakan tidak mampu untuk berdiri kerana cintakan ibadah terhadap Allah SWT dia gagahi jua. Bukan solat fardu tetapi hanya solat sunat.

Tapi....cuba anda semua fikirkan kalau dia yang berusia 80 tahun ketika itu mampu melakukan solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan dengan berdiri, apatah lagi bagi kita yang masih muda, masih bertenaga. Tidak mampukah kita? Namun ada yang enggan melaksanakannya secara konsisten kerana kesilapan itu adalah bermula pada niat. Fikir-fikirkanlah...hanya mereka yang merasa manisnya iman sahaja sanggup bersusah untuk melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati terhadap Allah SWT. Tidak pernah aku melihat Almarhum bapaku solat di dalam keadaan sama ada duduk atau berbaring walaupun di dalam keuzuran dan beliau juga tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan begitu juga dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Aku berkongsi bukan untuk berbangga atau untuk menerima pujian tetapi sekadar untuk memberi MOTIVASI bagi mereka yang culas untuk menunaikan ibadah puasa dan juga mendirikan solat sunat terawih serta melakukan amalan-amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Almarhum bapaku adalah sumber inspirasi buat diriku di dalam melayari kehidupan di pentas dunia ini. Jika iman dapat diwarisi, akulah anak yang paling beruntung. Namun iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa....

~ AL-FATIHAH ~

buat

Almarhum Ayahandaku, Haji Wan Ghazali bin Mohamad....telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 2 Februari 2001 bersamaan 8 Zulkaedah 1421H di dalam usia 80 tahun.

Bah, aku merinduimu...berbahagialah engkau di sana..Semoga engkau di tempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amiiinn....


' AHLAN WA SAHLAN YA....RAMADHAN!!! '

Sunday, July 24, 2011

I'm back!

Assalamualaikum...

Dah agak lama juga aku tak update blog ni...

Hmm mcm yang aku beritahu sblm ni, aku brhenti sebab 'my spirit' hilang. Tp Alhamdulillah 'my spirit' dah kembali...cuma kesihatanku masih belum pulih betol lagi. Aku pun tak berani cakap yang kesihatanku dah pulih seratus peratus...
Aku ambil cuti sakit sampai naik segan...huhu

Rasanya tak ingin lagi aku diberi dugaan sakit sebegini...jauh di sudut hati aku, aku hampir putus asa menghadapinya. Aku cukup lemah, longlai, tak bermaya dan hampir2 aku rasa aku tidak mungkin lagi bertemu rakan2 blog dan semua orang terutama mereka yang aku sayangi.

Klimaks penyakitku ini apabila satu ketika sebaik sahaja aku pulang dari sekolah (hari Jumaat 24 Jun), aku terus berbaring di katil...masa tu, aku merasakan nyawaku sudah berada di kerongkong...nafas naik turun dgn pantas di bhg perut...dan sesekali dia akan tersangkut di kerongkong, kaki tidak mampu bergerak, air mata tidak putus2 mengalir...ketika itu aku hanya mampu mengucap syahadah di dlm hati. Betapa sedihnya keadaan aku ketika itu. Aku hanya pasrah...kalau itulah akhir hayatku, sambil tu aku panjatkan doa semoga aku diberi lagi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini kerana masih banyak tanggungjawabku yang belum sempurna.

Alhamdulillah...Allah SWT Maha Mendengar. Aku bersyukur ke HadratMu Ya Allah.
Akhirnya, 'my spirit' kembali... memberikan aku sebuah kekuatan dan sokongan untuk berusaha sedaya upaya melawannya. Sehingga aku dapat berdiri kembali dan melakukan tugasku seperti biasa. Namun begitu aku tidak boleh terlalu lasak dan aktif kerana aku akan cepat letih. Kadang2 aku rasa seperti orang bodoh bila tidak boleh bergerak aktif seperti sebelumnya, badan macam lemau je kalau lasak sikit...dah manja lak huhu

Kenapa aku baru update blog? Sebab penyakit ni...kadang2 dia datang balik. Jadinya sekejap ok sekejap tak ok...
Kalau nak tahu hari Jumaat lepas, aku mc lagi huhu sebab hari Rabu minggu lepas semasa karnival sukan sekolah cuaca panas terik. Kerana badan aku ni dah manja, disebabkan panas terik sangat petang tu, kepalapun berdenyut. Pada hal bukan buat apapun, tengok perlawanan bola jaring je...tambah lak masuk bilik guru makan durian hehehe...tu pasal la demam. Sepatutnya aku kena hantar pelajar2 kelas KAA dan menjadi fasilitator 'Mukhayyam Bahasa Arab' di SMKA Segamat pagi Sabtu dan berakhir tengahari ni, tapi kerana kesihatan tidak mengizinkan terpaksalah orang lain gantikan. Sedihnya hukhuk... Sebenarnya hati aku ni meronta2 nak pergi sebab dah lama aku tak mengajar subjek BA. Nipun sebab aku menggantikan kawan aku yang cuti bersalin. Rindu aku pada subjek ni...Aku baru masuk sekali kelas 3 KAA, dia orang dah cakap best hehe ( sori perasan jap). Insyaallah, esok aku akan masuk lagi kelas dia orang sebab aku dah berjanji pada diri aku...dalam masa dua bulan dia orang bersama aku, masa itu tidak akan sia2. Insyaallah..I'will take this challenge!!

Sebaik sahaja aku rasa dah sihat, aku dah mula buat program tahunan panitia aku "Kem Pembentukan Generasi Muslim", 15 hingga 16 Julai 2011. Inilah buah tangan aku setiap tahun untuk para pelajarku khususnya yang berada di tingkatan lima, yang cetek pengetahuan fardhu ain, tidak solat dgn cukup, akhlak merudum dan sebagainya. Kem ini adalah hasil cetusan idea dan modul aku sendiri sejak beberapa tahun yang lalu, di samping itu aku sentiasa meminta pendapat teman2 untuk menjadikan kandungan program ini agar lebih berjaya. Tenaga penceramah dan pembimbingnya dari kalangan guru2 Pendidikan Islam, ada juga guru subjek lain yang membantu dari segi disiplin dan ketika slot 'jati diri'. Tak lupa juga yang membantu melancarkan lagi program ini, bantuan tenaga fasilitator dari para pelajarku yang berkebolehan di dalam bidang ini. Pada aku jika jemput penceramah yang mengenakan bayaran yang tinggi sama juga sebab apa yang mereka sampaikan sama sahaja dengan apa yang kami sampaikan. Kalau menjadi...berbalaoi gak tp kalau tak membazir je...kan? Itulah aku...aku yakin setiap dari kami guru2 mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mampu memberi kesedaran kepada para pelajar. By the way aku memang suka melakukan sesuatu kerja yang agak mencabar hehe... Kalau tak ada 'challenge' mana seronok kan? Ok, nanti kalau aku ada masa aku akan berkongsi sedikit sebanyak tentang program kem tersebut. Insyaallah.. Just doakan aku sihat sahaja.

Tentang penyakitku itu...tak payahlah aku beritahu aku menghidap penyakit apa. Diharap semua mengerti. Akupun tak boleh nak cerita dengan lebih ditir sekadar berkongsi sedikit sahaja dgn pengunjung Al-Wardah. Aku mengharapkan di sebalik penyakit yang aku hadapi ada hikmahnya yang tersendiri.

Aku tetap percaya, Allah SWT tidak akan memberi ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNya. Dan setiap ujian yang diberikan itu, menunjukkan Allah SWT menyayangi kita dan supaya kita dapat menambahkan lagi ketaatan terhadapNya.

Itu sahaja yang dapat aku coretkan pada entry hari ini.
Terima kasih kerana sudi membacanya..