Saturday, November 26, 2011

AHLAN WASAHLAN ‘AMUL HIJRIYYAH 1433


Permulaan Tahun Hijrah (Awal Muharam)

Alhamdulillah…Kini kita telahpun memasuki bulan Muharam dan membuka lembaran baru untuk kehidupan umat Islam dengan tahun baru Hijrah 1433. Bulan Muharam termasuk salah satu daripada empat bulan yang dihormati sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran kerana di dalam bulan Muharam banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting yang perlu diketahui supaya ia menjadi pendorong untuk meningkatkan amalan kita, khususnya di bulan ini dan umumnya sepanjang tahun ini.
   
Khalifah ar-Rasyid, Umar bin Al-Khattab R.A merupakan orang pertama yang memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah. Beliau menjadikan peristiwa hijrah sebagai permulaan Takwim Islam dan ia berlaku pada tahun 622 Masehi.

                Hari pertama takwim Islam yang dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah itu, bermulanya syiar Islam ke serata pelusuk dunia dan berjaya meletakkan kejayaan Islam sehingga ¾ dunia.

                Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy terhadap golongan Mukmin. Ketika itu orang-orang Islam adalah merupakan golongan minoriti. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat ke dua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.

“ Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah dan
kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh  melupakan ilmu.”
(Hasan Al-Basri)


Peristwa Pada Hari A’syura 
(10 Muharam)
Fadhilat Bulan Muharam
Allah telah menjadikan :
·         Langit dan bumi, bukit, laut, Syurga dan Neraka, Nabi Adam dan Hawa
·         Arasy, Luh Mahfuzh dan Malaikat Jibril A.S
·         Hari pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan dari langit
·         Nabi Ibrahim A.S terselamat dari kepanasan api
·         Firaun ditenggelamkan Allah
·         Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub
·         Taubat Nabi Adam A.S diterima oleh Allah
·         Allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
·         Kiamat berlaku pada Hari Jumaat, 10 Muharam
·         Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir
·         Allah mengeluarkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan Nun
·         Nabi Isa A.S dilahirkan
·         Nabi Ibrahim A.S dilahirkan
·         Allah mengangkat Nabi Isa A.S ke langit
·         Hari berlabuhnya kapal Nabi Nuh A.S
·         Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
        …menurut riwayat yang sahih

·         Daripada Abu Hurairah Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam”(Sahih Muslim)
·         Hadis riwayat Ibnu Abbas, bermaksud: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
·         Jelas Ibnu Abbas lagi,: “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”
        (Doa awal tahun Hijrah)
·         “Sesiapa yang berpuasa pada Jumaat pertama bulan Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”
·         “Sesiapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala beribadah 900 tahun.”



Semoga Tahun Baru Hijrah ini akan memberi kita satu perubahan yang lebih baik daripada sebelum ini....




SALAM MAAL HIJRAH !!!  
daripada 
AL-WARDAH

Friday, November 25, 2011

SOALAN KUIZ PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Jom...jawab soalan kuiz ni....
Untuk melihat soalan dengan kualiti yang baik sila klik

' PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 '.





Semoga soalan-soalan yang dikemukakan dapat membantu anda meningkatkan prestasi di dalam subjek Pendidikan Islam, khususnya untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.
Sebarang kekurangan yang ada bakal dipertingkatkan lagi kerana ini adalah permulaan bagi Al-Wardah hadiah untuk anda, pengunjung-pengunjung blog Al-Wardah....


Jumpa lagi! Insyaallah untuk yang seterusnya....
Maas Salamah! Zhai Jian! 

Wednesday, November 23, 2011

Tahun Hijrah 1432 kan pergi...Tahun Baru hijrah 1433 kan berkunjung tiba...

Assalamualaikum...semua :)

Semoga rakan2 blogger berada di dalam keadaan sihat walafiat sentiasa dan dirahmati Allah SWT hendaknya...
Mudah2an segala apa yang dilaksanakan di dalam kerjaya masing2 akan mendapat restu dariNya.

Baiklah, berbalik kpd tajuk entry Al-Wardah hari ni....
Hmmm....diam tak diam, rupa2nya kita dah pun berada di penghujung tahun 1432H dan dalam beberapa hari lagi Tahun Baru Hijrah 1433 akan bertandang menemui kita semua...kan?

Agaknya dalam setahun ni, adakah segala urusan yang kita ingin lakukan dan impikan terlaksana dan diredhai oleh Allah SWT? Jadi sebelum kita melangkaui ke tahun baru, sama2lah kita koreksi diri kita dan diharapkan hasilnya akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan berusaha untuk memperbaiki apa yang kurang baik di dalam tahun ini sama ada di dalam aspek ibadah, akhlak, kerjaya dan sebagainya...

Dan semoga tahun baru hijrah yang bakal menjelma memberi kita keazaman yang lebih tinggi untuk menjadikan semua kekuragan yang lepas menjadi lebih baik dan terbaik, Insyaallah.

Marilah sama2 kita berdoa semoga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita bersua dengan 1 Muharam 1433H...Amin

p/s: jangan lupa untuk membaca doa akhir dan awal tahun.....pada hari Ahad ni (25.11.2011 / 29 Zulhijjah 1432) sebelum masuk waktu solat Maghrib,k...



ok...jumpa lagi!

Saturday, November 19, 2011

Kursus Profesionalisme GPI 2011

Kursus Pengurusan Fail dan Plan-J

Bilik Mesyuarat, SMK Bukit Pasir

Dah lama sebenarnya tak mengikuti kursus di luar sekolah kerana masalah kewangan akibat peruntukan yang dikurangkan. Tup2...pada 21 September 2011, Wardah diarahkan mengikuti kursus Profesionalisme untuk guru2 Pendidikan Islam. Tentang apa, dah ada kat atas tu...Jadi, setelah mengikuti kursus ni baru la lebih jelas tentang pengurusan fail especially fail panitia. Kalau tak entah apa2 je terima maklumat yang kurang tepat sampai naik pening nak menguruskan fail.

Begitu juga dgn plan-J yang memeningkan kepala Wardah dan teman2 di sekolah.
Nakkan kecemerlangan pelajar2 kat Johor ni, macam2 difikirkan untuk buat teknik yang terbaik. Tapi lebih kepada memeningkan kepala kami sebab maklumat yang diterima tidak jelas. Alhamdulillah setelah mengikuti kursus ini barulah jelas, sejelas2nya...

Apa2 pun kerjaya guru, benar2 cukup aku respect!!!
Banyak pengorbanan yang kami harus lakukan untuk memastikan kejayaan anak2 didik semua.
Yang pasti, bila ia datang dari nurani yang tulus ikhlas dalam menjalankan tugas...pastinya 'enjoy' dan tidak sesekali menyesal 'terjun' ke bidang ini.

Tahun depan, 'in house training' course ni utk semua ahli panitia...hehe
Yeah!Pastikan Panitia PI sentiasa aktif dan cemerlang utk semua.


Selamat Maju Jaya!




Buat anak2 didikku yang dikasihi...

Selamat menjawab subjek Pendidikan Islam yang akan diduduki pada Isnin ini, 21 November.

Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
Ingatlah kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek tanpa ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal dari anda....

~ Baca Basmalah
~ Surah Al-Insyirah
~ Selawat
~ Doa Penerang Hati
~ Bykkn juga membaca ayat kursi

Semoga kejayaan milik anda semua!

Thursday, November 3, 2011

Masjid Paling Aneh Dan Pelik


Hari ini rasa seronok nak berkongsi apa yang Al-Wardah temui..
Pernah tak anda semua tengok masjid aneh sebagaimana yang Al-Wardah post ni.
Mungkin sudah ada di kalangan anda semua pernah tengok, hmm...bagi yang belum pernah..jommm!!! layann jap..hehe


Bentuk luarannya agak sederhana, namun begitu jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum masuk waktu solat. Mereka sudah pun berkumpul untuk sama-sama melakukan solat secara berjamaah.
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Pembinanya adalah seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong di kalangan warga miskin, namun beliau mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Bunyi nama masjidnya pun paling pelik di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Saya Sudah Makan”). Pelik tak? Di sebalik Masjid yang namanya paling pelik ini, tersebutlah sebuah cerita yang sangat menarik dan mengandungi pengajaran yang sangat berharga buat kita semua.


Masjid Shanke Yadem, Turki

Alkisahnya, kewujudan masjid ini....

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggallah seorang yang warak dan sangat sederhana perwatakannya, namanya ialah Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja saya sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”.

Nak tahu, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalam sebuah kotak tabung. Begitulah yang dilakukannya setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya yang suci murni itu, iaitu untuk membangunkan sebuah masjid.

Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuk seni binanya pun sangat sederhana, sebuah pagar bersegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Sebagaimana yang anda semua lihat di dalam gambar dipamerkan, masjid ini tidak mempunyai bumbung dan permaidani..hanya berbumbungkan langit dan berkarpetkan rumput sahaja.



Masjid "Anggap Saja Saya Sudah Makan"


Akhirnya, Khairuddin berjaya merealisasikan cita-ciatanya yang amat mulia itu. Masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairuddin yang miskin itu didalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berjaya akhirnya....Bagaimanakah pula dengan mereka yang kaya raya, tanah berhektar-hektar, wang di bank berjuta-juta dan hidup di dalam serba kemewahan?
Namun begitu, tidak ramai yang menyangka bahawa Khairuddin adalah seorang yang sangat luar biasa, sehingga orang kaya pun tidak mampu dan dapat berbuat kebaikan sebagaimana beliau.

Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : “Shanke yadem” (Anggap Saja Saya Sudah Makan)

Begitulah ironisnya, kegigihan dan ketulusan seorang hamba Allah yang soleh ini...yang mempunyai impian yang cukup suci murni iaitu membina masjid, walaupun dia sebenarnya tidak mampu.
Memang betul-betul 'amazing'.
Semoga beliau dilimpahi pahala dan rahmat oleh Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya di atas segala apa yang telah dilakukannya itu.

Al-Wardah sebenarnya cukup sayu dan syahdu bila membaca kisah kegigihan Khairuddin Afandi ini. Mungkinkah anda pun begitu juga?