Masjid Paling Aneh Dan Pelik


Hari ini rasa seronok nak berkongsi apa yang Al-Wardah temui..
Pernah tak anda semua tengok masjid aneh sebagaimana yang Al-Wardah post ni.
Mungkin sudah ada di kalangan anda semua pernah tengok, hmm...bagi yang belum pernah..jommm!!! layann jap..hehe


Bentuk luarannya agak sederhana, namun begitu jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum masuk waktu solat. Mereka sudah pun berkumpul untuk sama-sama melakukan solat secara berjamaah.
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Pembinanya adalah seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong di kalangan warga miskin, namun beliau mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Bunyi nama masjidnya pun paling pelik di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Saya Sudah Makan”). Pelik tak? Di sebalik Masjid yang namanya paling pelik ini, tersebutlah sebuah cerita yang sangat menarik dan mengandungi pengajaran yang sangat berharga buat kita semua.


Masjid Shanke Yadem, Turki

Alkisahnya, kewujudan masjid ini....

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggallah seorang yang warak dan sangat sederhana perwatakannya, namanya ialah Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja saya sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”.

Nak tahu, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalam sebuah kotak tabung. Begitulah yang dilakukannya setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya yang suci murni itu, iaitu untuk membangunkan sebuah masjid.

Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuk seni binanya pun sangat sederhana, sebuah pagar bersegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Sebagaimana yang anda semua lihat di dalam gambar dipamerkan, masjid ini tidak mempunyai bumbung dan permaidani..hanya berbumbungkan langit dan berkarpetkan rumput sahaja.



Masjid "Anggap Saja Saya Sudah Makan"


Akhirnya, Khairuddin berjaya merealisasikan cita-ciatanya yang amat mulia itu. Masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairuddin yang miskin itu didalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berjaya akhirnya....Bagaimanakah pula dengan mereka yang kaya raya, tanah berhektar-hektar, wang di bank berjuta-juta dan hidup di dalam serba kemewahan?
Namun begitu, tidak ramai yang menyangka bahawa Khairuddin adalah seorang yang sangat luar biasa, sehingga orang kaya pun tidak mampu dan dapat berbuat kebaikan sebagaimana beliau.

Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : “Shanke yadem” (Anggap Saja Saya Sudah Makan)

Begitulah ironisnya, kegigihan dan ketulusan seorang hamba Allah yang soleh ini...yang mempunyai impian yang cukup suci murni iaitu membina masjid, walaupun dia sebenarnya tidak mampu.
Memang betul-betul 'amazing'.
Semoga beliau dilimpahi pahala dan rahmat oleh Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya di atas segala apa yang telah dilakukannya itu.

Al-Wardah sebenarnya cukup sayu dan syahdu bila membaca kisah kegigihan Khairuddin Afandi ini. Mungkinkah anda pun begitu juga?





3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Salam.Alwardah...lamanya x dgr kabar..akak x dpt bukak blog wardah dh lama..nape ye?harap sumenya ok..:)

    ReplyDelete
  2. wslm, kak..masih ada cuma bz ckit..sumenya ok. akak sihat ke?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post