Friday, December 14, 2012

Saturday, November 17, 2012

Gangnam Style....demam tahun 2012


Sejak mutakhir ini...fenomena yang baru melanda dunia hiburan tanah air yang menjadi ikutan masyarakat kita dari kecil hinggalah dewasa...kalau yang tua pun terikut-ikut gak tak tahu la nak cakap apa...
Fenomena yang Al-Wardah maksudkan ialah 'gangnam style'.

Kebanyakkan yang terikut-ikut gaya nyanyian dan tarian ini terdiri daripada kalangan remaja..
Cuba anda tanya mereka kalau tak percaya, mereka boleh terangkan dari A sampai Z. Tapi kalau tanya rukun Islam berapa perkara....mesti 'out' punya sebab tertukar-tukar dengan rukun Iman.

Peringatan sebagai seorang muslim, kita perlulah menyelidiki terlebih dahulu dari sudut hukum...sama ada halal atau haram apa yang bakal kita ikuti itu. Bahkan...kita tidak tahu, kemungkinan besar 'jarum' daripada orang bukan Islam sedang disuntik untuk menghancurkan umat Islam.

Kalau dahulu mereka menjalankan usaha secara kekerasan untuk memerangi dan menguasai umat Islam. Namun setelah mendapat pengiktibaran dari Peperangan Salib, mereka mendapat kesimpulan bahawa umat Islam tidak boleh ditentang secara kekerasan sebaliknya secara lemah lembut dengan formula baru iaitu ' 'perang saraf '. Yup!!!... Formula yang mereka dapati untuk menghancurkan umat Islam adalah melalui kaedah ' perang saraf ', yang mana ia adalah penguasaan minda. Minda umat Islam mudah dikuasai dengan cara melalaikan mereka melalui corak berpakaian, hiburan, gaya rambut dan sebagainya yang senang dimanipulasikan. Dengan kata lain, ia menanam di dalam fikiran umat Islam dan hati mereka supaya meragui keupayaan Islam satu sistem hidup yang sempurna dan dapat membimbing manusia ke arah kebahagiaan hidup di zaman serba berteknologi tinggi ini.

Bukan tujuan untuk menakutkan, tetapi sebagai peringatan untuk kita bersama...berhati-hatilah dengan setiap perkara yang disebarkan kerana pasti ada 'udang di sebalik batu'. Berperasangka itu lebih baik daripada kita semua terjerumus ke dalam 'jerangkap samar' yang dipasang oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa ingin melihat keutuhan sesama kita terlerai dan akhirnya membawa kemusnahan. Kemusnahan yang pastinya akan dialaskakikan oleh mereka dengan teriakan kegembiraan.

Wasiat Luis IX (Raja Perancis) semasa Perang Salib:

 Raja Peranchis Louis IX


" Sesungguhnya tidak ada jalan lain cara yang boleh menguasai orang Islam melainkan dengan menggunakan kalimah untuk menguasai fikiran Islam dan meracuninya dengan keraguan-keraguan tertentu serta merosakkan isi kandungan yang berteraskan jihad. Semuanya tidak akan berjaya melainkan jalan menghantar pengembang-pengembang agama Kristian dan misi-misi muhibbah yang akan menumpukan kepada sisitem-sistem kebudayaan, pelajaran dan pendidikan Barat sebagai jalan utama untuk menguasai seluruh pemikiran Islam supaya tunduk kepada pemikiran Barat ".

Kata beliau lagi:

" Jika kamu ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, kerana kamu telah kalah di hadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata. Namun perangilah 'AKIDAH' mereka, hancurkan pemikiran-pemikiran mereka, keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam, kerana dalam akidahlah terletak kekuatan Islam. Apabila akidah telah keluar dari dada mereka, maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka. Dengan senjata akan banyak merugikan kita namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan rugi, bahkan kaum muslimin akan rugi ".

Inilah iktibar yang mereka perolehi hasil dari kekalahan 'Perang Salib'!


Di bawah ini saya kongsikan apa kata Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus berkaiatan dengan gangnam style yang sedang meniti dibibir dan ditarikan oleh para remaja kita hari ini.



Semoga kita berpendirian tegas dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Al-Wardah pernah terdengar kenyataan ini, " Jiran Korea...Jepun pun tak tahu tentang tarian atau nyanyian gangnam style ini ". Walhal kedudukannya hampir ". Setuju tak kalau Al-Wardah nyatakan bahawa Jepun mempunyai masyarakat yang berpendirian yang sukar dimanipulasikan? Anda semua boleh fikir sendiri.

Diharapkan segala apa yang Al-Wardah kongsikan ini memberi manafaat buat kita semua.
Aminnnn....


Thursday, November 15, 2012

Anugerah Skrin 2012...antara yang menarik

Walaupun dah terlambat, mungkin isu2 hangat yang berlaku di dalam Anugerah Skrin tempoh hari masih lagi berbekas di dalam kotak memori anda semua kan?
Sebenarnya Al-Wardah tak nengok sepenuhnya pun..cuma di awal2 sahaja, lepas tu rasa "so bored" terus buat kerja lain. Tapi bila nengok kat status fb, masing2 merungut...tak best la, boring la, meluatlah...tapi baguslah dia orang ni masih setia hingga ke hujungnya.
Kalau tak, mana nak dapat maklumat ini semua..hehe

Pada pendapat Al-Wardah la, konsep yang hendak dibawa oleh pihak penerbit program ini agak tidak sesuai kerana kebanyakan artis yang terlibat adalah muslim. Apabila di bawa konsep 'Fairy Tale' (Selami Dunia Fantasi Kami). Ia lebih mirip kepada pendekatan orang bukan Islam, yang jelasnya adalah Kristian. Kita dapati dari segi corak pemakaian dan juga pergaulan, agak menyongsang dari cara hidup yang dianjurkan oleh Islam. Memang lah, bila disebut hiburan semacam ini, sukar untuk diterapkan nilai2 Islam yang sebenar tetapi jagalah kesopanan sebagai seorang yang bergelar diri sebagai Islam. Pakailah pakaian yang tidak mencolok mata...jagalah batas2 pergaulan.

Menegur adalah hak kita sebagai seorang muslim, yang ditegur haruslah terima dengan hati yang terbuka dan cuba muhasabah serta perbaiki ke arah yang lebih baik.

Cuba anda lihat sendiri, apakah ini sesuai dengan budaya kita? Kalau dari sudut Islam memang dah 'out' awal2 lagi..









Kadang2 bila direnung2, difikir2 gambar2 di atas ni, semacam....eksploitasi ke atas wanita lak..!

Di bawah ni pula, adalah kata2 yang tak patut dikeluarkan oleh seorang muslim...



Semoga Allah SWT memberi petunjuk...Kadang2 bila kita terasa bersalah Allah mahu kita menjadi lebih baik.






Alhamdulillah...dalam kalangan artis ada yang mampu untuk berdakwah juga...contohnya jelas dilihat kata2 di dalam gambar di atas...walaupun nama macam orang putih tapi keislamannya terserlah.
Nak nengok video ucapan Pierre Andre ini?
Jom...





Ini hanyalah pandangan peribadi Al-Wardah...mohon maaf sekiranya tersilap bicara..

AES (Automated Enforcement System)

Ini maklumat terkini yang hendak Al-Wardah kongsikan bersama..
Beberapa hari lepas terdengar rakan2 bercerita pasal AES ni..
Apa kebendalah ya...tu yang membuat Al-Wardah teruja untuk mengetahuinya. 
Cuma dengarnya macam saman ekor.
Ya ke???

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan
 nama singkatanAES (Automated Enforcement System)  sedang hangat 
diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara 
automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang 
dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera 
(gambar dan video). 
Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan 
yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah 
ialah 'lokasi maut'. 

Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu 
melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat
Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan 
dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang 
berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif 
dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 

Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, 
Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Apakata kita tinjau sama2 apa hasil yang Al-Wardah temui..
Jom3 :)




Tahukah anda apa itu AES?

a) Apa itu AES – Automated Enforcement System 
    (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang 
lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau 
dalam apa jua keadaan cuaca.

b) Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik 
di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan 
lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang 
melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES 
kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. 
JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & 
mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

d) Siapa yang mengendalikan AES?

AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta 
yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

e) Apakah teknologi yang digunakan?

Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia
manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot 
dari Jerman.

f) Di mana kamera AES dipasang?

Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang 
ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia 
[MIROS]

g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

Kedua-dua syarikat ini diberi hak oleh Kerajaan untuk memasang kamera 
di lokasi yang telah ditetapkan.

h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang 
telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat
RM16 setiap saman yang dibayar.

i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya 
hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik
bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu 
JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

j) Apa itu SAMAN

Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir 
ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun 
juga RM300.

m) Apa itu kompaun?

Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar 
denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak 
hadir ke Mahkamah.

n) Apa hukuman di bawah AES?

a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), 
denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda 
minimum RM300 dan maksimum RM2000

o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN 
tidak membayar kompaun?

Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah 
yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap 
boleh dikeluarkan.

p) Apa itu Waran Tangkap?

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa 
ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang 
yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan 
kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau 
hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

Tuduhan akan dibacakan.

Contoh tuduhan

"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 
Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor 
sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah 
memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi 
hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal
mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan 
hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan 
satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 
dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh 
dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 
(Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku bersalah?

Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta 
untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima &
maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. 
Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira 
kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga
& penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. 
Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti 
yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan 
jaminan berkelakuan baik.

Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan 
tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa 
OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan 
bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti 
gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa 
perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah 
akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. 
Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan,
maka Mahkamah akan melepaskan OKS.


Sumber:
TERBITAN

JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
[KASE]

14 NOVEMBER 2012.
29 ZULHIJJAH 1433


Al-Wardah just copy n share untuk maklumat semua

Kesimpulannya, adakah dengan pelaksanaan ini mampu mengurangkan risiko kemalangan? 
Apapun, jadilah pengguna jalanraya yang bijak, patuhi had laju yang dibenarkan...
Patuhi undang2 jalanraya...Jiwa pun selamat :)





Salam Maal Hijrah 1434

Diam tak diam...kita dah pun berada di awal Tahun Baru Hijrah..
Begitu pantas masa berlalu...namun seharusnya kita bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu dengan 1 Muharram 1434H.
Semoga Tahun Baru Hijrah kali ini membuka lembaran baru buat kita semua ke arah yang lebih baik.

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" itulah tema Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini...
Apakah maksud yang tersirat di sebaliknya, sama2lah kita fikir dan realisasikannya.



Perbaharuilah azam kita pada tahun ini agar kita menjadi seorang insan yang berguna untuk kesejahteraan ummah.

"SALAM MAAL HIJRAH 1434"

Blogku bersawang..

Aduhai...lama dah tak meng'update'  blog ni...
macam dah nak pencen...blogku ni dah bersawang...agak setebal berapa inci la...hehe
banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama berlegar-legar di dalam kepala ni, tapi apakan daya masa cukup terhad...tahun ni, terlalu sibuk...sempat jenguk beberapa minit sahaja....

Kepada rakan2 blogger, jangan kecewa bila anda berkunjung ke sini tak ada post baru...itulah masalah aku sekarang, sibuk memanjang...ni pun sebab rindu sangat2 nak 'update' blog ni..


Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan esok!
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyayangi negara kita yang tercinta ini...
Hargailah pengorbanan para pejuang tanah air kita dgn menjaga keamanan sejagat...
Merdeka!Merdeka!Merdeka...!!!!


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke 55...
" JANJI DITEPATI"

Sunday, August 19, 2012

Salam AidilFitri :)

"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa telah jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012"

Yup! Tarikh Hari Raya telah pun diumumkan pada jam 8 lebih tadi..
Kalau di negeri kelahiranku, dah mula bunyi tembakan meriam atau bedil sebanyak 7 das sebagai menandakan esok adalah Hari Raya..
Namun pada kali ini, tak dapatlah dengar sebab aku tidak dapat beraya di kampung halamanku atas faktor tertentu..
Tidak mengapalah, yang penting kat sini beraya jugak..kn?

Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah bonda dan kaum keluarga 
Juga pusara ayahanda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai bondaku ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

lirik asal: Airmata Syawal

huhu...sedih lagu ni...


Dikesempatan ini, Al-Wardah ingin memohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan dan kesalahan daripada rakan2 blogger dan pengunjung2 Al-Wardah. Saya hanya insan biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesilapan...Semoga lebaran esok akn memberi seribu erti kebahagiaan buat anda semua...


Tak sempat nak create kad lawa2..
simple je ni :)
Sempat juga malam ni, siapkan langsir yang terbengkalai dek pemantauan nazir Rabu lalu...
Tapi saya bukannya pro benor..tp bolehlah hehe

Dah siap utk sliding door ruang TV...
kira ok la...

Ini gara2 hati kat kg....jasad je kat sini huhu
kena tetas balik sbb tak fokos, nsib la badan
Rasa macam nak demam lak kerjakan langsir kain oganza utk dua tingkap dan lagsir purple tu utk ruang TV..

Oklah...cukup hingga di sini, Insyaallah jumpa lagi pada entry akn datang.Maaf susunan entry ni tunggang langgang sbb penatttttt :(


Pemantauan Nazir

Assalamualaikum....
nak update tak sempat-sempat...
ni pun tgh curi masa yg sbnrnya adalah utk rehat setelah penat menjahit langsir dan menyediakan juadah untuk Hari Raya esok..
tp nak juga saya berkongsi cerita dgn rkn2 blogger dan stalker

Kreatifkn anak2 didik Al-Wardah
Ni terima sehari seblm pemantauan :)

Pada tanggal 15 Ogos, Wardah didatangi oleh nazir dari Putrajaya dan Jbtn Pelajaran Negeri...adalah utk melihat cara Wardah mengajar dan adalah yg berkaitan dgn tugas2 lain sebagai guru..
Wardah menerima panggilan  dari nazir pada lbh kurg jam 12.15 tgh Jumaat lalu, masa tu tengah sibuk berkemas utk balik. Pada ptg tersebut ada pula Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar jam 5.30 ptg.
Wardah ada masa lbh kurang 4 hari utk melakukan persediaan..
Dalam keadaan yang penat dgn tugas2 sampingan sbg GPI, Wardah berusaha juga membuat persediaan utk menerima kedtgn nazir tersebut..Yang PASTI Al-Wardah tidak mahu mengecewakan mereka, apabila datang tiada langsung persediaan utk mereka lihat...Cuma agak terkilan sikit tak dpt buat persediaan utk perkara yang perlu Wardah ambil tahu walaupn apabila fokus utama sebg pendidik adalah hanya utk memastikan para pelajar berjaya dr segi JERI...Apapun Wardah sudah lakukan yg terbaik dgn niat yang tulus ikhlas, tak lain dan tak bukan hanya utk menjadi seorg muaddib yg dpt membimbing para pelajar ke arah kebaikan duniawi dan ukhrawi.

Baiklah dipendekkan cerita, dtglah nazir tadi ke sekolah utk memantau Wardah...siap main nyorok2 lg hehe...taklah, sbnrnya Wardah dari kls tingkat 4..kwn ada call beritahu nazir dah sampai...so kenalah turun utk menjemput, katanya dkt dgn pintu pagar..berkejarlah ke sana...cari-cari tak jumpa...GPK ckp dah dibawa Tn Pengetua ke pejabat...berkejarlah pula ke pejabat....jumpa la juga akhirnya. Tapi Wardah dah berpeluh-peluh sebab trpaksa main kejar-kejar ni huhu....kpntan melaksanakan program masih berbaki lg..tambah lak penat pg tu..

Bermulalah sesi p&p...mcm biasa la kls Wardah selamba je...so tak ada hipokrit di sini ya...hanya melakukan apa yg biasa dilakukan dlm p&p saja..stlh selesai p&p, 3 org pelajar telah ditemubual oleh nazir. Entah apa yg disoal kpd pelajar-pelajar ku..tetiba je selepas mereka ditemubual timbul statment "betul ke cg nak kena dipindahkan?"...agaknya nazir soal camtu kot, mungkin nak nengok pelajar Al-Wardah seronok tak dgr berita tu..Mulalah pelajar2 lain susah hati, ada mereka cakap: "memandai je nak tukarkan cg kita", "kalau cg nak pindah, kasi kita org lps SPM dulu"...dan lain2 komen dr mereka.
Sayang awk semua kat cg ya hehe...(perasan lak)

Wardah pula turun ke blk guru utk mengambil fail-fail yg sepatutnya utk dipantau oleh pihak nazir...penat lg huhu...pastu kena interview lak dgn nazir...rasa penat bkn kepalang hanya Allah shj yang tahu...so adalah soalan yg agk blur utk dijwb sbb tak dpt berfikir dgn baik tapi hentam sajalah...janji jawab dgn jujur dan ikhlas...~cool and steady~
Sebnrnya apa yg Wardah sediakan utk para pelajar, semuanya adalah krn minat, suka dan tiada paksaan drp mana-mana pihak..yang penting ia memberi kepuasan kpd diri sendiri..Jgn menyusahkan orang lain sudah la kan?

Sebelum mengakhiri enty ini, Wardah ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kpd pihak nazir di atas bimbingan dan teguran semasa pemantauan dijalankan. Insyaallah, apa yang perlu saya perbaiki akan saya usahakan sebaik mungkin. Jangan risau saya tak akan kecewa jika motif pemantauan bkn milik saya. Tapi jika saya diberi peluang akan saya lakukan yang terbaikkkk!!! Insyaallah.
Saya tetap berpegang dgn kata-kata keramat ini sebagai semangat buat diri saya:


“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. “

~IMAM HASAN AL-BASRI


Di bawah ini Wardah uplodkan gambar para pelajar Wardah :)
Sayang awk semua!

Sesi perbincangan di dalam kumpulan
sambil dilihat oleh nazir

Sesi pembentangan
hmmm....tak silap Kumpulan Masam ni
Hope enjoy dgn entry hari ini...
hehe esok dah raya...ok baca entry baru lak..