Thursday, January 26, 2012

Fitrah Semulajadi Manusia

Tahukah anda...
Keinginan manusia itu bermacam-macam, ada yang ingin kaya, cantik, rumah besar, kereta mewah, makanan yang enak-enak dan sebagainya. Dan untuk mendapatkannya, pastilah mereka akan berusaha ke arah itu...namun,
Sehebat mana seseorang manusia sekalipun, manusia tidak dapat melampaui had yang ditetapkan Allah SWT melalui fitrah alam. 
Bak kata-kata di bawah ini:

“Sekuat mana seorang manusia,apabila lapar manusia terpaksa makan dan minum,
Setinggi mana kelaparan dan dahaga manusia, apabila kenyang mereka terpaksa berhenti,
Segagah mana seorang manusia, akan ada waktu penat dan lelah,
Sehebat mana seorang manusia itu sekalipun, suatu hari mereka pasti mati”
~ kata-kata dipetik dari seorang yang cukup saya kagumi..Tuan Guru.

Walau apapun yang kita lakukan di atas muka bumi ini, pasti ada had dan sempadannya. Jadi perlulah kita sentiasa ingatkan diri kita bahawasanya kita tidak sekali-kali mampu mengatasi kehebatan Allah SWT. 
Marilah sama2 kita meningkatkan amalan kita terhadapnya dan semoga kita dalam kalangan mereka yang tidak dibolak balikkan hati setelah diberi hidayah olehNya...Amin




Wednesday, January 25, 2012

Petua Imam Shafie Rahimahullah

Ada perkara yang kita jarang2 ambil tahu tapi agak rugi kalau kita tak tahu sebenarnya.
Jadi, apa kata kita baca post entry Al-Wardah ini dan sama2 kita ambil manafaat darinya.

Empat perkara menguatkan badan


1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



Empat Cara Tidur

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadianlangit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makananyang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




See you soon!!!



Khusyuk Dalam Solat

Salam petang Rabu hehe...
Dah lama gak tak post sesuatu untuk dikongsi bersama..
Jom kita kongsi untuk kita praktikkan di dalam solat kita seharian...

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca atau yang diucapkan.

Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasakan diri kita terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diberi ganjaran oleh Allah.

Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.


Sebagai peringatan bersama.... :)


Sunday, January 1, 2012

Entry Pertama 2012..HIDAYAH MILIK ALLAH SWT

Assalamualaikum semua...

Dah lama aku tak update blog..Sebnrnya byk yg nk dicurah dan dikongsikn bersama di sini tp masa membatasi segalanya krn mggu ni sekolah akan bermula. Jadi busy la nmpknya.

Apapun, aku nak kongsikn bersama tentang seorang bekas pelajar yang aku sayangi, akhirnya berkumpul menjadi sebahagian dari kita yang beragama Islam.
Tanggal 30 Disember hari Jumaat, waktu kurang pasti tapi di seblh petang, Alice (bukan nama sebenar) telah memeluk Islam.
Dia memang suka berkawan dgn pelajar Melayu semasa dia belajar di sekolah aku dan dia bercouple dgn lelaki berbangsa Melayu semenjak dia tingkatan 5, masa tu pak we dia tingkatan 3..biasalah minat antara satu sama lain. Macam mana aku tahu? Adalah.. dan sewaktu dia ni di tingktan 6 atas kami cukup rapat hingga dia mula memanggil aku 'umi'. Biasalah aku ni suka cari masalah, adalah masalah dak2 tingkatan 6 ni yg memang aku tak mengajar pun aku selesaikn dengan sebab guru2 mereka tak dpt nk selesaikan dan meminta bantuan dariku. Alhamdulillah dgn izin Allah SWT aku dapat menyelesaikan masalah mrk sblm mereka menduduki STPM. Jd grup mrk ni, semua panggil aku umi..cukup besar maknanya tu kan? Aku cukup menghargai walaupun aku tak minta apa2 balasan di ats pertolongan aku itu.

Dia adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah aku dan setelah mendapat keputusan yg cemerlang di dalam STPM dia telah melanjutkan pelajaran ke salah sebuah IPTA. Biasalah agaknya, bila berjauhan pasangan bercinta ni, banyaklah cabaran, akhirnya membuahkan badai yang menyebabkan hubungan mereka terputus pada awal tahun lepas. Aku tak nak salah kan mana2 tapi mungkin ada hikmah di sebalik itu semua. Sebenarnya, akupun tak galakan mereka tp mereka sudah boleh berfikir sendiri.
Dia selalu call aku untuk mencurahkan segala kekusutan yang melanda dirinya dan aku sentiasa menyokong dan memberinya semangat. Aku juga sentiasa berpesan walau dia tidak lagi bercouple dgn pelajar melayu tu, niatnya tidak akan berubah untuk mendalami Islam seterusnya memeluk Islam suatu hari nanti.

Alhamdulillah...malam 31 Disember dia call aku untuk berkongsi berita gembira ini..Dia beritahu yang dia telah memeluk Islam petangnya. Berkali2 dia call aku tak dapat sebab masa tu, aku tengah on9..Kemudian best friend dia, juga rapat dgnku 'inbox' aku dgn mengatakan yg Alice nak beritahu sesuatu kat aku. Sebaik sahaja dia call aku, terdetik di dalam hatiku, mungkin Alice sudah memeluk Islam? kemudian dgn suara yg terketar2..mungkin sebab terlalu gembira dia mengucapkan 'Assalamualaikum', umi kepadaku..aku terus menjawab dengan lambat2..krn rasa macam sedikit terkejut walaupun aku sudah menduga..
Masa itulah aku rasa, masalah yang melanda diriku pada hari tersebut hilang kerana berita yang ku terima ini lebih dari segala2nya. Aku menangis kegembiraan..berita yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit, intan permata, emas atau harta dan segala2nya...HIDAYAH dari Allah SWT buat dirinya. Hidayah hanya milik Allah SWT dan tiada siapa yang memperolehinya kerana mereka yang memperolehinya adalah insan yag dipilih oleh Allah SWT.. Alhamdulillah...lalu aku terus melakukan SUJUD SYUKUR selepas solat Isyak.
Dalam masa aku berbual dengannya, aku bertanya nama Islam pilihanya. Dia beritahu dia suka Nurul Jannah..kemudian aku beritahu dia nama tu dah ramai, apa kata NURUL ADNE? Dia pun tanya aku, apa maknanya? Aku cakap sama sahaja dengan Nurul Jannah, Cahaya Syurga. Alhamdulillah, dia suka dengan nama yang aku cadangkan...memang sesuai dgn peribadinya..lemah lembut.. :)

Dia sebenarnya bimbang bapa dia tak dapat terima berita tentang keislamannya. Ibu dia tak ada masalah..Aku pesan padanya supaya banyak2kan berdoa semoga Allah SWT melembutkan hati bapanya.
Jadi sekarang ni, aku sentiasa support dia, begitu juga dengan rakan2 yang ada di sekelilingnya..Bila aku berbual dengannya dan dia banyak bertanya tentang Islam, air mataku sentiasa bergenang. Cukup terharu, ku rasakan..Kalau boleh nak menguntum senyum je sepanajang hari hehe....
Inilah hadiah yang cukup istemewa dan bermakna telah aku terima sebagai lambaian terakhirku untuk tahun 2011 dan sebagai menggamit kedatangan tahun 2012 yang cukup manis ku dapat rasakan!

Doakan ya, semoga Allah SWT permudahkan saudara baru kita ni.. :)
Terima kasih kerana menghayati entry hari i ni yang agak tunggang terbalik gaya bahasanya..
Rasanya, cukuplah dulu entry aku pada hari ini...Insyaallah jumpa lagi!

Semoga langkah pertama tahun 2012 ini memberi semangat yang baru untuk kalian semua!
Salam ukhuwwah buat anda semua...

"Jangan patah semangat apabila melihat orang lain gagal....
                                                  kerana hidup adalah pilihan bukan nasib "