SALAM MAULIDUR RASUL 12 Rabi'ul Awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012M


Dikala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana di Kota Mekah, seorang bayi lelaki yang membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia.

Bayi itu yatim, bapanya yang bernama Abdullah meninggal dunia,7 bulan sebelum beliau dilahirkan. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muttalib dengan penuh kasih sayang. Bayi itu kemudiannya, dibawa ke kaki Kaabah. Di tempat suci inilah, bayi itu diberi nama Muhammad..suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya. Kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.
Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik yang kita harus ikuti di dalam menjalani kehidupan seharian. Amalkan segala sunnah baginda di samping kita perbanyakkan selawat ke atas baginda. Tiada semulia-mulia insan di atas muka bumi melainkan baginda.



JOM!!! SELAWAT BERSAMA-SAMA  :)




Antara Fadhilat selawat menurut beberapa hadis Rasulullah SAW ialah:

~ Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat dan Allah SWT akan   
   menurunkan rahmatNya.

~ Allah SWT akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka yang berselawat lima 
   ratus kali sehari, Insyaallah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selama-  
   lamanya.

~ Mereka yang banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah SWT.

~ Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinya dan terjauh dari bala 
   bencana.

~ Mereka yang mengamalkan kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati, bacalah  
   Selawat Nabi, Insyaallah akan mudah diperolehi.

~ Mereka yang mengamalkan banyak Selawat Nabi, Insyaallah akan mendapat rezeki yang 
   berkat. berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.

Apapun, yang penting perbanyakkanlah Selawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW terutamanya pada hari ini sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H.

SALAM MAULIDUR RASUL buat semua pengunjung Al-Wardah  :)
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT... Aminnnn


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post