Sunday, April 22, 2012

Kisah Masyitah, Tukang Sisir Puteri Firaun


Marilah kita sama2 mengikuti dan menghayati kisah Masyitah yang cukup tragis ini....
Semoga kita sama2 memperolehi manafaat dan pengajaran dari kisah ini.

Sebagaimana yang kita semua tahu, Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang ingkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah, betapa kejamnya Firaun.

Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.
Masyitah adalah pelayan raja yang paling terkenal sebagai tukang sisir keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.
Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa disengajakan dia melatah dan menyebut, “Allah!”
Puteri tersebut bertanya siapakah `Allah` itu. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam .”
Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.
Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sisir, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana. Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.
Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.
Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.
Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.
Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman sama ada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”
Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.
Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya Syurga sedang menanti kita.”
Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.
Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin Syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.
Begitulah hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.


mumia Firaun zaman Nabi Musa A.S

gambaran laut merah yang terbelah dgn tongkat Nabi Musa A.S dan
Firaun mati tenggelam kerana keangkuhannya


catatan:

mungkin ketebalan keimanan Masyitah tak dapat kita tandingi tetapi marilah sama2 kita mendidik diri kita menjadi yang lebih baik :) 

Lirik Nasyid ke Pertandingan MTQ peringkat daerah 2012


AL-QUR’AN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH


Al-Qur’an
Ya Al-Qur’an… 

Al-Qur’an…2X
Al-Qur’an kitab suci Kalamullah
Kalamullah (ramai2)
Pembimbing…2X
Pembimbing ke jalan kebenaran
Kebenaran (ramai2)

Hayatilah…2X 
Hayatilah kalimahnya yang mulia
Yang mulia (ramai2)
Fahamilah….2X 
Fahamilah kandungan yang cukup sempurna
Cukup  sempurna (ramai2)

Chorus:
Rujukan yang agung
Membawa cerita          
Sirah kisah silam           
Sebagai mau’izzoh…

Hukuman, ajaran
Membataskan diri
Menyusuri kehidupan
Sebagai pedoman

Beribadahlah
Haa aaa aaa……(ramai2)
Beramallah
Haa aaa aaa….(ramai2)
Seluruh ajarannya
Sebagai pemangkin
Mencipta kemajuan
Memacu ummah  Gemilang (ramai2)

Hayya…hayya…hayya…..aaa…aaa….aaaa…
Al-Qur’an menjana….menjana…
Transformasi ummah (ramai2)

 Al-Qur’an…2X  
Al-Qur’an kitab suci Kalamullah
Kalamullah (ramai2)
Pembimbing….2X 
Pembimbing ke jalan kebenaran
Kebenaran (ramai2)

Berbaktilah…2X 
Berbaktilah demi menegakkan Islam
Berjuanglah…2X 
Berjuanglah dengan penuh keikhlasan

Marilah kita semua
Berpegang..2x
Berpegang pada Kitabullah
Kitabullah (ramai2)

Hayya…hayya…hayya…..aaa…aaa….aaaa…
Al-Qur’an menjana….menjana…
Transformasi ummah (ramai2)

 By; mieza 23032012 @ 5.01pm 



AMANAH SEORANG KHALIFAH

Amanah itu cukup berat
Nak digalaskan dibahu
Harap dapat dijalankan
Dengan adil dan saksama

Baik buruk yang dilakukan
Sebesar zarahpun dihisab
Apa tah lagi yang besar
Ouh, begitu berat tanggungannya

Amanah bak jantung manusia
Tanpa ia punahlah kita
Hidup tiada maknanya
Bila amanah dinodai

Chorus:

Sedarlah kita semua
Apa yang telah kita kerjakan
Tidak akan keciciran
Pabila dipapar di Mahsyar

Setiap dirikan melihat
Di saat pertemuan itu
Kitab yang baik di kanan
Kitab yang buruk di kiri

Amanah itu cukup berat
Nak digalaskan dibahu
Harap dapat dijalankan
Dengan adil dan saksama

Ikhlas itu cukup penting
Dalam menjalani amanah
Begitu besar pengharapan
Dari mereka yang membutuhnya

Kejujuran adalah suatu amanah
Kedustaan adalah suatu khianat
Itulah ucapan Saidina Abu Bakar
Selepas dilantik sebagai khalifah

 By mieza/270312@5.01pm

hakcipta terpelihara
  

Aku redha dengan kekalahan ini kerana musibah yg tidak dapat dielakkan....
Mereka sudah buat latihan yg terbaik...
Hikmah di sebalik apa yg berlaku adalah harapan yang lebih baik :)