Sunday, May 27, 2012

Seksa Orang Meninggalkan Solat


Salam ukhuwwah buat semua, marilah kita bersama-sama ingat mengingati mereka yang berada di sekeliling kita yang terdiri dari kalangan orang-orang yang kita sayangi.

“Sembahyang itu tiang agama sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.”

6 seksa di dunia

  • Allah mengurangkan berkat umurnya 
  • Allah tidak permudahkan rezekinya di dunia
  •  Allah menghilangkan tanda cahaya dari raut wajahnya 
  •  Dia tidak akan memperoleh tempat di dalam Islam 
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala 
  • Allah tidak akan menerima doanya 

3 seksaan ketika menghadapi mati

  •  Mati dalam keadaan yang amat hina 
  • Mati dalam keadaan yang amat lapar 
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi ba yak minuman 

3 seksaan sewaktu di alam kubur

  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya 
  • Allah akan menggelapkan kuburnya 
  • Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat 

3 seksaan ketika bertemu Allah

  • Pada hari kiamat, ia akan dibelenggu oleh malaikat 
  •  Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan 
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras 

Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang lima waktu

SUBUH – sekali meninggalkannya, dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun di akhirat bersamaan 60000 tahun di dunia.

ZOHOR – sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram). 

MAGHRIB – sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.

ISYAK – sekali meninggalkannya, Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya.

Firman Allah SWT:


Ertinya:

" Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. "       (Assajadah:15)



Wallahu'alam...
Semoga sama-sama memperolehi manafaat darinya.

Kejayaan yang luar biasa datangnya dari usaha yang luar biasa


Tahukan anda, jika kita ingin mencapai kejayaan yang cemerlang kita perlu lakukan sesuatu terhadap diri kita dengan berusaha lebih gigih.
Untuk sesuatu pencapaian yang luar biasa maka kita perlu melakukan usaha yang luar biasa juga. Jadi peganglah kata2 semangat ini:

"Saya hanya pelajar biasa2 sahaja tetapi saya inginkan keputusan yang luar biasa,
maka saya kenalah berusaha secara luar biasa...."
Tidak ada yang mustahil boleh dicapai sekiranya kita rajin berusaha untuk mencapainya dengan berdoa dan bertawakkal kpd Allah SWT sebagai sandarannya.

Jom kita ikuti kisah kegigihan dan kesungguhan pencipta resepi KFC ini:
Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan.Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun.Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa.Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya.Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi
ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak.
Adakah beliau berputus asa??Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang...orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk...
Tetapi orang ke-1009 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS".






Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000.
Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar.
Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya.Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata.

Anda juga pasti mahukan kejayaan.Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas???Jauh panggang dari api.Ramai pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. 
Tidak sampai pun 10 kali.
Inikah cara usaha anda yang impikan kejayaan?Ingatlah setiap masalah itu datang
dengannya penyelesaian.Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya.
Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali...


GOOD LUCK!  :)

Thursday, May 17, 2012

Bingkisan Buat Guru

Ku adunkan bait demi bait ayat-ayat ini untuk jadikan ia sebagai bingkisan buat semua insan yang bergelar guru... ku minta ia dialunkan menjadi dendangan buat teman-teman seperjuanganku sempena sambutan Hari Guru 2012 di SMKPB. SELAMAT HARI GURU!!


Kumpulan Shoutu Shabab


Tabahlah ya, walaupun kita sentiasa terhalang dari mencapai niat dlm usaha utk menyampaikan berdakwah


Mari-marilah wahai teman
Sejenak kita ingat mengingat
Jasa guru-guru tiada terperi
Mengajar mendidik hingga berjaya

Dari riak wajahmu kau cukup tulus
Mendidik kami penuh kesabaran
Tabah menghadapi pelbagai kerenah
Supaya menjadi warga berguna

Kaulah pembimbing kaulah sahabat

Di kala kami membutuhnya
Kau tetap betah bersama
Sebagai semangat perjuangan kami

Chorus:

Kami fahami….Kami sedari…
Betapa besar pengorbananmu
Sebagai anak didik kami berbangga
Menerima ajaran darimu guru

Kami memohon…Kami meminta
Engkaulah tempat kami mengadu
Ampunilah mereka (Ya Allah…)
Kurniakan mereka (guru-guru kami)
Sebaik-baik tempat di sisiMu

Sejahtera mu guru…
Itulah harapan kami…

Terima kasih guru atas segalanya
Tanpa panduanmu hilanglah arah
Pasti tak akan hidup sempurna
Dalam meredahi ranjau kehidupan

Wahai guru-guru yang kami sanjungi
Teruskan perjuanganmu tanpa jemu
Demi memajukan anak-anak bangsamu
Ke arah generasi yang terbilang






by; Mieza/11052012
Sempena Hari Guru 2012...

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu...Wajarkah ianya disambut?


Assalamualaikum semua...

Nampaknya dah lama Wardah tak update blog hehe...
Almaklumlah, skrg trlmpau bz...keje cg ni makin lama makin bertambah...
Tak leh la nak merungut ya, tak baik...cuma peringatan utk diri supaya buatlah selagi termampu...
Semoga pendapatan bulanan itu halal :)

Nampak tak, tajuk post Wardah hari ni? Pasal sambutan Hari Ibu...
Kalau dulu kita tidak tahu, sejarah sambutan Hari Ibu ini bermula...maka sekarang kita telah didedahkan oleh alim ulama dan mereka yang ada sumnber tentang apakah peristiwa yang berlaku di sebalik Sambutan Hari Ibu Sedunia ni..Bagaimana kita dapat tahu..? Ya, sudah tentulah dengan kemudahan ict yang cukup sofistikated sekarang ni kan? Dulu kita semua tak dapat maklumat ini, sebab ia hanya sampai separuh jalan dan terus hilang begitu sahaja. Jadi, bersyukurlah dengan adanya kemudahan teknologi ini, banyak maklumat yang sampai kepada kita hanya di hujung jari sahaja.

Oklah, kita kembali kepada topik asal tadi. 
Menurut sumber yang Wardah perolehi, 

Hari Ibu / Mother’s Day  : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Sumber: Wikipedia

Oleh itu, Hari Ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Sejarah Hari Ibu juga, telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Ini bermakna, sambutan Hari Ibu bermula apabila Anna Jarvis yang memajukan cadangan tersebut untuk dilaksanankan sebagaimana kebanyakan masyarakat di seluruh dunia menyambutnya pada hari Ahad minggu ke dua bulan Mei setiap tahun.

Orang bukan Islam melakukan sambutan Hari Ibu kerana mereka kurang adab dari segi pergaulan antara ibubapa dan anak-anak. Jadi untuk mendidik anak-anak menghormati ibu mereka, lalu mereka diasuh dengan suatu tarikh yang boleh mereka betul-betul mengenang jasa dan menghormati serta memberi penghargaan kepada ibu mereka pada hari tersebut.


Sebaliknya di dalam Islam, kita dituntut menghormati ibu bapa kita setiap masa. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja. Justeru itu, jika kita ingin menghargai ibu kita dan ingin pamerkannya, lakukanlah dengan cara yang tidak mendatangkan keraguan dari segi hukum agama dan tidak menjejaskan akidah kita.
Maksud firman Allah SWT : 
" Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Kesimpulannya, di dalam Islam...kita boleh sambut Hari Ibu setiap masa. Hormatilah, sayangilah dan jagailah hati ibu setiap saat kerana "redha Allah itu terletak pada redha ibu".





dari anak-anak yang belum mengerti apa-apa tapi...
teringin turut serta meraikan ibunya