Bingkisan Buat Guru

Ku adunkan bait demi bait ayat-ayat ini untuk jadikan ia sebagai bingkisan buat semua insan yang bergelar guru... ku minta ia dialunkan menjadi dendangan buat teman-teman seperjuanganku sempena sambutan Hari Guru 2012 di SMKPB. SELAMAT HARI GURU!!


Kumpulan Shoutu Shabab


Tabahlah ya, walaupun kita sentiasa terhalang dari mencapai niat dlm usaha utk menyampaikan berdakwah


Mari-marilah wahai teman
Sejenak kita ingat mengingat
Jasa guru-guru tiada terperi
Mengajar mendidik hingga berjaya

Dari riak wajahmu kau cukup tulus
Mendidik kami penuh kesabaran
Tabah menghadapi pelbagai kerenah
Supaya menjadi warga berguna

Kaulah pembimbing kaulah sahabat

Di kala kami membutuhnya
Kau tetap betah bersama
Sebagai semangat perjuangan kami

Chorus:

Kami fahami….Kami sedari…
Betapa besar pengorbananmu
Sebagai anak didik kami berbangga
Menerima ajaran darimu guru

Kami memohon…Kami meminta
Engkaulah tempat kami mengadu
Ampunilah mereka (Ya Allah…)
Kurniakan mereka (guru-guru kami)
Sebaik-baik tempat di sisiMu

Sejahtera mu guru…
Itulah harapan kami…

Terima kasih guru atas segalanya
Tanpa panduanmu hilanglah arah
Pasti tak akan hidup sempurna
Dalam meredahi ranjau kehidupan

Wahai guru-guru yang kami sanjungi
Teruskan perjuanganmu tanpa jemu
Demi memajukan anak-anak bangsamu
Ke arah generasi yang terbilang






by; Mieza/11052012
Sempena Hari Guru 2012...

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Asmkm Al Wardah.dah lama betul x singgah sini..Slmt Hari guru..sori terlambat sikit ye..:)

    ReplyDelete
  2. Wslm...samalah. sy pun dah lama tak update blog. kalo buka pun kejap2 je..tak sempat ronda2 huhu...
    Slmt Hari Guru juga..semoga tidak jemu mencurah bakti kpd anak bangsa kita. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post