Hari Ibu...Wajarkah ianya disambut?


Assalamualaikum semua...

Nampaknya dah lama Wardah tak update blog hehe...
Almaklumlah, skrg trlmpau bz...keje cg ni makin lama makin bertambah...
Tak leh la nak merungut ya, tak baik...cuma peringatan utk diri supaya buatlah selagi termampu...
Semoga pendapatan bulanan itu halal :)

Nampak tak, tajuk post Wardah hari ni? Pasal sambutan Hari Ibu...
Kalau dulu kita tidak tahu, sejarah sambutan Hari Ibu ini bermula...maka sekarang kita telah didedahkan oleh alim ulama dan mereka yang ada sumnber tentang apakah peristiwa yang berlaku di sebalik Sambutan Hari Ibu Sedunia ni..Bagaimana kita dapat tahu..? Ya, sudah tentulah dengan kemudahan ict yang cukup sofistikated sekarang ni kan? Dulu kita semua tak dapat maklumat ini, sebab ia hanya sampai separuh jalan dan terus hilang begitu sahaja. Jadi, bersyukurlah dengan adanya kemudahan teknologi ini, banyak maklumat yang sampai kepada kita hanya di hujung jari sahaja.

Oklah, kita kembali kepada topik asal tadi. 
Menurut sumber yang Wardah perolehi, 

Hari Ibu / Mother’s Day  : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Sumber: Wikipedia

Oleh itu, Hari Ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Sejarah Hari Ibu juga, telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Ini bermakna, sambutan Hari Ibu bermula apabila Anna Jarvis yang memajukan cadangan tersebut untuk dilaksanankan sebagaimana kebanyakan masyarakat di seluruh dunia menyambutnya pada hari Ahad minggu ke dua bulan Mei setiap tahun.

Orang bukan Islam melakukan sambutan Hari Ibu kerana mereka kurang adab dari segi pergaulan antara ibubapa dan anak-anak. Jadi untuk mendidik anak-anak menghormati ibu mereka, lalu mereka diasuh dengan suatu tarikh yang boleh mereka betul-betul mengenang jasa dan menghormati serta memberi penghargaan kepada ibu mereka pada hari tersebut.


Sebaliknya di dalam Islam, kita dituntut menghormati ibu bapa kita setiap masa. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja. Justeru itu, jika kita ingin menghargai ibu kita dan ingin pamerkannya, lakukanlah dengan cara yang tidak mendatangkan keraguan dari segi hukum agama dan tidak menjejaskan akidah kita.
Maksud firman Allah SWT : 
" Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Kesimpulannya, di dalam Islam...kita boleh sambut Hari Ibu setiap masa. Hormatilah, sayangilah dan jagailah hati ibu setiap saat kerana "redha Allah itu terletak pada redha ibu".





dari anak-anak yang belum mengerti apa-apa tapi...
teringin turut serta meraikan ibunya

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post