Malang tidak berbau, taqdir dari Ilahi tiada siapa yang tahu

Aku terus menerima ujian dariMu...
Tak tahu kepada siapa harus aku meluahkan apa yg menyesakkan dadaku selain dariMu, Ya Allah...
Hanya melalui blog ini, mudah2an...hatiku sedikit terubat di kala menghadapi dugaan yang cukup menguji keimanan dan kesabaranku..

Pada tanggal 19 Jun 2012, anakku telah terlibat dlm satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha yag berhampiran dgn pinggolnya patah.
Sementara menunggu giliran utk dilakukan pembedahan ke atasnya yang mungkin akan berlangsung dua hingga tiga minggu lagi...
Hari2 yang ku lalui cukup menguji kesabaranku...melayan segala kerenahnya sehingga aku hari ini akhirnya tumbang krn kepenatan yg teramat sangat...hanya air mata yang menemaniku di kala ini di samping aku menghiburkan kedukaan dgn bacaan ayat2 suci Al-Qur'an sepanjang menjaganya dan tatkala kesabaranku tergugat...

Entah bila akan berakhirnya derita yg ku tanggung ini :(
Aku bkn menyesali taqdir yg tlh ditentukan tetapi di dalam menjalaninya byk liku2 yg aku harus hadapi...
Mungkin setakat menemani dan melayan makan minum, buang air tidak mnjadi satu masalah yg besar tapi...
tak mengapalah...cukup aku sahaja yg tahu apa yang aku alami sekarang...

Jari jemariku...ku rasakan seakan tidak terasa apabila menggunakan pen utk menulis....kejang dan keras saja begitu juga dgn kakiku....wah! fizikal dan mentalku benar2 teruji....

Semoga apa yang aku alami dan anakku sendiri alami mengandungi hikmahnya yang tersendiri dan hanya Engkau shj Yang Maha Mengetahui rahsia di sebaliknya...

Ku mohon semoga, Kau permudahkan dan berikanlah yang terbaik buat anakku...dan semoga dia kembali sihat seperti sediakala....Aminnnnnnn Ya Rabbal Alamin..



1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post