Gangnam Style....demam tahun 2012


Sejak mutakhir ini...fenomena yang baru melanda dunia hiburan tanah air yang menjadi ikutan masyarakat kita dari kecil hinggalah dewasa...kalau yang tua pun terikut-ikut gak tak tahu la nak cakap apa...
Fenomena yang Al-Wardah maksudkan ialah 'gangnam style'.

Kebanyakkan yang terikut-ikut gaya nyanyian dan tarian ini terdiri daripada kalangan remaja..
Cuba anda tanya mereka kalau tak percaya, mereka boleh terangkan dari A sampai Z. Tapi kalau tanya rukun Islam berapa perkara....mesti 'out' punya sebab tertukar-tukar dengan rukun Iman.

Peringatan sebagai seorang muslim, kita perlulah menyelidiki terlebih dahulu dari sudut hukum...sama ada halal atau haram apa yang bakal kita ikuti itu. Bahkan...kita tidak tahu, kemungkinan besar 'jarum' daripada orang bukan Islam sedang disuntik untuk menghancurkan umat Islam.

Kalau dahulu mereka menjalankan usaha secara kekerasan untuk memerangi dan menguasai umat Islam. Namun setelah mendapat pengiktibaran dari Peperangan Salib, mereka mendapat kesimpulan bahawa umat Islam tidak boleh ditentang secara kekerasan sebaliknya secara lemah lembut dengan formula baru iaitu ' 'perang saraf '. Yup!!!... Formula yang mereka dapati untuk menghancurkan umat Islam adalah melalui kaedah ' perang saraf ', yang mana ia adalah penguasaan minda. Minda umat Islam mudah dikuasai dengan cara melalaikan mereka melalui corak berpakaian, hiburan, gaya rambut dan sebagainya yang senang dimanipulasikan. Dengan kata lain, ia menanam di dalam fikiran umat Islam dan hati mereka supaya meragui keupayaan Islam satu sistem hidup yang sempurna dan dapat membimbing manusia ke arah kebahagiaan hidup di zaman serba berteknologi tinggi ini.

Bukan tujuan untuk menakutkan, tetapi sebagai peringatan untuk kita bersama...berhati-hatilah dengan setiap perkara yang disebarkan kerana pasti ada 'udang di sebalik batu'. Berperasangka itu lebih baik daripada kita semua terjerumus ke dalam 'jerangkap samar' yang dipasang oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa ingin melihat keutuhan sesama kita terlerai dan akhirnya membawa kemusnahan. Kemusnahan yang pastinya akan dialaskakikan oleh mereka dengan teriakan kegembiraan.

Wasiat Luis IX (Raja Perancis) semasa Perang Salib:

 Raja Peranchis Louis IX


" Sesungguhnya tidak ada jalan lain cara yang boleh menguasai orang Islam melainkan dengan menggunakan kalimah untuk menguasai fikiran Islam dan meracuninya dengan keraguan-keraguan tertentu serta merosakkan isi kandungan yang berteraskan jihad. Semuanya tidak akan berjaya melainkan jalan menghantar pengembang-pengembang agama Kristian dan misi-misi muhibbah yang akan menumpukan kepada sisitem-sistem kebudayaan, pelajaran dan pendidikan Barat sebagai jalan utama untuk menguasai seluruh pemikiran Islam supaya tunduk kepada pemikiran Barat ".

Kata beliau lagi:

" Jika kamu ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, kerana kamu telah kalah di hadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata. Namun perangilah 'AKIDAH' mereka, hancurkan pemikiran-pemikiran mereka, keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam, kerana dalam akidahlah terletak kekuatan Islam. Apabila akidah telah keluar dari dada mereka, maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka. Dengan senjata akan banyak merugikan kita namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan rugi, bahkan kaum muslimin akan rugi ".

Inilah iktibar yang mereka perolehi hasil dari kekalahan 'Perang Salib'!


Di bawah ini saya kongsikan apa kata Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus berkaiatan dengan gangnam style yang sedang meniti dibibir dan ditarikan oleh para remaja kita hari ini.



Semoga kita berpendirian tegas dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Al-Wardah pernah terdengar kenyataan ini, " Jiran Korea...Jepun pun tak tahu tentang tarian atau nyanyian gangnam style ini ". Walhal kedudukannya hampir ". Setuju tak kalau Al-Wardah nyatakan bahawa Jepun mempunyai masyarakat yang berpendirian yang sukar dimanipulasikan? Anda semua boleh fikir sendiri.

Diharapkan segala apa yang Al-Wardah kongsikan ini memberi manafaat buat kita semua.
Aminnnn....


1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. tu lah..ank2 muda kita ni mudah sgt terikut budaya x sihat mcm ni..huhu
    t.ksh good sharing..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post