Macam malap je...macam gelap je....



Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Sedetik berlalu bagaikan rasa setahun....Kalau dah berdetik2...bagaikan bertahun2 lamanya huhu
Apa khabar semua? especially rakan blogger...semoga sihat sentiasa dgn izinNya.

Macam malap je..macam gelap je....hehe macam2...Inilah trademark baru golongan remaja hari ini sehingga ada kalanya berjangkit juga kepada golongan dewasa...
Apapun Wardah bukan nak bercerita pasal ni tapi sebagai menggambarkan blogku yg dah lama tak meriah dgn post-post..
Bukan kerana tidak minat untuk menulis lagi tetapi kerana kesibukan yg amat...sebab
" Cikgu yang dulu, bukan cikgu macam sekarang...(ikut rentak lagu Tegar hehe) "
Tak tahu nak cerita macam mana. tapi macam tu la...kesimpulannya. Tak pernah Wardah rasakan begini sibuk dan stres sebelum ini...Macam-macam kerja yang dilakukan, nak-nak kerja kerani...Apapun tak naklah bersungut lebih-lebih nanti ada lak yg kata cikgu ni senang je, relek je...
Tapi bagi yg masih berpandangan begitu teruskanlah, Wardah malas nak bising-bising, masing-masing punya hak untuk bersuarakan? Dah penat diam la tu hehe...
Cabaran seorang guru hari ini jauh berbeza begitu juga dengan cara bekerja guru jauh berbeza dgn zaman Wardah jadi anak murid. Agak....gaji guru sekarang lg banyak kot berbanding guru dahulu....Beza ke? Tak pun...angka je tapi nilainya jauh lebih jatuh berbanding dahulu. Dulu kalau bawa wang saku ke sekolah 30 sen saja, sekarang RM3....Fikir-fikirkanlah
Kesimpulannya memang rata-rata guru di seluruh Malaysia hari ini mengadu bebanan kerja sangat berat sehingga terpaksa dibawa ke rumah terutamanya yang melibatkan PBS. Wardah pun terlibat...saja cari penyakit mengajar subjek menengah rendah, jadi kenalah terlibat dengan PBS ini.
Guru yang mengajar menengah atas tak merasalah bahang kepeningan PBS ni...selamat..Alhamdulillah.
Apapun kerana tanggungjawab kenalah tunaikan walaupun rasa macam orang bodoh melanguk di hadapan skrin komputer menunggu loading untuk masuk website..
Sabar...sabar...sabar...dah terlebih sabar. Untuk tahun ni, akhirnya kementerian memutuskan sesiapa yang belum beres 'key in' atau 'update' markah pelajar akan dipanjangkan tempohnya sehingga Januari. (lupalah tarikhnya...huhu) Yang ingin berusaha boleh usaha terus sehingga hujung bulan ini kerana kerja-kerja penaikan taraf untuk memudahkan guru-guru login akan dilakukan dalam bulan Disember.


Masa nak login  website PBS

Guru kelas lagi kasihan....banyak data pelajar yang perlu dimasukkan, Wardah la tu...huhu
InsyaAllah semoga urusan yang belum selesai dan tertangguh ini akan dipermudahkan olehNya. "Rabbi yassir wa la tu'assir, Rabbi tammim bi khair"

Buat semua pengunjung yang masih setia....Wardah akan cuba luangkan masa sebaik mungkin untuk mengupdate blog ini.
Semoga dengan nama yang baru, InsyaAllah blog Warkah Pembimbing ini akan diwarna-warnikan kembali dengan pelbagai informasi berguna untuk dikongsi bersama terutama di dalam bidang pelajaran sesuai dengan namanya :)
Hingga bertemu lagi di lain entry...Wassalam

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post