Pelajar Lepasan PMR Tak Tahu Mengucap???

Assalamualaikum....
Selamat Pagi buat semua...

Hari ini terpanggil untuk membicarakan tentang tajuk entry di atas....
Sebentar tadi sedang ronda2 kat FB, tertacap mataku pada gambar ini;

Gambar ni dari FB Yg Berbahagia Ustaz Nazmi Karim
Alhamdulillah...masih ada yang prihatin terhadap anak2 didik dan sanggup menjalankan 'survey' ke atas mereka tentang tanggungjawab fardhu ain.
Terkejut ke? Mungkin ada yang terkejut tapi Wardah...
Tak heran...Persoalannya,  guru Pendidikan Islamkah yang bersalah? Adakah tanggungjawab ini hanya terpikul di atas bahu seorang guru Pendidikan Islam? Di manakah ibubapa yang sepatutnya dari kecil perlu membiasakan diri mendodoikan anak2 mereka dengan alunan zikir kepada Allah SWT? Bahkan perlu dibiasakan dari dalam kandungan lagi bukannya dengan nyanyian yang melaghakan. Kesimpulannya, jika hendak berumahtangga, pastikan basic utama sebagai seorang muslim itu ada di dalam diri masing2 kerana perkahwinan tidak  akan sempurna hanya dengan cinta sesama manusia semata2 bahkan yg paling aula ialah cinta terhadap Allah SWT...untuk menjadikan rumahtangga dan keluarga sebagai  "Baiti, Jannati..."
 Justeru, perkara yang paling utama untuk diambil berat oleh setiap pasangan sebelum berkahwin ialah mengetahui tanggungjawab suami dan isteri serta tanggungjawab bersama. Suami adalah nakhoda di dalam melayari bahtera rumahtangga yang perlu memainkan peranannya sebaik mungkin. Jika dia tersilap haluan maka akan berlaku dua perkara sama ada tersasar haluan atau karam di tengah lautan.


 Pendidikan bermula daripada ibubapa, mafhum Sabda Rasulullah SAW
 “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci lagi bersih), maka para ibubapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang  Majusi, Yahudi atau Nasrani (ataupun beriman kepada Allah SWT)”.
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya..." itulah bait peribahasa yang sudah tidak asing lagi kita dengari dalam kalangan masyarakat kita. Kenapa orang dahulu membandingkannya sedemikian? Kerana buluh semasa masih rebung senang dipotong untuk dimasak atau terus je makan hehe...tapi sesudah menjadi buluh, ianya keras dan tak boleh nak potong pakai pisau yang mak guna untuk masak tapi kena guna parang, golok atau kapak. Di sinilah pengajaran yang perlu diambil oleh para ibubapa khususnya walau penat dan sukarnya untuk mendidik anak perlu digagahi jua dengan diiringi doa dan tawakkal sentiasa kepada Allah SWT.

Setiap kali Wardah berhadapan dengan anak-anak didik yang masih tidak menunaikan solat secukupnya, malahan ada langsung yang tidak solat...Ya Allah, sedihnya melihat keadaan mereka. Kalau dari keluarga kaya raya ok la gak, ni yang kurang berada....Ni bukan cerita pelajar menengah rendah, menengah atas ada yang langsung tak solat!!! Puas ku pujuk-pujuk supaya mereka solat dan bertanya jika tak tahu laksanakan. Tapi mereka tetap begitu...kalau diaju pihan sama ada nak masuk Syurga atau Neraka, tak ada seorang pun yang pilih neraka. Boleh jadi hati mereka sudah terlalu keras sebab itu tak mampu nak berubah. Sebagai guru, semuanya telah kuberi...hanya yang masih berjalan ialah berdoa semoga Allah mengetuk pintu hati-hati mereka untuk menerima hidayah.

Masih belum terlambat buat ibubapa untuk membetuli anak-anak mereka selagi masih bernafas. Semoga dirahmati Allah SWT di atas usaha yang tulus ikhlas, suci murni :)


Antara tips untuk mendidik anak

Jumpa lagi, pada entry yang lain...!


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post