Friday, December 13, 2013

Jom! Budayakan Tulisan Jawi!

Tulisan Jawi... bagai hidup segan mati tak mahu...so sad :(


Kenapa, ya?
Sebenarnya, jika dibuat kajian, ramai orang Melayu khususnya yang tidak mahir di dalam pembacaan dan penulisan jawi.
Mungkin kerana ia kurang dititik beratkan di dalam Kurikulum Pendidikan.
Makin lama makin pupus golongan yang boleh membaca dan menulis Jawi
Dengan inisiatif orang-orang yang tertentu untuk memartabatkan kembali tulisan jawi, banyak cara telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Antaranya dengan menyebarkan maklumat berkenaan di alam maya seperti ini.
Bersyukurlah kita kerana ada lagi insan-insan yang peka di dalam masalah ini.
Jika anda antara pengunjung Warkah Pembimbing yang ingin menggilap balik kebolehan anda suatu ketika dahulu atau anda 'kosong' bab ni....cuba-cubalah selak-selak slide yang di tampal pada entry ini.

Jika merasakan maklumat ini berguna buat anda....bermakna ianya sememangnyaamat berguna!
Selamat Belajar!

Salam Jumaat, Penghulu segala hari :)