Friday, January 17, 2014

Di ambang Hari Akhirat


Selamat Sejahtera buat semua...

Tazkirah buat semua termasuk diriku jua....

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk me nimbang dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan   hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang   xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sama2 lah kita ingat mengingati dan saling menyampaikan untuk menuju Syurga abadi, InsyaAllah.

Potret Hati

Inginku meluahkan bingkisan dari hati menjadi sebuah lukisan qalbu, potret hati...

Hari ini insan yang pernah hadir dalam hidupku dalam beberapa tahun yang lalu akan melangsungkan hari bahagianya. Insan yang pernah ku ceritakan pada entry yang lalu kerana dia telah menambahkan lagi bilangan umat Islam di dunia ini. Insan ini pernah mengkisahkan cerita suka dan dukanya padaku...Namun setelah dia menemui cahaya hidup dan pendamping buat dirinya, maka diriku jua telah dilupakan...hilang dibawa angin lalu entah ke mana-mana.

Aku tidak kisah la, mungkin aku dikirim oleh Allah buat dia hanya sebagai tempat persinggahan sahaja, untuk membantu, memberi sokongan moral, menguatkan pegangannya.... Aku tahu dan aku sedar, aku tidak perlu mengharapkan apa-apa balasan atau penghargaan dari dia atau mereka yang pernah aku ambil berat. Tapi kerana cerita dengan dia adalah sesuatu yang istimewa, maka aku merasa diriku tidak patut diperlakukan sebegini...tanpa khabar berita, tanpa berjumpa denganku walau berkali-kali melafazkan janji untuk bertemu denganku. Begitu jua yang dialami oleh sahabat baiknya sendiri...di kala suka duka bersamanya. Kenapa manusia ini cukup pelik ya? Suatu masa sebelum berpunya dia cukup rapat dengan kita tetapi selepas itu, meninggalkan kita begitu sahaja seolah-oleh sampah yang tidak berharga. 
Sedih pilu rasanya, bila mengenangkan saat-saat indah bersama...suka dan duka...menjadi seorang 'umi' buat dia dan jua sebagai seorang sahabat....

Aku berbicara bisu di sini, bukan untuk mengeluh tetapi sekadar meluahkan rasa hati yang terbuku agar pemikiran menjadi lapang setelah dimuntahkan segala rasa....Mungkin diri ini sudah tiada dalam kamus hidup awak lagi....Aku kan mengerti, siapalah aku untuk dirimu ingati dan hargai...aku sebenarnya seorang guru yang biasa-biasa sahaja dan menjadi sahabat di kala dikau perlu.

Cukup sekadar ini....semoga Nurul Adne (nama ku beri...) dan pasangannya selamat melaksanakan upacara akad nikah pada hari ini dan semoga berkekalan hendaknya, InsyaAllah.


" Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia hingga ke Syurga "
"Maafkan umi kerana tidak dapat menghadiri majlis awak atas faktor jauh jarak antara kita sekarang...namun begitu, umi tetap mendoakan yang terbaik buat awak tanpa pengetahuan awak."



Hakikat insani, memang tiada yang sempurna

Salam Jumaat buat semua...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan segala urusan kita dipermudahkan olehNya...

Dalam minggu ni, banyak peristiwa yang telah berlaku, ada pahit, ada manis...Wardah percaya semua dalam kalangan kita berada dalam sebuah organisasi.... Bila kita berada dalam satu organisasi kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Betul tak? Di dalam kita berurusan, pasti ada yang pincang, cacat, senget dan sebagainya. Jadi, jika ini berlaku dan membawa kecelaruan dalam sesuatu tindakan, janganlah terlebih dahulu menuding jari kepada orang lain sewenang-wenangnya. Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu, jangan cepat melatah dan terus menjatuhkan kesalahan kepada orang lain. Dalam keadaan beremosi, berta'awwuz ('Auzubillahiminassyaithonirrajim) la terlebih dahulu supaya akal kita tidak dikuasai oleh nafsu yang sentiasa menjurus ke arah yang tidak elok.  Saya sendiri pun tidak terlepas dari semua ini kerana sebagai insan kita ada sifat lalai dan lupa. Apapun, segala ingatan ini bukan sahaja untuk semua tetapi jua untuk diri ini yang jika melakukan sedikit kesilapan ibarat terconteng satu titik hitam di atas kain yang putih, semua mata akan tertumpu pada yang hitam itu.




Dalam keadaan sedar, berfikirlah dengan waras berlandaskan syariat Allah SWT... Jika berlaku perselisihan faham antara satu sama lain, carilah jalan penyelesaian yang terbaik bukan dengan mengumpat, menuding jari, bermasam muka, bergaduh dan meletakkan kesalahan kepada insan-insan yang tertentu. InsyaAllah segalanya akan selesai dengan cara yang baik-baik.

Ketahuilah, manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Oleh itu, janganlah mudah berputus asa jika kita telah melakukan kesalahan. Sebaliknya jadikan setiap kesalahan itu sebagai satu PENGAJARAN yang sangan berharga untuk mengembangkan potensi diri pada masa yang akan datang.

Khulasohnya...selagi kita masih bernyawa masalah tetap wujud. Bahkan setelah kita meninggal sekalipun masalah tetap akan wujud kerana setiap amalan kita akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak. Justeru itu, teruskan kehidupan kita dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta bertindak dengan betul dan bijaksana di dalam setiap urusan.




Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmatNya buat kita semua selagi kita semua berada di atas jalanNya.


Tuesday, January 14, 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435H


 Selamat Sejahtera buat semua...

Walau agak terlewat sedikit mengucapkannya dek kerana kesibukan, namun Wardah tetap ingin juga mengucapkan kepada semua umat Islam:



" Selamat Menyambut Maulidurrasul 1435H "

Perbanyakkanlah selawat dan bersedekah sempena meraikan tarikh kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam...
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku " (Riwayat An-Nasai & Ibn Hibban)


~ WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ~








Saturday, January 11, 2014

Program PROSTAR SMKPB 2014


 Selamat Sejahtera buat semua...






Kenali PROSTAR Dan Anda


 Selamat Sejahtera buat semua...

Entry seterusnya pada hari ini saya akan membicarkan tentang apa itu Prostar?

       Sejarah Penubuhan Prostar
     
       Prostar adalah singkatan kepada “Program Sihat untuk Remaja”.
Sebelum ini dikenali sebagai “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.
Diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menangani masalah penularan jangkitan HIV dan AIDS di kalangan remaja.
Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.


 Pelancaran Program Prostar

Ia telah disempurnakan oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

 Konsep Prostar

Berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”.
Menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 19 tahun sebagai fasilitator ke arah cara hidup yang sihat.
Mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti promosi kesihatan kepada remaja yang lain.


      Objektif

  • Meningkatkan pengetahuan remaja mengenai amalan cara hidup sihat. 
  • Meningkatkan kesedaran remaja mengenai amalan cara hidup sihat. 
  • Menggalakkan remaja mengamalkan amalan cara hidup sihat. 
  • Melahirkan remaja yang berupaya menghindari tingkahlaku berisiko tinggi. 
  • Melatih fasilitator yang berupaya menyampaikan maklumat berkaitan amalan cara hidup sihat.
  • Meningkatkan penglibatan remaja sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja lain.
      
       Formula Prostar

        Terdiri daripada simbol-simbol berikut:
                                             

+  tambah maklumat

÷  bahagi tanggungjawab 

gandakan usaha 

-  tolak risiko 


=  sihat sepanjang hayat! 

Kumpulan sasaran

       Murid sekolah lingkungan umur 13 – 19 tahun:
  • Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Harian 
  • Murid Sekolah Berasrama Penuh 
  • Murid Sekolah Teknik 
  • Murid Sekolah Menengah Agama 
  • Murid Sekolah Pendidikan Khas


Strategi
  • Pendekatan Rakan Sebaya 
  • Mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai agensi – agensi kerajaan dan bukan kerajaan
  • Membentuk jawatankuasa Pemandu (steering committee) 
  • Pemilihan Fasilitator PROSTAR Sekolah 
  • Pembangunan Sumber Manusia 
  • Melaksanakan program secara berpusat 
  • Penekanan terhadap perubahan tingkahlaku 
  • Pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)


     Pengurusan



      Penyelaras Program PROSTAR Sekolah 
  • Pegawai Pendidikan Kesihatan yang bertanggungjawab menjaga Program PROSTAR Sekolah di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (Kebangsaan) 
  • Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri Pogram PROSTAR Sekolah di peringkat negeri(Negeri) 
  • Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah atau Pegawai lain yang dilantik oleh Pegawai Kesihatan Daerah untuk Program PROSTAR Sekolah di peringkat daerah (Daerah) 
  • Guru Penyelaras Program PROSTAR (Sekolah) 


     Peranan dan Fugsi Penyelaras 
   
     Penyelaras merupakan fasilitator utama bagi Program PROSTAR  berperanan untuk: 
  •  merancang 
  •  melaksana 
  •  menyelaras 
  •  memantau 
  •  memberi maklumbalas melalui reten (rujuk format reten dr muda) 
  •  menilai aktiviti yang telah dilaksanakan

Kesimpulannya, Penyelaras adalah fasilitator utama bagi Program PROSTAR.
Diharapkan dengan penerangan yang dicatatkan di sini mampu dikongsi buat semua yang berminat untuk mendekati dan memahami seterusnya menglibatkan diri dalam PROSTAR.
InsyaAllah jika disusuli dengan niat yang ikhlas kita semua dapat membantu para remaja dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita. Mungkin yang memerlukannya berada rapat dengan kita.

Sekian dari meja Penyelaras Prostar SMKPB...








Kalam Awal Penyelaras PROSTAR SMKPB


 Selamat Sejahtera buat semua...

Sejak tahun 2012, saya telah dilantik menjadi Penyelaras PROSTAR sekolah di bawah Unit HEM. Saya telah pun dihantar untuk menjalani kursus sebagai Penyelaras. Semasa kursus tersebut saya telah didedahkan dengan bermacam-macam modul untuk dilaksanakan. Semuanya itu membuat saya jatuh hati terhadap PROSTAR kerana ianya cukup sesuai dengan jiwa saya yang suka kerja-kerja amal ini. 
   Namun kerana kekangan masa yang mana saya cukup sibuk dengan pelbagai tugasan di sekolah pada tahun lepas maka saya tidak mampu melaksanakan amanah yang diberi lagi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa saya merasa bersalah dan malu kepada HEM kerana masih belum menggerakkan organisasi ini.
    Apapun InsyaAllah dengan jadual yang tersusun walaupun masih dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang besar-besar saya akan cuba sedaya upaya saya untuk melaksana dan menggerakkan Unit dan Kelab PROSTAR pada tahun ini dengan jayanya.
    Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan saya dan PROSTAR :). 


Kursus Pertamaku

Sedang diberi taklimat kot...hehehe lupa sudah

Kumpulan saya sedang membuat presentation sambil
mempamerkan wajah yang sedang risau
hehehe....cam tak menjadikan..

Kempen untuk kesihatan fizikal

Begitulah warna-warni Kursus Prostar pertamaku... :)

Salam dari Penyelaras Prostar SMKPB




KHASIAT BISMILLAH 5

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera....


Hari ini kita cuba amalkan Bismillah 5 untuk merawat diri kita sendiri supaya dihindari daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.




MANAFAAT:
Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau pun tidak. 

KAIFIAT/CARA:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air.

Jika tempat sakit itu tak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit.



Semoga memberi manafaat buat semua :)
Selamat Beramal!!!




Friday, January 10, 2014

Berpuasa Untuk Menjaga Kesihatan Menjadi Tip Miss Malaysia Berketurunan Tionghua

Salam Jumaat, buat semua!

Ni kisah malam tadi yang saya ingin kongsi bersama....
Sebenarnya dah lama saya tak menonton televisyen lama2...
Jadinya, malam tadi bukalah channel 9...Tontonlah satu rancangan ke satu rancangan hinggalah tiba ke
program 9 soalan (9 Jan 2014)....ada soal jawab la dengan panel jemputan yang merupakan seorang artis tionghua bernama Soo Wincci, saya tertarik dengan satu tip yang diutarakan dalam menjaga kesihatan iaitu beliau mengamalkan berpuasa dan yang menariknya ialah dia berpuasa di dalam bulan Ramadan. Menurutnya, dia mula berpuasa sehari ke sehari dan akhirnya berjaya melakukannya sehingga sebulan. Telah dua tahun beliau ikut berpuasa di dalam bulan Ramadan. Apa yang mengejutkan saya beliau juga berpuasa enam pada bulan Syawal...Wah! Bukan senang nak melakukannya....
Tak malukah masyarakat Islam kita yang tidak melaksanakannya sedangkan ia adalah ibadah yang wajib ke atas kita semua? Kenapa Wincci boleh, anda tidak? Jadi koreksilah diri sendiri dan kuatkanlah semangat untuk berpuasa penuh di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak!
Saya berbangga dengan Wincci dan merasa terharu kerana anda percaya ada hikmah disebalik ibadah puasa yang diwajibkan ke atas kami semua, untuk kesihatan fizikal dan mental...
Ayuh! Koreksi diri sendiri untuk kesejahteraan rohani....


Aduhai!!! Orangpun cantik, miss Malaysia lagi...


Semoga suatu masa nanti beliau menjadi antara yang dipilih oleh Allah SWT untuk memperolehi hidayah... 

Friday, January 3, 2014

Hari pertama berhujung minggu Jumaat Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Jumaat Saiyyidul ayyam, minggu pertama, hari pertama dlm tahun masehi 2014 menjadi cuti hujung minggu bagi Negeri Johor Darul Takzim....terasa kelainannya...
Bagi yg selama ini qiamullail, bolehlah qiam dgn tenang...suka hati la nk tdo jam bpe kn? Semoga memberi byk manafaat buat semua, jika kita ambil cuti ini sebagai yg positif...tetapi bg yg merasakan sebaliknya tepuk dada tanyalah iman 
 



Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”



KELEBIHAN HARI JUMAAT

Antara kelebihan-kelebihannya ialah:

  1. Hari yang paling mulia dan merupakan Penghulu segala hari
  2. Waktu yang mustajab untuk berdoa
  3. Dosa-dosa akan diampuni antara jumaat tersebut (hari ini) hingga jumaat berikutnya (minggu depan)
      Dari Salman Al-Farisi R.A mengatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)



AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

Dari Abu Hurairah R.A., katanya :

“Nabi S.A.W ketika solat Subuh membaca: “ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan ‘HAL ATAA ‘ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku.” (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, Nabi S.A.W bersabda:

 “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat.” (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak doa
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
Bergerak awal ke masjid.
Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
Memakai pakaian yang terbaik.
Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.

Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah SWT berfirman, mafhumnya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Imran:31)



Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W ;)