Hari pertama berhujung minggu Jumaat Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Jumaat Saiyyidul ayyam, minggu pertama, hari pertama dlm tahun masehi 2014 menjadi cuti hujung minggu bagi Negeri Johor Darul Takzim....terasa kelainannya...
Bagi yg selama ini qiamullail, bolehlah qiam dgn tenang...suka hati la nk tdo jam bpe kn? Semoga memberi byk manafaat buat semua, jika kita ambil cuti ini sebagai yg positif...tetapi bg yg merasakan sebaliknya tepuk dada tanyalah iman 
 



Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”



KELEBIHAN HARI JUMAAT

Antara kelebihan-kelebihannya ialah:

  1. Hari yang paling mulia dan merupakan Penghulu segala hari
  2. Waktu yang mustajab untuk berdoa
  3. Dosa-dosa akan diampuni antara jumaat tersebut (hari ini) hingga jumaat berikutnya (minggu depan)
      Dari Salman Al-Farisi R.A mengatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)



AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

Dari Abu Hurairah R.A., katanya :

“Nabi S.A.W ketika solat Subuh membaca: “ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan ‘HAL ATAA ‘ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku.” (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, Nabi S.A.W bersabda:

 “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat.” (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak doa
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
Bergerak awal ke masjid.
Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
Memakai pakaian yang terbaik.
Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.

Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah SWT berfirman, mafhumnya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Imran:31)



Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W ;)




Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post