ADMIN WARDAH



Salam perkenalan dari admin, semoga kalian sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT hendaknya.
Mungkin selama saya terlibat di dalam arena blogging ini, ramai rakan-rakan blogger kurang
mengenali saya...hanya dengan panggilan Wardah sahaja.
Saya tak kisah panggil lah apapun, yang penting panggilan yang baik-baik :).
Di dalam berblogging, saya rasa yang paling utama adalah kita ingin berkongsi
sesuatu yang bermanafaat  buat semua di alam cyber ini.
Baiklah, saya bertugas sebagai seorang P
endidik, guru yang biasa-biasa sahaja. 
Impian utama saya sebagai pembimbing untuk melihat anak-anak didik saya
berjaya, bukan setakat untuk duniawi tetapi mereka mampu mengaplikasikan 
ajaran Pendidikan Islam sebagai cara hidup mereka.
Saya jadikan diri saya sebagai rakan tatkala mendekati anak-anak didik saya.
Walaupun guru sekarang dan dahulu jauh bedanya, antara langit dan bumi 
dari segi tanggungjawabnya...namun saya tetap tidak akan berganjak
selagi diri ini masih bernafas dan mampu menunaikannya.
Melalui ini juga saya masih boleh menjadi Ad-Daie.
Bukan sahaja untuk anak-anak didik, juga untuk semua dan khasnya 
buat diri ini yang tidak lari dari melakukan kekhilafan terhadapNya.
Semoga segala usaha saya mendapat rahmat dan redha dariNya.

“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah
apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. “

~IMAM HASAN AL-BASRI
Segala yang baik dari blog ini, ambillah sebagai panduan....
Kerana menyebarkan ilmu yang bermanafaat pahalanya berganda..
So, sharing is caring :)

Selamat Berkenalan!


WARDAH

Bersama dengan ayahbonda di Hari Graduasiku